Saturday 28 July 2012

BUAH MULUT : Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

BUAH MULUT : Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan



*JUST FOR JOKING YE..... (^______^,)y



Wallahu'alam.....


...ustazpenang...

Sunday 22 July 2012

Hukum Orang Puasa Tapi Meninggalkan Solat

Hukum Orang Puasa Tapi Meninggalkan Solat




Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"

Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan solat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah SWT,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi SAW

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah SAW juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi SAW bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi SAW tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Wallahu'alam....


...ustazpenang...

Friday 20 July 2012

HUKUM - HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA


HUKUM - HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA


Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

    Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah

    • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
    • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

    Wajib Qada atau Fidyah

    • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

    Tidak Wajib Qada dan Fidyah

    • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
    • Kanak-kanak.
    • Gila.



    Kaedah Pengiraan

    Terdapat dua (2) kaedah pengiraan fidyah iaitu:

    Kaedah pertama

    Kadar timbangan bagi 1 gantang beras adalah bersamaan dengan 4 cupak (mud)
    1 gantang beras
    = RM 5.20 / 4 (cupak) 
    = RM 1.30 
    = RM 1.40


    Kaedah kedua

    1 gantang beras =  2.70 kg 

    Nilai 1 gantang beras =  RM 5.20 
    Oleh itu 1 kg =  RM 5.20 / 2.70 (kg) 
    =  RM 1.92

    Bagi menentukan nilai 700 gram, ialah ;
    1 kilogram = 1000 gram 

    Oleh itu 1 gram = 0.00192 sen 
    700 gram = 0.00192 X 700 g 
    = RM 1.34 per gram 
    = RM 1.40

    Cara Pembayaran

    Fidyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin yang memerlukan iaitu secupak makanan asasi sebuah negara bagi setiap hari yang ditinggalkan. Di Malaysia, fidyah itu dibayar menggunakan beras.
    Seseorang yang diwajibkan membayar 30 cupak untuk 30 hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah memberi secupak beras kepada 30 orang miskin ataupun dibolehkan juga untuk membayar 30 cupak kepada seorang dari orang miskin.

    Wallahu'alam....


    ...ustazpenang...

    Thursday 19 July 2012

    Marhaban ya Ramadhan!

    Marhaban ya Ramadhan!



    Marhaban ya Ramadhan!
    Marilah kita sambut bulan penuh berkah ini dengan hati dan fikiran yang bersih.
    Maaf jika ada kata dan perbuatan yang salah.
    Semoga puasa kita di ridhai Allah SWT. Amin.

    Dirangkai kata dengan Bismillah, terucap salam seiring sembah.
    Sepuluh jari kami haturkan sebagai izin permaafan.
    Semoga Ramadhan membawa bahagia buat kita semua. Amin3 Ya Rabb

    Tiada kasih yang lebih tulus, kecuali hanya dari kasih sayang Allah SWT dan hanya ampunan dari-Nya kita berbahagia.
    "Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir batin"

    Tiada saat yang dinanti, kecuali datangnya bulan mulia yang penuh berkah dan ampunan ini
    "Selamat berpuasa, mohon maaf zahir & batin"

    Ketika Ramadhan semakin dekat.
    Ketika rahmat ampunan akan hadir, izinkan kami memohon maaf lahir & batin.
    "Selamat menunaikan ibadah puasa"

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
    "Selamat beribadah di bulan suci Ramadhan"

    Mari kita tinggalkan bentuk kekerasan & permusuhan!
    Dalam bulan yang suci ini 7 seterusnya kita bentuk perdamaian.
    Marhaban ya Ramadhan..

    Ahlan wa sahlan ya Ramadhan,
    "Selamat menunaikan ibadah puasa"

    Selawat & salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
    "Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan"

    Ya nayim wahid ildayim,
    ya nayim wahid Allah.
    Bangun dari tidurmu dan ucapkan
    "Marhaban ya Ramadhan"

    Bersihkan dirimu dan kuatkan imanmu dari godaan syaitan
    "Selamat menunaikan ibadah puasa"



    Wallahu'alam.....


    ...ustazpenang...

    Saturday 14 July 2012

    Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

    Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?





    Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
    Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
    Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
    Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
    Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
    Jodoh?
    Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
    Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
    Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
    Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
     Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
    Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
    Jangan terlalu fikirkan cinta
    Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
    Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
    Lihatlah cinta yang sebenar ini!
    Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

    Wallahu'alam...

    ...ustazpenang...