Friday, 4 November 2011

Aku Ingin Mencintai Dengan Sebenar – Benar Cinta

Aku Ingin Mencintai Dengan Sebenar – Benar Cinta


Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.

Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..

Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.

Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu,  melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan  Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.

Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak  Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.

Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..

“aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “

Wallahu'alam............


...ustazpenang...


Seperti Hangatnya Matahari..

Seperti Hangatnya Matahari..


Cinta. Mungkin sebuah perkataan agung yang  sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami  hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.

Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak bercinta. Bagaimana rasa cinta itu menjelma,  waktu untuk menunggu yang dicintai walau kita sedang dalam tugasan yang banyak, dan pelbagai pengorbanan yang sanggup dibuat demi melihat kebahagian orang tersayang.

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Setiap pagi menanti mentari, tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku. Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.

Kadangkala kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba dari Penguasa kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu masa nanti matahari harus pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan.

Jadi, ia akan pergi, walau apa pun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana ia akan pergi. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia. Suka atau tidak, kita hanya boleh menerima.

Mungkin kita ingin memprotes, ingin berteriak; betapa tak adilnya!
Tetapi kita cuma akan dijawab oleh dinding batu yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tetapi cuma hanya dapat memukul angin. Sekarang cuba  lihat, apakah itu mengubah apa – apa pun? Tiada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.

Kerana kita cuma hamba, Kita hanya makhluk!  Kita hanya boleh menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri.

Mungkin yang perlu kita jawab; Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?
Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta.

Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari, cinta itu akan hilang. Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kita inginkan?
Kenapa kita tak mencuba meraih matahari cinta Allah, yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap. Tidak pernah usang, tidak hancur, dan tidak akan pernah sia-sia. Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh.

Masa? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita meletakkan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangankan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya pun tidak mungkin.

Tahukah kamu, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kita.
Hebatkan? Kita? Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pembuat cinta.

Kemudian kita menolak dan menjauhinya. Betapa bodohnya kita..


Kalau cinta seperti itu ditolak, cinta apa lagi yang kita harapkan?
Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita?
Cinta yang hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya.
Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila – bila dan dimanapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita mempunyai cinta dari Allah.
Adakah kita tiada niat membalas ketulusan cinta itu?

Wallahu'alam..............


...ustazpenang...


Kisah Burung Pipit

Kisah Burung Pipit


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Wallahu'alam............


...ustazpenang...


Cakap Dengan Diri Sendiri

Cakap Dengan Diri Sendiri 



Aku : Okay, azan sudah kedengaran. Masa untuk solat!
Syaitan : Eh, siapkan la assignment dulu! solat zohor boleh dibuat nanti nak masuk asar, lambat lagi. Jangan buang masa la!
Aku : Hmm.. betul juga… 
Syaitan : Belajarkan salah satu dari ibadah, jadi tak payah la bimbang ok? Mestilah Allah faham, tak gitu?
Aku : Tapi, jika ajal aku sampai sebelum aku sempat menunaikan solat, macam mana ye?
Syaitan:
Aku : (Selepas selesai solat) Hmm.. aku rase nak solat sunat la pulak..
Syaitan : Eh, tolong la jangan buang masa! Keje kau banyak kamu tahu tak?
Aku : Tapi.. ini solat sunat..
Syaitan : Betul tu.. jadi kenapa kamu nak buang masa lagi?  Tak berdosa la kalau tak buat!
Aku: Tapi Allah akan lebih sayang aku jika aku buat, kan? Bluek!

Kadang-kadang apa yang kita perlu adalah bicara yang jujur dengan diri sendiri, untuk membuat perkara yang baik, Insyaallah!

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

Marah Kepada Tuhan

Marah Kepada Tuhan


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja…
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...



Kamu Cantik Sekali, Tapi..

Kamu Cantik Sekali, Tapi..


Saudari, kamu cantik sekali,
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Wallahu'alam..........



...ustazpenang...



Tuesday, 1 November 2011

TIPS MENYEMBUHKAN MATA RABUN ( Ikhtiar )

TIPS MENYEMBUHKAN MATA RABUN ( Ikhtiar )

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".

Wallahu'alam..........



...ustazpenang...