Sunday, 6 November 2011

Bagaimana Nak Menulis Surat Cinta???

Bagaimana Nak Menulis Surat Cinta???

Seiring dengan perkembangan zaman globalisasi kini, menulis surat cinta dalam sehelai kertas merupakan cara klasik yang diamalkan oleh masyaralar zaman dahulu sekitar 80-an. Pada masa ini ,teknologi SMS belum berkembang sepenuhnya di Malaysia. Jadi pada masa inilah kertas digunakan untuk menyampaikan pesan kepada orang yang anda sayang.


Sebenarnya, teknologi sekarang seperti emel dan SMS dan seumpamanya lebih praktis untuk menyampaikan pesanan. Namun cara klasik ini memberi sebuah keunggulan yang tidak dimiliki media sekarang iaitu sifatnya yang lebih mudah dikenang dan mungkin dengan cara ini anda lebih sayang kepadanya.

Jikalau melihat teknik penulisan surat cinta, anda akan tersenyum setelah beberapa tahun kembali membacanya. Cara klasik seperti beginilah yang patut diamalkan kerana ia lebih membuahkan hasil percintaan yang hakiki berbanding menerusi emel dan SMS. Banyak pula berceloteh, jom lihat tips dan panduan menulis surat cinta yang menarik dan tertarik.

1.Kemasan dan isi kandungan surat

Pilihlah kertas yang berkualiti dan kalau boleh ada sedikit wangian di atas kertas tersebut agar ianya menampakkan lebih spesial dan menawan. Gunakan pilihan kata atau bait-bait penulisan yang mewakili ekspresi dan emosi perasaan anda. Contoh, ‘walau kita berjauhan di perantauan, ku kan sentiasa mengingatimu dan membawamu sebagai tulang rusukku yang hilang”.

2.Sentuhan Khas

Untuk sebuah surat cinta ,ianya adalah lebih berkesan jika tulisan anda itu tidak dapat ditonton dan dilihat di dalam kertas. Contohnya anda menulis dengan menggunakan lilin dan untuk melihat kandungan isi surat tersebut, anda perlu menggunakan highlight atau pen marker untuk melihatnya. Beri satu kelainan dalam surat anda. Anda mungkin juga menggunakan teka-teki untuk membuka persoalan isi kandungan surat anda atau sebagainya.

3.Makna Tersembunyi

Surat cinta anda adalah sebaiknya memiliki makna yang tersembunyi di mana hanya anda dan bakal pasangan anda sahaja mengetahuinya sehingga jika ada orang lain membaca pun tidak memahaminya. Perkara inilah yang akan membuatkan anda dan bakal pasangan hidup anda lebih terikat dan menghormati antara satu sama lain. Insyallah..

Tips ini boleh digunakan oleh mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan ye.

Wallahu'alam.............


...ustazpenang...

Tak Mudah Menjadi Seorang SUAMI

Tak Mudah Menjadi Seorang SUAMI


Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
Jangan bermimpi beristeri banyak,
Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,
Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.
Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.
“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”

Wallahu'alam.............


...ustazpenang...

Cinta Luar Biasa




Cinta Luar Biasa


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa.
.
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .
Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman.. 


Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..???

Wallahu'alam..............
...ustazpenang...

Friday, 4 November 2011

Tahu Tak???

Tahu Tak???


Tahu tak???
Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.
Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.

Wallahu'alam.............
...ustazpenang...

Andai Seorang Perempuan Itu Datang…

Andai Seorang Perempuan Itu Datang…


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?
MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,
“Kau adalah kawan karibku.”
“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”
“Kau dah seperti abang kandungku.”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”
“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”
“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”
“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
Andai seorang perempuan itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang…
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…
Andai seorang perempuan itu datang…

Wallahu'alam..............


...ustazpenang...

Adakah Ini Kasih Sayang?

Adakah Ini Kasih Sayang?


Jom kita mengenal Zirafah.  Apabila seekor induk Zirafah melahirkan anaknya sambil berdiri, anaknya akan jatuh ke tanah yang keras dari rahim  ibunya. Perkara pertama yang dilakukan oleh ibunya adalah berdiri di belakang anaknya dan memberikan satu tendangan yang cukup kuat ke tubuh bayinya.

Bayi zirafah terbangun cuba berdiri namun masih  terjatuh kerana kakinya yang masih lemah dan  goyah. Sang ibu kembali bergerak ke belakang bayinya dan memberi tendangan lagi kepadanya. Peristiwa ini berlaku berterusan beberapa kali hingga  bayi zirafah itu berdiri dengan teguh dan mula berjalan menuju puting susu ibunya. 

Mengapa?
Kerana ibunya tahu bahawa satu-satunya peluang bagi bayinya untuk dapat bertahan hidup di hutan adalah dengan berdiri kukuh diatas kakinya sendiri. Jika tidak, akan  mudahlah bayi kesayangannya itu diterkam binatang buas dan menjadi mangsa mereka.
Apakah tindakan ibu zirafah itu adalah suatu bentuk kasih sayang? Sudah pasti.
Kadangkala kita harus bersikap keras untuk kebaikan. Tidak semua pembedahan medikal  menyakitkan, tidak semua ubat berasa manis, tapi kita harus menelannya. Kadang – kadang ujian Allah itu berat, tetapi sebenarnya ia hanya untuk memperkuatkan hambanya!

Wallahu'alam..............


...ustazpenang...


Kalau Bos Panggil…

Kalau Bos Panggil…


Kalau kita sedang duduk minum, makan dan berborak bersama kawan-kawan tiba-tiba ada rakan sekerja datang kata: “Mat, bos panggil sekejap…” Maka yang akan terjadi ialah kita akan bingkas bangun serta merta. Air teh yang belum habis lagi minum, kita boleh tinggalkan begitu sahaja. Kerana kita tahu bahawa bos kita perlu ditemui segera dan suruhannya perlu ditunai segera tanpa banyak soal.
TETAPI, sungguhpun begitu, cuba bayangkan kalau kita tengah seronok makan minum seperti tadi, tiba-tiba azan berkumandang mengajak kita bersolat berjemaah di masjid. Maka adakah kita turut bersikap seperti tadi iaitu, bingkas bangun dan bergegas meninggalkan gerai itu atau apa-apa kerja lalu menuju ke rumah Allah kerana memahami seruan azan itu yang memanggil untuk bersolat dan perintah Allah adalah sesuatu yang mesti dipatuhi.

Adakah kita boleh berbuat demikian???

Wallahu'alam..........
...ustazpenang...