Monday, 26 December 2011

Cinta Manusia???

Cinta Manusia???

Jangan kau bercinta kerana manusia,
Suatu saat nanti kau pasti kecewa,
Jangan kau mencinta kerana manusia,
Di kala saat nanti kau akan terluka…
 
Namun bila cinta kerana Allah,
Akan kekal abadi selamanya,
Tak pernah pudar, tak pernah hilang,
Kerana Allah yang menjaga cinta kita…

Duhai manusia pencinta,
penikmat cinta yang diberi Tuhannya,
Cinta manusia akan habis selepas dimamah batas-batas usia…

Namun cinta kepada Allah itulah yang paling utama,
Kerana cinta Allah hanya ada bagi makhlukNya yang sepenuh hati bertaqwa kepadaNya
Itulah hikmah, hikmah bagi manusia pecinta…

Wallahu'alam........



...ustazpenang...

Saat Cinta Kita Di Khianati..

Saat Cinta Kita Di Khianati..



Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…

Aku bertanya pada Tuhan:
“Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Tuhan Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Tuhan:
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

“Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga).”
- (QS. An-Nur [24]:26)

Wallahu'alam.........


...ustazpenang...

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu, Ya Allah..

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

cinta sang pencinta
Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah..
 
Wallahu'alam........




...ustazpenang...

Saturday, 24 December 2011

Jodohku adalah RAHSIA Dia..

Jodohku adalah RAHSIA Dia..

~✿..Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA kita akan MENIKAH..siapakah dia yang menjadi pemilik RUSUK ku, siapakah dia yang akan menjadi BIDADARI dalam bahtera rumahtangga ku???✿~

>>> Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya??? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

Wallahu'alam......



...ustazpenang...

Cantik Semulajadi Tanpa Solekan

Cantik Semulajadi Tanpa Solekan


Pernahkah anda melihat keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal, ketika dia tidak berkesempatan untuk bermekap sama sekali? Atau mungkin ketika dia sedang bersantai bersendirian tanpa mengenakan sebarang solekan, seperti ketika tampil di khalayak ramai?

Bagaimanakah perbezaan wajah diantara dua keadaan itu? Adakah terlalu banyak perbezaan seolah – olah kita sedang menatap dua wajah orang yang berbeza. Bukan menatap wajah orang yang sama, tetapi dua orang yang berbeza.

Wajah yang penuh dengan solekan memang akan menampilkan kesan yang ketara sehingga tidak nampak lagi wajahnya yang asli. Bibir yang merah merona, warna mata yang berwarna – warni, dibaluti lipstik tebal sungguh mengganggu penglihatan.  Pipi yang digebu dioles pelbagai warna seperti pelangi.

Tetapi disaat dia tidak berpeluang memakai makeup, sungguh sangat jauh perbezaannya rupa wajahnya, kelihatan pucat dan tidak berseri. Alisnya tidak menyerlah, kelihatan tiada kerana selama ini hanya lukisan pensil sahaja dan sangat jauh bezanya daripada penampilannya yang sebelum ini. Tiada sedikit pun wajah cerah dan berseri – seri pada raut wajahnya. Ia sungguh berbeza. Apa yang ada cuma wajah yang kusam, pucat dan tidak menarik dilihat.

Matanya tidak lagi kelap kelip seperti neon kota. Akan tetapi disebalik kerdipan matanya, yang terserlah mungkin hanya kerdipan sepasang mata persis kerdipan mata pungguk dari celahan dahan. Malah mungkin tiada seri pada kerdipan seperti kerdipan neon kota melainkan gurun pasir yang gersang. Anak – anak mungkin lari ketakutan melihat wajah kakak atau ibunya yang menyeramkan.

Sebenarnya apa yang ingin diutarakan kali ini  adalah bahaya bahan kimia dan racun yang terdapat didalam bahan kosmetik itu sendiri.   Tentunya kesannya lebih buruk apabila wajah terpisah daripada solekan make-up. kulit menjadi rosak, putih tak putih, hitam tidak hitam. Kulitnya kebingungan mencari warna, lantaran banyaknya ubat yang menyumbat pori – porinya.

Bahan kimia itu memang menjanjikan kecantikan segera. Dalam waktu yang singkat, wajah kita akan menjadi sangat cerah. Wajah yang kusam dan tidak bermaya  akan segera berseri, menarik dan cantik. Kedutan ketuaan akan segera terhapus oleh solekan yang menyelimuti wajah. Demikian hebatnya kesan makeup. 

Apa yang lebih dahsyat adalah bahan kimia ini menjadi punca terjadinya kanser yang merosakkan sel – sel kulit. Kulit tidak lagi bercahaya seperti biasa, tidak lagi tegang dan kekal kendur tanpa boleh lagi dipulihkan.
Inilah babak baru yang menggelisahkan. Ketika bahan kosmetik menjadi igauan ngeri kerana kesan buruk yang dibawanya.Ketika ini ubat -ubatan tidak lagi mampu memulihkan, impian untuk menjadi cantik hanya tinggal mimpi. 

Wajah yang asalnya sempurna dalam sederhana, kini bertukar menjadi wajah yang kita sendiri tidak sanggup untuk menatapnya. Itulah  harga yang perlu dibayar lantaran memburu kecantikan yang tidak berlandaskan aturan agama.

Kembalilah kepada kepada kecantikan semulajadi. Menjadi cantik tidak bererti kita perlu memilih risiko. Cantik adalah sihat tubuh badan dan sihat jiwa. Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik dengan kelakuan dan perangai yang cantik. Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan, pasti akan menyerlah kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja.

Lebih utama lagi, biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah SWT, kerana perhatian Allah SWT lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia. Mahu cantik tidak salah, tetapi biarlah bersederhana.

Pandanglah wajah anda baik – baik, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk membuang semua kosmetik – kosmetik ini? Ini adalah sebahagian daripada cabaran hidup anda.  
Kita tidak perlu tampil berlebihan, tetapi harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara. Tidak terlalu menonjol dan memukau sehingga membuat pemuda tidak berkelip. Yang kita perlu hanyalah wajah yang selau bersih. Wajah yang memancarkan kesederhaan, ketenangan dan kesabaran. Itu yang terbaik.

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...


Aku Bimbang Tidak Sesoleh Dirinya..

Aku Bimbang Tidak Sesoleh Dirinya..



YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…
“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”
Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…
.
Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.

Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).

Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…

Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……

Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?

Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?

Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama  muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.
1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?
Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.
Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.

Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?

Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?

Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.
Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.
.
2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.
Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.
.
3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.
Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?

Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?
.
4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ? Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?
Antaranya ialah kejujuran dan kebenaran. Jujurlah pada pasangan. Jangan berahsia dan berkata benarlah sesuatu perkara yang mana jika tidak diceritakan terlebih awal akan memudharatkan. Elakkan pembohongan meskipun di dalam gurauan.

Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?
.
Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.

Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.

Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).
.
  “Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?

Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah...

Wallahu'alam............
...ustazpenang...

Duhai Hati

Duhai Hati



 Sejauh mana ku mengenang kisah semalam,
Setinggi mana harapan ku sasarkan,
Sekuat mana kasih ku curahkan,
Seteguh mana setia ku pertahankan,
Usahlah,
Tertipu dengan fatamorgana dunia,
Menggadai maruah demi pujian mereka,
Terkapai-kapai dalam ikatan yang dusta,
Mengundang kemurkaan Maha Kuasa,

Rinduku,
Ku curahkan pada bunga idaman,
Tiada ku lihat namun tetap terpendam,
Bukan api dalam serkam,
Hanya fitrah tanpa dendam,

Duhai Hati,
Biarlah semekar kelopak mawar,
Mengamit mencuit hatiku,
Memikat ribuan kumbang,
Namun ku tahu,
Bunga yang berduri teguh berdiri,
Mekar mewangi demi Taman Firdausi….

Wallahu'alam.........
...ustazpenang...