Sunday, 17 June 2012

Aku, Aku, Aku!!! Muhasabah Diri.....

Aku, Aku, Aku!!! Muhasabah Diri.....





Malam itu, malam seperti hari biasa – biasa sahaja. Tetapi, malam itu 
juga membuatkan si anak muda kesejukkan dan si tua mengantukkan. 
Hanya mereka berdua sahaja yang bertugas pada waktu itu.
“Huuaaarrrgghhh.. ngantuknya! Kamu tidak mengantuk ???” Si tua bertanya.
“Hmmm…tidak.” Si muda menjawab sambil menggeleng – gelengkan kepala.
“Orang muda, banyaklah tenaganya” Si tua menambah.
Si muda hanya berdiam diri sambil meneliti keadaan sekeliling dan 
tidak memperdulikan kata – kata si tua.
.
5 minit kemudian…
“Pakcik, boleh saya tanya???”
“Tanyalah.”
“Tadi saya ada dengar cerita berkenaan kucing mati di kantin. 
Kenapa orang ramai menyuruh pekerja bahagian kebersihan yang 
uruskan???”
“Ntah. Pakcik pun, dengar macam tu juga. Kenapa??? Kamu mahu 
uruskankah???”
Soalan si tua membuatkan si muda diam seribu bahasa. Fikirannya 
bercelaru, perasaannya hiba.
“Pakcik, boleh saya tanya lagi???”
“Boleh. Tanyalah.”
“Kenapa manusia masih lagi melakukan dosa???”
“Soalan susah, jawapan mudah. Pertama, manusia kurang keyakinan 
terhadap Allah SWT. Kedua, manusia kurang keyakinan 
terhadap hari kiamat. Ketiga, manusia kurang keyakinan terhadap 
syurga dan neraka. Dan yang keempat pula, manusia pentingkan 
diri sendiri. Faham???”
“Ya, saya faham dan itulah jawapannya.”
“Maksud kamu???”
“Berkenaan yang keempat itu. Sifat manusia yang pentingkan 
diri sendiri.”
“Baik. Kenapakah dengan itu??? Cuba jelaskan.”
“Begini pakcik. Cuba pakcik fikirkan, kenapa orang ramai 
buta – buta menyuruh pekerja bahagian kebersihan uruskan kucing 
mati di kantin tadi???”
“Itu memang tanggungjawab mereka kan???”
“Benar. Tetapi andaikata tiada pekerja bahagian kebersihan, siapa pula 
yang akan uruskan kucing mati tadi???”
“Sudahlah, jangan merepek.”
“Cuba pakcik fikirkan. Negara kita, bukan negara yang susah. 
Malah rakyat kita pun, ramai yang kaya – raya dan berjaya. Ada yang 
boleh beli macam – macam dengan mudah. Hatta, ada yang ulang – alik 
buat umrah tiap – tiap tahun.”
“Jadi apa masalah?”
“Masalahnya, kenapa masih ada lagi manusia yang susah?”
“Sebab, mereka manusia yang malas.”
“Meskipun ada yang telah berusaha dan berubah, ramai yang 
tidak ambil kisah.”
“Bukan ramai, tapi segelintir sahaja.”
“Mungkin kita kurang faham apa itu erti Islam adalah bersaudara.”
“Mungkin.”
Keadaan kembali sepi. Si tua dan si muda mengambil keputusan 
untuk berdiam diri. Mengimbau dosa – dosa yang  lalu. Mereka bermuhasabah 
diri dengan perasaan yang sayu.
Didalam Kitab Syarah Al – Hikam, Syeikh Ibnu ‘Atha’illah 
as-Sakandari rhm berkata : “Manusia masih melakukan dosa 
kerana kurang keyakinan terhadap Allah SWT, kurang 
keyakinan terhadap hari pembalasan (hari kiamat), kurang keyakinan 
terhadap syurga dan neraka, serta sifat keakuan (pentingkan diri).”

Sebenarnya, bukan tidak boleh bersifat pentingkan diri. Ia dibolehkan. 
Tetapi, perlu tahu penggunaannya didalam waktunya. Sebagai 
contoh, seseorang mempelawa kita untuk mencuri. Di sinilah kita 
menggunakan kemahiran berfikir dan menggunakan sifat pentingkan diri. 
Jika seseorang mempelawa kita menutup aurat pula, kita menolak dan 
mementingkan diri. Itu membunuh diri namanya! Pesanan buat diri dan 
buat semua juga. 

Wallahu'alam......

...ustazpenang...

Menghadapi Kehilangan

Menghadapi Kehilangan





Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita???
Bagaimana menghadapinya???
“Cinta baru sempurna jika terasa menyayat, seperti segumpal 
tanah liat yang akan baru menjadi indah setelah dibentuk menjadi 
tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu 
mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi 
bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan 
daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita 
tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang 
untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa 
rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tegar.”

Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, 
kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.
Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan itu, kerana ia adalah 
sebahagian proses semulajadi dari hidup. Kehilangan membuat 
banyak pelajaran dan pengalaman baru buat kita kita dapat menerima 
dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. 
Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam 
dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan.

Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, 
tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. 
Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan 
ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin 
menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat 
kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.

Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak 
pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di dunia ini bukan hanya 
celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus didengarkan, 
dipenuhi dan dilalui.

Wallahu'alam.......

...ustazpenang...


TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...





1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. 
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. 
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini 
agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan 
syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah 
maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk 
menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat 
baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, 
puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini 
agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah 
online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) 
maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami 
isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin 
dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, 
perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. 
Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling 
popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan 
ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha 
berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). 
Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. 
Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau 
Tudung Mesir.

8)Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung 
Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh 
mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini 
pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, 
agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. 
lagi mudah kan? ) ^^,

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih 
dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah 
diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, 
bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir 
bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta 
kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. 
Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih 
manis dipandang mata.

Wallahu'alam........

...ustazpenang...

Bahaya Kerana.........

Bahaya Kerana.........






Baru – baru ini, sering membaca tulisan – tulisan kecil yang sering 
di paparkan di dunia alam maya. Terutama sekali, di dunia ‘Twitter’ 
dan dunia ‘Facebook’. Tulisan – tulisan seperti ini walaupun ianya 
nampak kecil, akan tetapi ianya mampu memberi kesan yang besar.
‘Ya Allah, apakah salahku ini???’
‘Oh Tuhan, kenapa engkau memberikan ujian seperti ini???’
‘Allah, jangan pisahkan aku dan dia. Aku tidak sanggup.’
Yang di atas ini, adalah contoh semata – mata. Ada banyak 
tulisan – tulisan yang sealiran, tetapi tidak perlu dibahankan.
Tulisan yang ‘simple’, kesan yang ‘kritikal’.
Walaupun dari sudut positif ia mampu memahirkan jari – jemari 
tangan dengan papan kekunci komputer, tetapi dari sudut negatif ia 
menggugat hubungan antara manusia dan Tuhan. Ia bahaya!
Bahaya kerana, mempersoalkan.
Bahaya kerana, menyalahkan.
Bahaya kerana, mengarahkan.
Bahaya kerana, ia mencacatkan iman.
Jadi, seharusnya ditapis dahulu sebelum menulis. Jika mahu menulis 
juga, fikirkan dahulu tulisan itu membawa kesan yang baik atau sebaliknya.
Akhir kata, ‘Tulisan yang baik, ialah tulisan 
yang mampu mengajak diri dekat dengan Ilahi.’
Wallahu'alam......




...ustazpenang...