Saturday, 11 August 2012

Percaya Kepada Ibu Bapa

Percaya Kepada Ibu Bapa




Berilah kepercayaan kepada ibu bapa kita. Sedarlah diri ini pada apa yang dia sampaikan, apa yang dia janjikan dan apa yang dia lakukan. Mungkin kita pernah dikecewakan, tetapi yakinlah dengan langkah yang kita lakukan. Ibu bapa memerlukan kepercayaan penuh daripada kita. Mereka mahu mengarahkan ke jalan yang lebih baik dan betul. 
Yang mereka perlukan, adalah kepercayaan kita sebagai anak-anak mereka.
Cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Buatlah mereka bangga memiliki masa lalu atau pengalaman yang menakjubkan. Sanjungi mereka supaya mereka memiliki kembali kebanggaan dan kehormatan itu.
Dengan menceritakan pengalamannya semasa muda, atau pengalamannya selama mengharungi kerjaya atau pengalaman merintis sebuah perniagaan akan menjadi modal bagi pengetahuan kita. Dengarlah dan berkongsilah kerana ibu bapa adalah bekal terbaik kita untuk masa depan kelak.

“Reda Allah bergantung pada reda ibu bapa  dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa”

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” – [Surah luqman: 14].

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

Bercinta Menambah Musuh

Bercinta Menambah Musuh




Dengan berakhirnya cinta, tentu sahaja bekas kekasih menjadi individu yang dibenci. Apatah lagi bila putusnya hubungan tersebut kerana adanya peristiwa yang terdahulu. Adanya pihak ketiga, kecurangan dan pelbagai peristiwa yang lain. Bekas kekasih menjadi musuh luar biasa.

Mencemuh bukan main kalau terlihat wajahnya. Akhirnya dia menjadi musuh, bukan menjadi teman. Berbeza dengan konsep perhubungan dan persahabatan. Sama sekali tidak ada istilah bekas teman atau bekas sahabat.

Kalau berteman, ya untuk selamanya. Tiada nafsu meledak-ledak, tiada emosi yang berlebihan, semuanya apa adanya. Saling membantu saling menyokong. Tiada istilah bekas sahabat, semuanya akan selalu menjadi sahabat. Friendship forever!

Semakin banyak kekasih kita, maka semakin banyak pula “bekas” kita. Kalau bekasnya sudah banyak, nanti juga musuh kita akan turut banyak. Kita akan dikenal sebagai lelaki atau perempuan yang suka bertukar pasangan, playboy and playgirl.

Sejak sekolah menengah sudah mula bercinta, bayangkan kalau berkahwin diusia 30 tahun. Sudah berapa banyak kekasih yang sudah kita kumpulkan? Pasti banyak dan bahkan sudah lupa jumlahnya!

Berbeza dengan perhubungan cinta dan persahabatan. Teman seribu masih sedikit, musuh seorang sudah banyak! Kita selalu memerlukan teman, semakin banyak teman maka akan semakin berwarna hidup kita. Boleh bertukar fikiran, berkongsi wawasan dan saling menasihati dalam kebaikan dan amal soleh. Tiada kecenderungan apa pun, lebih asyik dan lebih lebih menjaga kehormatan kita sebagai manusia.

Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradengan mesra yang mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan.

Wallahu'alam......

...ustazpenang...

Masalah Itu Manis!

Masalah Itu Manis!




Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)

Ketika permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.

Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.

Masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa.”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya

Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya




Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

A dan A+

A dan A+



Di dalam satu masa, anda amat diperlukan pertolongan oleh dua orang yang sangat baik serta rapat dengan anda. Salah seorang ialah, makcik anda, dan seorang lagi ialah ibu anda. Jadi, secara spontannya, harusnya siapa yang terlebih dahulu diberikan keutamaan dalam bantuan anda???


Cerita di atas, boleh saya umpakan seperti begini. Di dalam satu masa, ada dua orang Islam yang tahu ‘skills’ untuk mendapatkan doa yang mustajab. Bezanya ialah, seorang ini jarang berdoa. Dan seorang lagi, kerap berdoa. Dalam berdoa, mereka menfaatkan ‘skills’ yang diperolehi untuk mendapatkan doa yang mustajab. Jadi, agak – agak kita.. siapakah doanya yang akan dimakbulkan terlebih dahulu?

Jika kita mengatakan jawapan pada cerita yang pertama kita ialah makcik kita, ia tepat. Tetapi, jika kita mengatakan jawapan kita ialah ibu kita, ia amat tepat.
Kenapa? Sebabnya ialah, cerita di atas tidak mengajak kita supaya mencari jawapan yang salah. Begitu juga dengan cerita yang kedua. Jika kita memilih seorang yang jarang – jarang berdoa, ia betul. Tetapi, jika kita memilih seorang lagi yang kerap kali berdoa, ia amat sangat betul.

A dan A+
Bagaikan A dan A+. Kedua – duanya A dan kedua – duanya sangat bagus. Cuma terdapat perbezaan pada tahap A tersebut. Menjadi kemestian pada diri kita, perkara yang utama perlu diutamakan. Umpama cerita ibu dan makcik kita di atas. Makcik kita mungkin baik pada setengah – tengah waktu. Tetapi, ibu kita baik pada setiap waktu.
Yelah! ibu kita yang melahirkan kita bahkan ibu kita yang sentiasa bersama – sama kita sejak lahir lagi. Mungkin, kini ada lagi yang masih bersama ibu yang dikasihi.
 Bagaimana pula dengan cerita kedua?
 Nah.. bukankah kita sudah temui jawapan dan juga telah memilihnya?
 Baik, pada cerita kedua pula, mereka berdua orang Islam dan melakukan perkara yang betul serta baik. Tetapi, mengapa yang kerap berdoa lebih baik daripada yang jarang berdoa? Jawapannya mudah. Yang terbaik, mestilah yang bekerja keras. Manakala yang baik sahaja, itulah seadanya.
 Jika kita sentiasa hidup mengingati Tuhan, tidak pernah tinggalkan Tuhan, sentiasa hendak hampiri Tuhan, sentiasa mengharapkan sepenuhnya penggantungan kepada Tuhan.. tidak mustahil, Tuhan pasti akan utamakan. Jika kita setakat, biasa – biasa dengan Tuhan, ditimpa musibah baru hendak mencari Tuhan, amat mustahil untuk dikatakan, Tuhan pasti akan biasa – biasakan kita.  

Beza kenal dan mengenali
Sekiranya kita katakan Allah SWT itu Tuhan, rasanya semua orang sudah ketahui. Bahkan, yang bukan beragama Islam juga turut kenal. Tetapi, sekiranya kita mengenali Allah SWT sebagai Tuhan, pasti terdapat perbezaan dengan yang lain yang cuma kenal sahaja. ‘Tidak kenal, maka tidak cinta’. 
Andai kita ada seorang teman, adakah cukup sekadar bertanyakan, ‘Assalamualaikum’? Tentu sahaja tidak. Secara umumnya, kita mestilah ingin lebih daripada itu. Mungkin, kita akan bertanyakan nama, umur, atau lebih daripada itu.. pinta menjadi teman sehati sejati! Begitu jugalah kita dengan Allah SWT, takkan setakat tahu sahaja. Tumbuhkan kemahuan dalam diri, bahawa ‘aku ingin berkenalan dan berdampingan bersama – sama Allah SWT’. Ia tidak salah. Hatta, Allah SWT lebih suka pada hamba – hamba-Nya yang berusaha mencintai-Nya. Kerana Allah SWT, pasti akan membalas cinta tersebut.
Akhir kalam, kesemuanya adalah baik. Tetapi, bagi yang terbaik ialah, kita sendiri yang menentukannya. Samada mahu, atau tidak mahu. Jika kita mengatakan bahawa, beribadah mengingatkan serta merapatkan kita dengan Tuhan. Ia, dan benar. Tetapi, itu tidak mencukupi. Kerana banyak lagi yang perlu dipelajari. Terutama sekali, tentang hidup ini. Didiklah diri, supaya terus menerus mengingati serta merapatkan jiwa pada yang MAHA ESA. Mudah atau sukar, teruskan usaha. Usah sekali – kali kita berputus asa, kerana SYURGA itu milik-NYA.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Masalah Itu Bukan Saja-Saja Allah Beri

Masalah Itu Bukan Saja-Saja Allah Beri



Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar. Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.


Yakinlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita hamba-Nya. Sebagaimana firman-Nya:
“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi. Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.

“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)

Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit. Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam. Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah. Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.
Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita. Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.
Be positive. Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi  menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).

Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami. Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.
Tidak perlu menunggu saat susah. Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.
Be Positive. Keep smile..

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...

Ujian Daripada Allah

Ujian Daripada Allah



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali? sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Wallahu'alam....

...ustazpenang...