Tuesday, 20 September 2011

Ibu Mithali, Isteri Sejati

Ibu Mithali, Isteri Sejati

Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.

Ibu Adalah Pendidik
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  • Analisis diri daripada pandangan anak
  • Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  • Bercakap benar
  • Kotakan kata-kata
  • Didik anak mengenai kemahiran sosial
  • Gunakan masa jitu untuk mengajar
  • Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  • Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  • Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  • Melatih anak berfikir
  • Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  • Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  • Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  • Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  • Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  • Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  • Pendidik keluarga
  • Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  • Penasihat
  • Doktor dan jururawat
  • Mendisiplinkan anak-anak
  • Kawan atau sahabat
  • Penyelesai masalah
  • Merangsang perkembangan mental anak-anak
  • Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  • Model pada anak-anak
  • Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  • Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga
Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi "ibu mithali, isteri sejati".

Wallahu'alam............



...ustazpenang...

Monday, 19 September 2011

TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE''

TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE''

..........(¯`v´¯)

...........`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~

.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃
)

......... /█\ ♥/█\

...❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri/suami?"

bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~

berserah sahaja kepada Allah~

bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"

memanglah kena usaha

tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?

tapi COUPLE is WRONG

baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~

pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"

dah nak REJECT..nak buat apa?

fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita

Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA

kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"

lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~

teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~

tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~

korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?

kalau belum cukup lagi tu~

simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?

maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."

Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.

Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~

yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?

sbb nanti akhirat saya yang kena soal~

kenapa saya tak sedarkan kamu semua?

kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?

sekarang~ I have DONE my job~

nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."

Memanglah mak & ayah restu~

tapi Allah restu ke tak ea?

korang FIKIRlah sendiri~

semua diberi AKAL untuk berfikir

saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk

ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI

tapi manusia yang mengotori ikatan ini

oleh sebab terlalu mengukut budaya barat

semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN

kita ni umat akhir zaman

kiamat tu PASTI

kenapa korang tak SEDAR lagi

or korang tahu just buat2 tak tahu saje?

fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫
 
Wallahu'alam.............
 
 
 
...ustazpenang...

Saturday, 17 September 2011

Tips Untuk Menyemarakkan Cinta....

Tips Untuk Menyemarakkan Cinta....

Di dalam sesuatu hubungan, kedua – duanya perlu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana percintaan. Jika anda serius terhadap satu sama lain, hubungan anda perlu sentiasa berada dalam keadaan ceria dan penuh dengan kasih sayang. Kadangkala, hubungan terpisah di sebabkan tiada suasana cinta di antara anda dan pasangan anda.




Apabila berjumpa muka sentiasa masam, tiada topik untuk di bualkan. Lama – kelamaan hubungan anda akan menjadi kosong dan akhirnya terpisah. Namun, jika anda sayang pada pasangan anda, anda boleh selamatkan hubungan anda dengan memberi nafas baru dalam hubungan cinta anda. Jika anda mati akal, jangan takut, kerana kali ini WanitaSihat sediakan lima tip pasti berjaya untuk anda gunakan dalam hubungan anda.

Komunikasi.
Hubungan cinta yang tiada komunikasi biasanya akan tersungkur. Komunikasi bukanlah bermakna percakapan atau perbualan. Komunikasi yang saya maksudkan adalah komunikasi hati. Dalam hubungan cinta, hanya hati yang berkata – kata.


Apabila pasangan anda ingin meluahkan masalah, anda perlu menjadi pendengar.
Apabila pasangan anda memerlukan nasihat, anda perlu bercakap dan memberi nasihat
Apabila pasangan anda memerlukan sokongan, anda perlu memberi sokongan.
Jika anda tidak langsung berkomunikasi dengan pasangan anda, hubungan cinta anda akan luntur. Anda perlu sentiasa mengambil berat emosi pasangan anda. Bagi yang sudah berkahwin, tiada makna perkahwinan itu jika anda tidak bercinta dengan pasangan anda. Hubungan cinta adalah perasaan dua hala dan komunikasi perlu ada untuk menyemarakkan perasaan cinta.

Sentiasa menyalakan api cinta.
Sentiasa nyalakan api cinta dengan memberi hadiah kepada pasangan anda. Ketika bertemu, luahkan kata – kata cinta untuk mengingatkan pasangan anda bahawa anda sangat sayang padanya.



Sentiasa beri kejutan pada pasangan anda. Pendek kata, jika hendak bercinta, tunjukkanlah kasih sayang anda kepada pasangan anda.

Sentiasa menjaga penampilan diri.
Jangan jadikan diri anda hodoh. Di saat anda bertemu dengan pasangan anda, pasangan anda sangat suka akan penampilan anda.



Penampilan anda termasuklah
• Cara percakapan anda
• Cara anda berpakaian
• Cara anda berdiri
• Cara anda melihat

Jika mahu berubah, berubahlah menjadi lebih baik seperti memakai pakaian yang lebih cantik dan bercakap dengan lebih sopan. Penampilan memainkan peranan penting dalam hubungan kerana rasa cinta terbit dari mata dan turun ke hati. Menjaga penampilan dan menjadi diri sendiri boleh menyemarakkan hubungan anda dan si dia.

Luangkan lebih masa dengan pasangan anda.
Anda akan rasa cinta jika anda dapat rasa pasangan anda sentiasa ada untuk anda.

Anda perlu pegang ayat ini iaitu jika jangan katakan diri anda cinta pada pasangan anda jika anda tidak ada bersama dengannya selalu.

Hormat dan percaya pada pasangan anda.
Sikap tolenrasi dan tolak ansur boleh menyemarakkan cinta antara anda dan pasangan anda.



Perasaan pra sangka dan kuat cemburu hanya akan merumitkan hubungan cinta anda. Anda perlu percaya dengan cinta anda dan hubungan anda akan ok.

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

Pesanan Untuk Bakal Isteri....

Pesanan Untuk Bakal Isteri....

Kali ini WanitaSihat akan kongsikan satu artikel yang khas untuk bakal isteri diluar sana. Haa, bagi anda yang tengah membaca artikel ini mesti ada seseorang dalam fikiran kan? InsyaAllah, sama-sama kita doakan si’dia’ yang tersayang memang ditakdirkan untuk bersama dengan anda. Suke la tu!



Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.



Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, 
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.



Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.



Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.



Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.

Wallahu'alam.......


...ustazpenang...

Untukmu Ukhty : Kekalkan Keayuan Anda...

Untukmu Ukhty : Kekalkan Keayuan Anda...

Gadis ayu, sopan dan lemah lembut merupakan idaman setiap lelaki sekaligus melengkapkan ciri-ciri yang diperlukan untuk seseorang itu bergelar isteri. Di bawah ini terdapat rahsia untuk gadis mengekalkan keayuan diri.



1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.



3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.



6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.



9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.



12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Wallahu'alam............



...ustazpenang...

Cara Kristian Murtadkan Gadis Melayu....

Cara Kristian Murtadkan Gadis Melayu....

Pihak gereja merancang sesuatu supaya umat islam terus tersesat.mereka merancang pelbagai cara supaya umat islam murtad. Cara-cara Kristian memurtadkan gadis-gadis Melayu, telah berjaya menarik ramai gadis melayu untuk menganut agama Kristian.



Antara cara yang mereka lakukan ialah:

1. MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.



Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembutan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.

Antara ungkapan yang sering digunakan adalah..
“Adakah semua anak-anak gadis Melayu begitu ayu dan sopan?”, “Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

2. PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibu bapa.



Setelah kian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan “langkah sebenarnya”, yang pertama.. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena. Gadis melayu akan berada dalam dilemma dan bersedih hati

3. DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka seraya berkata:
“Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”
Seterusnya kata si jejaka..
“Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya”
Kata si jejaka lagi..
“Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita”


Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena. Gadis melayu seterusnya berada dalam tekanan dimurtad

4. MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

5. DOA
Doa adalah senjata para Mukmin. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa.



Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. SEBARKAN!!

Wallahu'alam............



...ustazpenang...

Pesanan Untuk Si Cantik....

Pesanan Untuk Si Cantik....

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.


Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?




Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.





Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.


Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!



Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.


Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya..

Wallahu'alam.........



...ustazpenang...