"USTAZ PONDOK VS USTAZ UNIVERSITI"
MELABEL TIDAK SUDAH-SUDAH
Sudah-sudahlah memberi jenama dan label kepada pendakwah yang tidak sealiran atau tidak setaraf pendidikannya dengan kita.Setiap pendakwah ada kekuatan yang boleh dimanfaatkan secara bersama.Apa jua latar belakang pengajiannya,wetanscahuung politiknya,perkhidmatannya sama ada sebagai pegawai kerajaan di jabatan agama atau penceramah bebas,selagi tidak terkeluar dari landasan islam yang sebenar,maka ayuh sama-sama kita berpencak di gelanggang dakwah.Ini bukan lagi zaman mengkelompokkan latar pengajian pendakwah kepada kategori lulusan tempatan atau lulusan luar negara.Sudah-sudahlah melabelkan pendakwah lain sebagai geng pondok,geng UKM,geng UM,geng UIA dan macam-macam geng lagi.Dalam kalangan graduan Timur Tengah pula,kedengaran sayup-sayup polemik kelompok geng Mesir-Jordan.Masing-masing mengangkat kelebihan serta sejarah tradisi pengajian sendiri.
BESAR CABARAN UNTUK DITANGGUNG SEORANG
Ini juga bukan masanya untuk mempertikai kemampuan seorang pendakwah lain hanya kerana dia tidal berstatus selebriti,tidak pernah atau hanya sekali sekala muncul di televisyen,jarang bersiaran di radio,tidak memiliki kolum khas di akhbar dan majalah atau memiliki deretan buku penulisan yang yang bertaburan di serata toko buku.Ini juga bukan zaman memandang pendakwah yang yang tidak berpeluang mengaji ke Timur Tengah atau ke benua Eropah atau pendidikannya tidak mencecah hingga ke sarjana muda,sarjana atau doktor falsafah; lalu dianggap sebagai pendakwah yang kurang berilmu .Wajarkah hanya kerana kita memiliki ijazah tinggi maka kita merasakan kita terlalu ideal,sempurna,Mr.Know It All walhal hakikatnya kadang-kadang lebih kepada " Jack of all trades,but master of none"?."Setiap orang adalah genius.Tapi jika engkau menilai seekor ikan dengan kemampuannya memanjat pokok,maka ia akan menghabiskan seumur hidupnya meyakini dirinya sangat bodoh."
Ingatlah, tugas dakwah kita ini terlalu besar.Kita bakal berhadapan dengan pelbagai ragam gelagat dan keletah manusia termasuklah golongan yang bertuhankan nafsu yang sentiasa siap dengan segala kekuatan yang mereka miliki: kuasa,harta,pengaruh dan apa sahaja daya dan upaya untuk mengganyang para pendakwah.Adakah dengan tugas sebesar ini,kita merasakan yang hanya kita dan semata-mata kita sahaja yang layak dan boleh memikulnya????
Wallahu'alam.....
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment