Nadia : Assalamualaikum,dah lama ke sampai?
Syifa : Waalaikumussalam warakhmatullah.Tak lah lama sangat.
Di tangan Syifa,terdapat sekeping surat merah jambu yang dilipat berbentuk ‘love’.
Nadia : Surat ape tu,Syifa? Dari SA (secret admirer) ke?
Syifa : A’ah! Makin lama makin kerap pulak dia bagi surat. Gembira pun ada.Rasa macam diri nie dihargai sangat.
Nadia : Syifa dah terjatuh cinta dengan dia ker? Walaupun tak kenal dia tu siapa?
Syifa : Malulah nak jawab.Hanya ALLAH yang tahu perasaan nie. Aku pasti dia nie baik pasal dia selalu ambil berat tentang aku.
Nadia : Kau kena ingat satu perkara Syifa.Bila kau dah jatuh cinta dengan someone,makin kuat kau kena jaga hati kau sendiri dari saling mengingati satu sama lain.
Syifa : Alah, aku bukannya pernah jumpa dia.Tengok muka pun tak, macam mana pulak aku nak imagine wajah dia.
Nadia : Hurm… harga saham cinta dah jatuh ker?
Syifa : …….
**********
Sue : Syifa,jom! Tak nak balik ker?
Syifa : Takpe,korang balik lah dulu.Aku ada hal nak buat nie.
Nadia : Isy! Takkan kiteorang nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Bahaya kot. Kalau ada apa-apa terjadi and kiteorang takde nak tolong kan susah. Kenapa kau muram je nie?
Syifa tunduk membisu.
Nadia : Syifa,what’s wrong? Kau ade problem ke? Janganlah malu nak share dengan kiteorang. Mana yang mampu kiteorang tolong, kiteorang akan tolong.
Sue : Yup!Lagipun sharing is caring.Owh ya,pernah dengar tak quote nie.
Persahabatan itu seperti tangan dan mata,Saat tangan terluka,mata menangis
Saat mata menangis,tangan akan menghapusnya,
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah,
Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam
Syifa : Thanks,korang!Actually,lepas Nadia tegur aku hari tu,aku rasa serba salah.Aku asyik fikir je pasal benda nie.Aku tahu apa hukum couple nie. HARAM!
Sue : Then?
Syifa : Aku pun cakap kat dia lah apa yang kami buat nie salah.Masing-masing belajar agama and tahu apa hukum couple. Tapi dia macam tak setuju dengan aku.Dia kata kiteorang nie couple ikut cara Islam.Tak jumpa,tak call just tulis surat or mesej je. Tapi entahlah! Mungkin hati kiteorang still nak menghalalkan hubungan nie.
Sue dan Nadia sabar mendengar luahan hati Syifa.
Syifa : Aku tahu zina tu ada di mana-mana.Walaupun kiteorang dapat elakkan zina mata,zina telinga tapi zina hati tetap ada bila baca surat atau mesej dari dia.
Nadia : Abis tu,sekarang nie macam mana?
Syifa : Macam yang aku cakap tadi,lepas aku kena tegur dengan kau hati aku mula tak sedap.Rasa macam nak keluar dari hubungan nie dan cari hubungan yang halal.So,aku buat keputusan untuk break-up dengan dia.
Air mata Syifa mula berlinangan.
Sue : Kiranya sekarang nie Syifa dah break up dengan dia ker?
Syifa angguk.
Nadia : Syifa,janganlah sedih.Kau dah berjaya tahu tak? Iman dalam diri kau tu dah dapat kalahkan nafsu.Bila kau rasa macam nie,kau tahu tak apa maksudnya?Allah tengah tarik kau,jauh dari apa yang kau buat sebelum nie kerana Allah masih sayangkan kau.Allah tak nak kita makin jauh dari Dia.Lebih-lebih lagi bila kita menyayangi orang lain yang takde hubungan halal dengan kita lebih dari Dia,Allah cemburu.Lalu,Allah tarik kita kembali hanya untuk mencintai Dia.
Sue : Nak tambah sikit.Jangan kita gembirakan diri dengan perkara-perkara yang Allah benci dan sebaliknya.Setiap yang Allah larang pasti terselit hikmahnya.Allah bagi rules supaya kita tidak terluka tapi kita sendiri bertindak melukakan diri dengan tidak mengikut rules yang Allah tetapkan.
Nadia : Sekarang,sedih lagi ker?
Syifa menggeleng.
Nadia : Masih nak couple lagi ker?
Syifa geleng lagi.
Nadia : Ingat kat dia lagi ker?
Geleng lagi sekali.
Nadia : Good!
Sue : Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Syifa ketawa sambil memeluk Nadia dan Sue.
**********
3 tahun telah berlalu.Di rumah family Syifa.
Syifa : Assalamualaikum!Mak dengan abah mana?
Izzat : Waalaikumussalam.Pergi kenduri.Lambatnyer balik?
Syifa : Well,along.Faham-faham jelah kalau perempuan dah jumpa geng.Hehehehe.Macam tak faham pulak along nie.
Izzat : Yelah!Jangan Syifa pi buat benda lain sudah ler.
Syifa : Trust me,along.I won’t do that.Pray for me kay.
Izzat : Along bukan apa.Along risau tengok Syifa balik lewat macam nie.Anak dara – malam.Tak manis orang tengok.Faham,kan?
Syifa : Faham,long.Sorry!
Izzat : Lain lah kalau Syifa ade peneman yang boleh protect like husband maybe.
Syifa : Along,straight to the point please?Did you want to tell me something,huh?
Izzat : Ok.Syifa ingat tak kawan along nama Ikhwan tu.Yang pernah ikut along balik masa cuti semester lepas?
Syifa : Ingat,why?Medic student,if I’m not mistaken,right?
Izzat : Yup!Dia ada cakap something dengan along hari tu.Dia kata dia nak masuk meminang
Syifa.Boleh ke tak?
Syifa diam.Terkedu seribu bahasa.
Izzat : Hei!Along tanya nie,dia boleh berangan pulak.
Syifa : Ish!Mana ade along nie.Memandai aje.Ummi dengan walid dah tahu ke pasal nie?
Izzat : Dah.Last night.Syifa dah tidur masa tu.
Syifa : Owh.Abis apa kata ummi dengan walid?Abang pulak rasa Syifa patut terima ke tak?
Izzat : Ummi dengan walid dah bagi greenlight.Abang pon setuju.Cuma tunggu Syifa jelah.
Syifa : Bagi Syifa masa dulu boleh,along? Nak istikharah dulu.
Izzat : Sure!Nanti kalau dah yakin,let me know.
Syifa : Ok,along!
Izzat tersenyum.
**********
Di atas hamparan sejadah.
Ya Allah,seandainya Engkau mengetahui bahawa dia adalah baik bagiku,padaagamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,takdirkanlah
dia bagiku..dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.Dan seandainya Engkau
mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku,pada agamaku,kehidupanku dan
kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanya.Dan
takdirkanlah kebaikan untukku dan rahmatilah aku.
**********
3 hari kemudian.
Syifa : Pardon me,Sir Izzat.I ade something nak cakap dengan you.Bolehkah?
Izzat : Dipersilakan wahai adindaku.
Syifa : Urmm,actually Syifa nak cakap Syifa dah jumpa jawapan kepada istikharah yang Syifa buat beberapa hari nie.And…Syifa setuju terima lamaran dia.
Lantas Izzat memeluk adiknya.Terima kasih,Ya Allah kerana Engkau telah melembutkan hati adikku ini.
Izzat : Ummi dengan walid dah tahu?
Syifa : Dah.Pagi tadi.Oklah,nak pergi call kawan kejap.
Izzat : Ok.
Iphone 4s milik Ikhwan berbunyi.1 message received from Izzat.
Syifa dah setuju.Your move bro.
**********
Syifa : Ummi,panggil adik ya tadi?
Lamunan Puan Azhani dimatikan.Sekotak hadiah dihulurkan kepada Syifa.
Ummi : Hadiah nie ada orang bagi kat adik hari tu.
Syifa : Owh,yeker?Thanks ummi!
**********
Deringan lagu Cahaya Hati bergema dari Samsung Galaxy Note milik Fateha.
Syifa is calling…
Fateha : Assalamualaikum,sis.Why?
Syifa : Waalaikumussalam,kak.Maaf menganggu,akak.Dah nak tidur ke?
Fateha : Takpe,akak tak kisah pon.Belum nak tidur lagi.Owh ya,kenapa Syifa call?
Syifa : Syifa nak share something dengan akak,boleh tak?
Fateha : Tafadhol..semestinya bisa dong.
Syifa : Macam nie,haritu Syifa dirisik oleh sorang brother nie.Kawan abang Syifa and…Syifa dah terima risikan tu.Tapi kak….
Fateha : Mesti Syifa rasa tak confident dengan keputusan yang Syifa ambil? Betul tak?
Syifa : Yup,kak.Eh!Macam mana akak boleh tahu?
Fateha : Syifa,akak pon pernah lalui apa yang sedang Syifa lalui sekarang nie.One day,Syifa akan lalui saat dinikahkan pulak.By the way, Syifa buat isitikharah tak?
Syifa : Buat,kak.
Fateha : Alhamdulillah.Insyaallah,Allah akan bantu Syifa dalam soal hati dan perasaan nie.Yakinlah pada janji Allah,dik.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Syifa : What should I do,kak? Syifa rasa bingung sangat sekarang nie.
Fateha : Banyakkanlah berdoa.Doa nie senjata orang mukmin.Insyaallah,kalau ada jodoh tak ke mana.Lagi satu,carilah pasangan hidup yang mana jika kita melihatnya,kita akan teringat pada Allah serta bercita-cita untuk memperbaiki iman kita kepada Allah.
Syifa : Thanks,kak.Sangat-sangat membantu.Nak mintak diri dulu.Assalamualaikum.
Fateha : Small matter je nie.Waalaikumussalam warakhmatollah.Kirim salam umi ya.
Syifa : Baik,kak.
**********
Hadiah yang diletakkan di sisi katil,dipandang sekilas.Masih ada urusan yang belum diselesaikan lagi.Setelah berwuduk,bacaan Al-Mulk dimulakan.Sudah menjadi rutinnya sejak di alam persekolahan lagi.
Hadiah dicapai setelah menamatkan bacaannya.Cantik!Wrapping paper dibuka dengan cermat.Sehelai jubah berwarna pink berserta tudung labuh terlipat kemas di dalam kotak hadiah tersebut.Sekeping kad terselit di celah-celah lipatan jubah.
Assalamualaikum
Selamat menjalani kehidupan dengan keimanan dan ketaqwaan
May Allah bless your life
-ikhwan-
**********
22 Disember.Tarikh keramat bagi Asyifa dan Ikhwan.Kedua-dua belah keluarga berada di dalam masjid untuk majlis akad nikah.Asyifa memakai jubah dan tudung yang dihadiahkan oleh Ikhwan tempoh hari.
Tok Imam : Aku nikahkan engkau Ikhwan Muslim bin Mohd.Asyraf dengan Asyifa binti Mohd.Asri dengan mas kahwinnya RM 3000.
Ikhwan : Aku terima nikahnya Asyifa binti Mohd.Asri dengan mas kahwinnya RM 3000.
Alhamdulillah!
Izzat : Ahlan Wasahlan,bro!
**********
Walimah berlangsung dengan suasana yang meriah.Saudara-mara dan rakan-rakan dari kedua belah pihak memenuhi ruang khemah yang disediakan.Asyifa sibuk membantu uminya menyerahkan cenderamata kepada para tetamu yang hadir.
Husna : Assalamualaikum,Syifa!Tahniah lah kat hang.Aku doakan pernikahan hang kekal bahagia hingga ke syurga.
Syifa : Waalaikumussalam,thanks.Ameen!Hang nie mai dari Kedah ka?
Husna : Yup!Demi hang,aku sanggup.Eh,hang dah jumpa belum budak Smap?
Syifa : Belum,lagi.Sampai dah ker diorang?
Husna : Baru je. Tengah makan.Ada Tirah, Achyk, Kb, Dila, Hottest, Ija. Ramai lagilah. Dah macam reunion pulak. Jomlah jumpa diorang!
Syifa : Kejap,hang pi dulu.Sat gi aku mai.
**********
Ikhwan : Syifa,jom solat jemaah sekali.
Syifa : Kejap ya,bang.Nak ambil wudhu’.
Ikhwan : Ok!
Selesai solat Maghrib berjemaah.
Ikhwan : Syifa,terima kasih sebab sudi terima lamaran abang.
Syifa : Sama-sama kasih,bang. Syifa harap rumah tangga kita ini sentiasa diberkati Allah.Kalau Syifa ada lakukan perkara yang abang tak suka,harap abang sudi tegur,ya.
Ikhwan : Kita kena saling mengingatkan.Baru boleh capai konsep “Baiti Jannati.”
Syifa tersenyum.Bahagia!
Wallahu'alam....
...ustazpenang...
thanks for all your tips here i was read all your post very make I realize that life is beautiful just wanted to organize our lives ..
ReplyDeletesincerely and more valuable. everything is in our hands to make the best decision. tq so much