HAK DI ANTARA DUA JANTINA
Ada seorang doktor beragama islam, yang bekerja di sebuah hospital di negara barat.
Doktor muslim ini amat disenangi serta dihormati kerana mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi biarpun kesemua pakar di hospital berkenaan dari kalangan bukan Islam.
Doktor muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama kristian. Walaupun
berlainan agama, namun mereka tiada masalh untuk bekerjasama di dalam usaha merawat
pesakit.
Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si
ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua melahirkan bayi perempuan.
Masalah timbul apabila akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah
bertukar.
Peristiwa ini telah menimbulkan kebingungan di kalangan para doktor di hospital
berkenaan. Bagaimana untuk mereka mengenalpasti yang mana satukah ibu kepada kedua
dua tersebut.
Doktor beragama Kristian itu teringatkan teman baiknya, Doktor Muslim. Lantas beliau
bertanya kepada temannya : " Dahulu, engkau mengatakan bahawa Al - Quran ada jawapan
kepada semua persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu,
cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada
kedua bayi-bayi ini !"
Jawab Doktor Muslim ini, " Benar, Al - Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan
tunjukkan kepadamu tentang kebenarannya."
Doktor Muslim itu meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan
anak itu. Tujuannya adalah untuk menjalankan ujian terhadap kandungan susu tersebut.
Setelah mendapat keputusan hasil daripada ujian tersebut, Doktor Muslim tanpa ragu-ragu
memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral di dalam air susunya
adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita
tersebut adalah ibu kepada bayi perempuan.
Doktor Kristian itu kehairanan lalu bertanya. " Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat
keputusan mengkagumkan itu ?"
Lalu Doktor Muslim itu membacakan sepotong surah an-Nisa ayat 11 yang membawa
maksud : " Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di
mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan." (
Surah an-Nisa : 11 )
Doktor Muslim itu menerangkan kepada rakannya, " Melalui ayat ini, Allah menjelaskan
bahawa satu bahagian lelaki bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna
bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita."
" Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas
menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat di dalam air susu ibu lelaki dua kali ganda
banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah membuktikan siapa ibu kepada
bayi-bayi tersebut."
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan
gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan
bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
- (Surah an-Anfal : Ayat 2)
Walahu'alam....
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment