Monday 23 January 2012

Awak, peritnya menahan sebuah rasa ini..

Awak, peritnya menahan sebuah rasa ini..


Ya
Rabb..,
di
kejauhan ini aku berada kini,
di
hati terdetik rindu tiada terperi,
ingin
kuhindari namun ia makin menghampiri..,

aku
berdiam tanpa bicara,
cinta
bergolak di dalam jiwa,
di
manakah dia…bagaimanakah dia,
menanti
dirinya yang belum kunjung tiba..,

pena
menari tiada henti,
aku
menanti dan terus menanti,
di
manakah cinta yang engkau redhai,
ingin
kumiliki…ingin ku genggami..,

ya
Rahman..,
jauhilah
aku dari dia yang yang takkan pernah kumiliki,
hilangkanlah
cinta buat dirinya yang namanya tidak tertulis buat diri ini,
kuncilah
pintu hati ini andai dia yang dinanti belum aku jumpai,
kerana
inginku persembahkan rindu ini buat dia yang halal kudampingi,
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

awak…,
peritnya
menahan sebuah rasa ini,
ku
biarkan airmata terus menemani,
demi
menjaga sekeping hati yang akan engkau miliki,
awak…,

semoga
Dia sentiasa melindungi,
aku
dan dirimu di perhentian ini,
bersabarlah
andai hati belum bersedia,
kerna
kelak pasti hadirnya bahagia…,

ya
Muhaimin…,
peliharalah
hatinya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara hatiku untuknya…,

peliharalah
pandangan matanya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara pandangan mataku untuknya…,

peliharalah
pergaulannya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara pergaulanku untuknya…,
sesungguhnya
Engkau adalah sebaik-baik Pemelihara….

Wallahu'alam.........
...ustazpenang...

Cinta Yang Tidak Mengecewakan

Cinta Yang Tidak Mengecewakan

cinta islam

Bait demi bait ayat dalam naskhah ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul’ karya Ustazah Fatimah Syarha saya hadam. Minggu ini saja, sudah 5 kali saya membacanya. Rasa tidak puas baca sekali. Kadang kurang faham, saya ulang dari mula walau sudah sampai di pertengahan. Nyata, setiap jalan ceritanya, menusuk ke lubuk hati yang paling dalam. Terasa betapa banyak masa yang telah saya bazirkan selama ini.

Betapa banyak masa saya guna untuk menanti, untuk menunggu, untuk mengharap dan mengejar bayang-bayang. Akhirnya, saya jualah yang bermakan hati, dan menjadi mangsa cinta manusia yang tiada berkesudahan. Saya tahu, cinta manusia itu sementara, saya tahu cinta Allah maha hebat dari segalanya. Saya tahu. Tapi saya rebah dalam angan-angan yang saya cipta sendiri.

Usia 24 tahun, sudah dikira usia matang bagi seorang wanita. Apatah lagi, saya kini telah selesai menamatkan ijazah pertama dan sedang menyudahkan Latihan Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Lantas bersendiri tanpa ‘teman’ di usia sebegini menjadi buah mulut dan modal cerita orang. Sekali lagi, andaian dan kata orang yang kita risaukan. Begitu rata-rata kita lebih runsing dengan kata orang lebih berganda dari apa yang Allah kata.

Benar ia lumrah. Selagi bernyawa dan duduk di bumi, maka itu adalah lumrah. Saya pernah terdengar satu ayat sinis, ‘kalau nak bergurau pun tak boleh, pegi buat rumah dalam hutan. Kawan dengan monyet.’ Lalu sudah berapa ramai manusia yang masuk hutan, bina rumah di sana dan berkawan dengan monyet? Seingat saya, kecuali dongeng ‘Tarzan dan Jane’, tiada manusia dari bandar yang sukarela ke dalam hutan, tinggal di sana dan berkawan dengan haiwan. Maka, lumrah akan kekal lumrah.

Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya. Hanyalah kegagalan. Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir. Dan saya juga tidak pernah menterjemahkannya. Lantas hati menjadi raja, memberi arahan kepada seluruh anggota badan.

Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.

Saya mula bertekad untuk kembali meraih cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqamah terutamanya tahajjud. Namun saya sedar dan yakin bahawa ada rahsia Allah di sebalik amalan-amalan itu, maka saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, darah daging saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang dipermudahkan urusan jodoh mereka, berbahagia dan tidak diuji dengan lelaki.

Saya terfikir bahawa alangkah indahnya kalau cinta Allah ini tidak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia. Airmata mengalir dengan laju apabila mengenangkan kesilapan saya bertahun-tahun menjadi lalai kerana cinta manusia. Saya genggam azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya yakin bahawa cinta allah mampu membawa kebahagian yang hakiki. Bukan sekadar kerjaya, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi yang maha mengetahui.

Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya padaNya. Siang malam saya berdoa agar Allah menganugerahkan rasa cinta dan rindu kepadaNya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah.
Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

Wallahu'alam.........



...ustazpenang...


AKU DAN PERASAAN

AKU DAN PERASAAN


Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. 

Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi rasa.  Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita.  Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.

Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. 
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.    Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?

Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama.  Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

Wallahu'alam........


...ustazpenang...

KIFARAH CINTA

KIFARAH CINTA


Aku insan yang terkifarah kerana cinta hamba. Tidak sekali aku sesali apa yang terjadi ke atas diriku ini. Semua ini sudah ketentuanNya. Semua ini telah diatur untuk ku, hamba Mu yang tersasar langkah dalam mengalur cinta yang berkiblatkan nafsu. Tidak sekali aku meletakkan salah dan silap ini di atas mantan. Terima kasih kepada mantan kerana meletakkan noktah pada hubungan yang terlarang ini kerana diri ini tiada daya untuk melakukan sedemikian. 

Diri ini sedang mabuk dilambung ombak nafsu. Walaupun tiada kepastian atas dasar apa hubungan ini terhenti. Bukan itu yang mahu ku cari. Bukan jawapan itu yang ingin ku cari. Aku mencari hikmah disebalik kifarah Allah ini. Biarlah diri ini sahaja yang merasa akan kifarah ini kerana mantan mungkin belum tiba masanya. Aku telah melakukan sedaya untuk menyedarkan mantan.

 Dulu aku merasa nikmatnya dunia. Aku merasa nikmatnya cinta hamba. Bagaikan lautan nikmat yang terbentang luas. Saat bersama ku rasakan bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Saat cinta dan hati kita bertaut ku rasakan kita akan kecapi bahagia selamanya. Ku sangkakan hamparan oasis yang terbentang fana yang dapat menghilangkan dahagaku. Ku korbankan segala untuk kecapinya. Ku abaikan segala untuk mengejarnya. Rupanya hanya hamparan fatamorgana yang tidak akan sama sekali menghilangkan kehausan ku.

Dulu pelbagai janji telah ku taburkan. Pelbagai impian telah ku bina untuk memiliki kononnya sebuah istana impian di mana sang mantan adalah permaisuri yang bersemayam di singgah sana. Manakala akulah Raja di samping sang mantan. Ku bina sebuah istana khayalan atas lapangan nafsu yang mendap. Ku bina istana khayalan dari sebuah tiang iman yang rapuh.

Lalu bila ketentuan Allah itu datang untuk menyuluh hati hamba-hambaNya istana khayalan hanya kekal sebagai sebuah istana khayalan malahan runtuh menimpa tuan. Jangan diratapi kemusnahan impian. Ratapilah keruntuhan iman. Jangan disalahkan mantan kerana mantan hanya permaisuri yang bersemayam. Raja yang sepatutnya memimpin dan membina istana di atas lapangan keredhaan Allah. Raja yang sepatutnya memimpin membina istana dari tiang iman yang teguh.  
Sekarang biarkan aku terus haus mengejar fatamorgana yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah. Aku redha dengan kifarah Mu ini. Biarlah kifarah ini menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.

Wallahu'alam........


...ustazpenang...

Pesan Hati Pada Diri Sendiri

Pesan Hati Pada Diri Sendiri 



Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan.  Kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa.  Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya.  Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan.  Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna. 

Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.

Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta.  Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara.  Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan.  Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan.

Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna.  Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan.

Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah.  Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

 Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?  Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan.  Apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk di ucapkan?
Berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.  Nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai.  Jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata.


Wallahu'alam.........


...ustazpenang...

Saya Mahu Cantik!

Saya Mahu Cantik! 



Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.  Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.

Kita di bekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.  Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza, namun Allah menjanjikan kita semua akan memiliki pasangan dan tidak seorang pun dikecualikan.

Jadi apakah yang membuatkan ini terjadi?
Hal ini adalah kerana mata seseorang tidak di berikan hanya satu tarikan yang sama.  Semua manusia punya keinginan dan minat yang berbeza.  Jadi janganlah mudah mengejek dan mencaci seseorang hanya kerana paras rupa yang dimilikinya kerana ada dikalangan manusia di luar sana yang akan mengagumi wajahnya.  Allah akan mencantikkannya pada mata terpilih.

Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa.  Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?
Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.  Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza! Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.  Tetapi tetap jua kita berbeza.

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.  Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.  Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.  Tetapi mereka yang memuja  meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.  Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.  Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.

Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama.   Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.  Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur katanya lembut akan meruntun jiwa si suami,  ketaatannya akan menjadikan suami menghargainya.
 Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.  Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.  Subhanallah!
Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.  Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan reda.  Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya.

Wallahu'alam..........


...ustazpenang...

Monday 16 January 2012

:: Ombak Taubat ::

:: Ombak Taubat ::

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
... Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

Allah aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hati aku ‘tuk cintaMU

Allah kau berilah petunjuk
Untuk diri kami yang jauh dariMU
Agar kami tidak berpaling
Selalu rasa ada cintaMu

Allah terimalah taubatku
Yang menyesal jauh dariMu
Agar aku tidak terseksa
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana

Hanya mampu berdoa
Moga Kau terima taubatku

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia.
 
Wallahu'alam.........
...ustazpenang...

Saturday 14 January 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT....

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT....



Sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sedalam mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima dirinya,

Jika takdir Allah menentukan yg kita bukan dengan dirinya,
kita tidak akan bersama dengannya,
jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
kita tetap akan bersama dirinya ..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan
pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang
tepat menurut pengetahuanNya,
Insya-Allah.......
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang ..
dan yang sebaik-baik merancang itu adalah Allah SWT ...

Wallahu'alam........
...ustazpenang...

Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi

Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji

Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi

Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari

Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri

Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali

Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami

Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni

Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?

Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri

Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi

Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini



Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri

Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati

Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..

Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

Tanpa Kita Sedar

Tanpa Kita Sedar 

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi.

Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan.

Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri.

Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan.

Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan.

Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka.

Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil.

Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha.

Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah.

Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan.

Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya.


Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya.

Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa.

TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....

Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....
Dan Tanpa Kita Sedar.

Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya.

Wallahu'alam.............


...ustazpenang...


Kenapa Harus Terburu – Buru???

Kenapa Harus Terburu – Buru???


“Sudah ade kekasih ke belum?”
“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”
“Masih takde yang berkenan ke?”
“Memang jenis suka bersendirian ae?”
Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa. Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja. Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.

Luluh juga pertahanan hati, suasana disekeliling kita memaksa kita untuk hidup seperti mereka. Kita tidak mahu dicap kolot, jual mahal dan suka mengasingkan diri. 

Pupus kemulian diri, menjaga kehormatan adalah sangat berat hampir separuh mati. Hidup terasing dari suasana masyarakat yang merayu setiap hari. Memadu kasih, menyapa sayang akhirnya bukanlah sesuatu yang istimewa. Tidak istimewa kerana tiada masa menunggu yang panjang. Tidak pula menarik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai dengan selera.

Mudah sekali menjalinkan hubungan dan mudah sekali memutuskan hubungan. Mencintai  dan dicintai menjadi tidak asyik lagi. Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata, mamanjakan hasrat jiwa dan mengabaikan larangan Allah.

Apa yang membuat kita berasa harus menyemai cinta di usia belia? Apa yang membuat kita perlu berlatih, mengolah hati dan mengolah perasaan untuk sesuatu yang bernama “cinta yang terlarang?” apa yang membuatkan kita bersusah payah menyesakkan fikiran dan jiwa untuk sesuatu yang hanya menghasilkan pundi-pundi dosa?
Apakah bila cinta tidak menghampiri, ia tidak akan datang selamanya?
Apakah kalau kita tidak merasakan sekarang, kita akan menjadi makhluk paling aneh didunia?
sama sekali tidak.
masa muda adalah masa produktif. Masa muda adalah masa untuk mengumpulkan bekal untuk hidup yang semakin mendatang. Inilah masa untuk memberi erti kepada dunia yang kita huni. Inilah masa untuk mengasah kemampuan, mengumpulkan kemahuan dan berharap adanya perubahan yang besar dalam hidup kita.

Wallahu'alam.........

...ustazpenang...

Disaat Usia Bertambah..

Disaat Usia Bertambah..

cinta

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.

Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.

Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.

Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir..

Wallahu'alam.........
...ustazpenang...

Tanda lelaki benar-benar jatuh cinta..

Tanda lelaki benar-benar jatuh cinta..

risaugc0.gif sedihee8.gif
” female n male.. zaman skang boy lagi manja dari gurl. eyakah??“
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

Wallahu'alam.........


...ustazpenang...

Friday 13 January 2012

Jodohmu Ada Di Tahajjudmu

Jodohmu Ada Di Tahajjudmu



Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu???
Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.
Manakala,
Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.
Jom pergi kepada dalil:
1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 
Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:


2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:
Imam al-Mubarakfuri berkata: 
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 
(HR Bukhari)
****
Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 
Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
 
Wallahu'alam........
 
 
...ustazpenang...

Thursday 12 January 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba 



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Wallahu'alam.........


...ustazpenang...

Tuesday 10 January 2012

Bagaimana Memilih Pasangan Tanpa Couple???

Bagaimana Memilih Pasangan Tanpa Couple???

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.


KENAL 
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Umar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Umar.
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Umar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah. Umar bertanya lagi,
“Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya?”
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.

Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:
“Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barangsiapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya.”
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Istilah kufu banyak ditekankan dalam Surah AnNur: Ayat 26:
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.”
Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. Begitu juga sebaliknya, masalah akan berlaku.

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….

Sebuah Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar
Seorang sahabat, Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah:
“Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik.”
 

Wallahu'alam..........


...ustazpenang...

Sunday 8 January 2012

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati???

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati???

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Wallahu'alam..........
...ustazpenang...

Friday 6 January 2012

Di Mana Harga Seorang Wanita

Di Mana Harga Seorang Wanita


Hingga kini dunia islam bagai hilang punca, tertanya-tanya apakah jalan keluar sebenarnya bagi krisis kemanusiaan seperti pembunuhan, rompakan dan rogol? Mengapa masalah itu timbul? Jawabnya tidak lain adalah kerana insannya tidak dibangunkan. Selama ini yang dititik beratkan hanya pembangunan fizikal dan material.

Akhirnya materialnya maju tetapi manusia hidup kalau tidak seperti haiwan, tak ubahnya seperti syaitan!


Ittaqullah! Takutlah kamu kepada Allah! Di antara tanda-tanda Hari Kiamat semakin hampir adalah kebanyakan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang! Seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Terjadinya huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Hati dan jiwa yang jahat telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini.


Mengapa manusia seolah-olah kembali kepada peradaban penghambaan? Menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan? Dalam sabda Nabi SAW:
“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu, yang berada diantara dua lambung engkau”. (Riwayat Al Baihaqi)
SYAITAN YANG KREATIF DAN KRITIS
Syaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Mengapa muslimah (wanita islam) menjadi sasaran utama syaitan?
Mungkin kita sering dengar di majlis-majlis agama, di surau-surau, di masjid, di dewan, para ustaz, mubaligh, guru dan pensyarah kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa “kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal”. Mungkin ada riwayat yang menyatakan hal ini tetapi pasti ianya hanya bersifat mendidik manusia.
Jadi, kita bertanya bagaimana dan apakah strategi syaitan menggoda muslimah?

Berikut adalah cara bertahap :
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.

Berbeza pula jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen). Biarpun hidup bila dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, syaitan tetap tidak putus asa. Syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus.


Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. Lelaki pula tidak kisah boleh melihat dan mengagak bentuk dan saiz dada muslimah mengikut kesukaannya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, “cool”, jom cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang. Bentuk badan kamu ramping dan kurus, kamu mesti serlahkan kecantikan agar lelaki tertawan denganmu,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Maka, pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya ikutan di kalangan wanita muslimah, semakin hari semakin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru seperti “cool” dan “vogue”, dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukankah sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energetik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata lebih selesa, terutamanya ketika duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting selesa dan simple,” katanya.

Inilah tahap-tahap awal syaitan merosak kaum wanita, sehingga ke tahap ini pakaian masih tetap kekal dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini syaitan memulakan tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power” dan berani, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya dan kelihatan seksi.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.”
Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Terbukti manusia menyukai apa yang kamu lakukan, mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Bukankah itu lebih seksi dan menggoda siapa sahaja lelaki yang melihat?

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berjaya membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bertentangan dengan suruhan agama. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah zaman sudah berubah! Sekarang zaman moden, mesti ikut perkembangan fesyen terkini, nanti orang gelar ketinggalan zaman pula.”
Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki.

Fitnah?
Ah…… itu kan zaman dulu, ketika itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan “ooooh!” atau “wow! hot girl”, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka?
Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita kampung.

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian seharian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki dan di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Demikian halusnya cara yang digunakan oelhsyaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak perasan. Maka hendaklah kita semua, terutamanya orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita, bersegeralah diambil tindakan. Jangan biarkan berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Mencegah lebih baik daripada merawat.

Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu'alam.............


...ustazpenang...