Sunday 24 June 2012

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh





Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. 
Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah
kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru 
dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang 
pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah 
bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari 
pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus 
ke kancah maksiat.

Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras 
yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak 
juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak 
cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan 
sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.

Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana 
nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari 
hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.

Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang 
lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan 
dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan 
Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi 
bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan 
bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit 
perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka 
sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.

Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. 
Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan 
dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa 
pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu 
mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.

Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting 
kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada 
sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa 
bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar 
debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak 
ada yang istimewa lagi.

Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka 
seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas 
kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga 
selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah 
dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari 
pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.

Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia 
adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu 
berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat 
diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya 
lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. 
Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti 
amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.

Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan 
batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga 
semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik 
memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya 
mata, anak yang menjadi mangsa.

Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran 
ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu 
dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan 
pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.

Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana 
memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah 
bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang 
jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak 
dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, 
termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu 
alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...


Bila Dia Datang di Hatiku

Untukmu Wahai Ukhty ; Bila Dia Datang di Hatiku 





Bila dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru 
aku sedar banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi 
peluang untuk balik ke jalan yang benar...

Bila dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang 
kepadaku tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka 
untuk memelukinya dan takkan pernah ku lepas...

Bila dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang 
cuba miniti jalan yang benar...

Bila dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi 
seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi 
semangat tak putus-putus agar aku sampai ke jalan orang-orang yang 
soleh dan solehah...kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan 
itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...

Bila dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi 
lebih baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat 
kebodohanku dulu, bertudung tapi menampakkan bentuk badan ...malu!

Bila dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan 
pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH datang di hatiku...
Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan 
hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata 
manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. 
Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat daripada yang 
tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...

Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, 
tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku 
menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. 
Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada 
orang yang soleh dan solehah. 

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Cara Untuk Memilih Teman Hidup

Cara Untuk Memilih Teman Hidup





“Tapi…..dia sembahyang 5 waktu.Tak pernah tinggal.. “
Selalu aku terfikir.Bagaimana seharusnya untuk kita mencari teman 
hidup. Cukupkah dengan hanya cukup sembahyang 5 waktu?
“SEMBAHYANG adalah perkara wajib. Tiang agama. Tapi ia tidak 
menentukan samaada pasangan tu baik untuk kita atau tidak.”
lalu harus bagaimana?
1)adakah solat itu dapat menghalangnya  
dari melakukan kemungkaran?
2)bagaimana akhlaknya?. Semasa dengan ibu bapa, 
adik beradik,rakan-rakan.

3)bagaimana tutur katanya?

4)siapa kawan-kawannya?

5)bagaimana pemakaiannya?

6)bagaimana kebiasaannya?

7)adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?

8)adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk 
menjadi lebih baik?

9)Bagaimana sifat semulajadinya?

10)Bagaimana keluarganya?
Inilah antara soalan yang perlu ditanya sebelum kita memilih pasangan. 
Solat 5 waktu tidak cukup kerana ia hanya asas. Yang dilakukan kerana 
wajib. Tetapi adakah solat tu dapat menghalang kita melakukan 
kemungkaran itu penting.  Jika tidak, tak sempurnalah solat itu.
Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.
Mengapa?

Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa. Jadi 
mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika 
dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak 
apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu 
ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.
Menghormati dan menyayangi adik beradik.

Tutur kata juga penting. Tutur kata melambangkan peribadi sesesorang.
Seorang yang soleh dan solehah akan menjaga tutur kata mereka kerana 
ia mencerminkan iman dan diri kita sebagai seorang muslim.Tutur 
kata yang kasar melambangkan peribadi seseorang yang kasar.Ingat 
lidah adalah anggota yang paling berbahaya.Dari lidah terjadilah 
umpat-mengumpat,keji-mengeji,fitnah dan juga penipuan.

Kawan-kawan juga mencerminkan diri kita. Seorang yang soleh akan 
mencari sahabat yang soleh sebagai teman untuk mengingat 
ketika lupa.Ini fitrah manusia.Seorang yang liar tidak akan mencari 
seorang yang soleh sebagai sahabatnya kecuali dia mendapat hidayah 
dariNya. Manusia sering mencari teman yang sama jenis denganya.
“Dia baik..Cuma kawan-kawannya saja begitu.Tapi dia dapat 
kenal buruk-baik.Kalau diorang pergi kelab dia tak ikut pun.
Time solat dia solat.Jarang tinggal”

“Mungkin baik tapi tak cukup soleh.Mungkin juga baik pada pandangan 
manusia,tapi tak cukup baik padaNya” 
“Maksud ayah”

“Orang yang soleh takkan berkawan dengan orang yang dia tahu 
bila-bila masa dapat mengheretnya jauh dari Tuhan.Bila dia 
melepak,membuang masa,bercakap perkara-perkara yang tidak 
patut bersama,sedikit sebanyak dapat menghitamkan hatinya.
Walau dia menjaga solat. Iman bukan pada solat sahaja tapi amalan “
Pemakaian juga aspek penting untuk dinilai dalam memilih pasangan.

“Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,
tutup sana sini bukan baik sangat pun”

Wajarkah kita bercakap sedemikian. Orang yang berusaha menutup 
aurat biarpun masih melakukan dosa sekurangnya dosanya tak 
menutup aurat terhapus. Kita yang tidak menutup aurat malah mengeji 
syariat bagaimana?. TIDAK TERHITUNG dosanya. Mencuba 
untuk menutup aurat ialah satu jihad. Jihad dalam diri. Bukan mudah 
untuk menutup aurat yang sebetul-betulnya di zaman moden ini.

Ini benar. Saya juga selalu merasakan yang sama.Rasa tidak cantik. Tapi 
tanamkan dalam diri seindah perhiasan adlah wanita solehah. 
Sebenarnya wanita yang menjaga diri lebih cantik. Bukan sahaja 
cantik wajah tapi juga akhlak. Terpelihara dari fitnah dan pandangan 
yang tidak sepatutnya. Dan juga lebih dihormati.

Bagi yang lelaki jangan fikir oleh kerana aurat anda cuma 
sedikit maka anda terselamat.TIDAK.Fenomena sekarang ramai 
antara lelaki yang berpakaian ketat.Baju yang menampakkan 
tubuh badan.skinny jeans.Pakaian yang dapat menarik perhatian dan 
nafsu lawan jantina hukumnya haram. Perhiasan yang berlebihan juga 
haram. Lelaki yang hensem dan macho bukan terletak pada gayanya.
rambut,baju,seluar dan stailnya tapi pada akhlaknya.

Lalu ada juga persoalan “Jika dia menutup aurat tapi masih tidak 
dapat menentukan dia pasangan baik atau tidak lalu bagaimana?”

“Percayalah wanita dan lelaki yang baik untuk lelaki dan wanita yang 
baik.Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih 
baik dari orang yang tidak pernah bertaubat.”

Percaya dan bergantunglah kepada Allah.
bagaimana kebiasaannya?
Pasangan yang baik,kebiasaanya juga mestilah baik.Dia mestilah 
seorang yang istiqamah.yakni tidak berubah-ubah.seorang yang 
bertimbangrasa.
Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti 
sifat-sifat tersebut.
Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,
beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan 
isterinya. Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw.
Itulah sifat bertimbangrasa.
“Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. “
Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.
Pernah seorang pemuda dizaman Rasulullah saw. Dia tidak tahan 
dengan sikap isterinya yang suka membebel. Lalu dia pergi kerumah 
Umar Al Khatab untuk mengadu. Setibanya dia dirumah Umar,dia 
terdengar isteri Umar sedang membebel pada Umar. Tapi Umar hanya 
diam tanpa melawan sepatah pun. Setelah Umar keluar dari rumah 
pemuda itu bertanya “Wahai Umar,mengapa isterimu membebel tapi 
kamu hanya diam sahaja”.

“Aku diam kerana aku tahu walau dia suka membebel tapi hatinya 
baik.Jasanya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan kekurangannya.
Dia ibu kepada anak-anakku.Yang menjaga makan minumku.yang 
menjaga anak,harta dan maruahku semasa ketiadaanku. 
“Mendengar kata-kata Umar,pemuda itu lalu balik semula kerumah.

Sifat itu yang perlu ada dalam diri pasangan.Sifat bertolak 
ansur.Seringkali terjadi penceraian sekarang hanya kerana perkara 
kecil.Manusia sering lupa.Sering membesar-besarkan 
kekurangan dan kesalahan.Sedangkan banyak lagi benda baik yang 
kita lupa.Maka anak-anak menjadi mangsa.

adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
Ada 3 perkara tanda manusia itu munafik.Pertama apabila bercakap 
ia berbohong. Apabila dia berjanji dia tidak tunaikan. Dan apabila 
dia diberi amanah dia khianat.

Orang yang tidak berpegang pada kata-katanya adalah contoh 
orang munafik. Kerana itu islam amat menitik beratkan soal 
memberi janji.Ini kerana memberi janji umpama memberi harapan.
Memberi harapan pada orang lalu khianat hukumnya haram.

Pilihlah pasangan yang sentiasa berpegang pada janji.Takdir itu 
ketentuanNya.Jika kita sudah berusaha untuk berpegang pada janji.
Berusaha sebaik mungkin tapi tidak berjaya itu namanya takdir.Maka kita 
kena redha dan meminta maaf dari insan yang diberi janji.
tapi syaratnya kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk berpegang 
pada janji. adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi 
lebih baik?
Seorang yang soleh akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih soleh.
Jika dia berbuat silap dia akan bertaubat.
“Ah,watpe taubat.Nanti buat balik”
Rasullullah saw bertaubat hampir seratus kali sehari.Fitrah 
manusia sering lalai dan alpa.Sering kita bertaubat tapi kita buat lagi.
Tetapi sekurangnya bila kita bertaubat dosa sebelum yang kita lakukan
telah terhapus. Untuk bertaubat kita memerlukan kekuatan dan bantuan 
dariNya. Mengapa selalu bila bertaubat kita lakukan lagi?
Kerana kita tak betul2 buang punca kita jauh dariNya.Kita tak betol2 
berhasrat untuk berubah .
Dengan kata lain tak betul2 ikhlas.Kita bertaubat kerana rasa sakit dengan 
kesan kesilapan kita bukan kerana berubah untuk mencari keredhaaNya.
Bagaimana sifat semulajadinya?

Sifat semulajadi adalah seperti adakah dia seorang yang panas baran 
atau penyabar.lembut atau keras hati.
Saya sendiri sebenarnya seorang yang cepat panas.Tapi 
bagaimana kita menghandlenya.yakni dengan sabar.bila kita rasa ingin 
marah sangat2 kita sabar.kawal diri.Marah ini sifat syaitan.Dengan 
marah yang terlalu boleh membuat manusia hilang kewarasan 
maka terjadilah kes penderaan.memukul isteri.Pasangan yang baik 
ialah pasangan yang dapat mengawal emosinya.Dapat mendengar 
untuk didengari.Dapat memberi untuk menerima.Maksudnya 
dapat mendengar dan menerima pendapat dan pandangan pasangan.
Mengapa?
Kerana orang yang dapat mendengar dan menerima pandangan,pendapat,
perasaan orang lain yang akan dapat meluahkan pandangan,pendapat 
dan perasaannya pada orang lain utk didengari.
DAN
hanya orang yang dapat memberi yang dapat menerima
itulah give and take.
Kerana itu penting untuk memilih pasangan yang tidak trlalu keras hati.
Kerana orang yang sebegini lazimnya ingin didengari tapi tidak ingin 
mendengar.Maka itulah punca kepada kemusnahan sesuatu hubangan 
yakni perkahwinan.
Bagaimana keluarganya?
Iman tidak diwarisi oleh keturunan.Keturunan yang tidak baik 
tidak semestinya tidak melahirkan anak yang bertakwa.Itu bukti Allah itu 
maha adil.Semua insan tidak kira pangkat atau keturunan 
dapat mencari keredhaanNya.Tetapi,keluarga juga adlah aspek pnting 
dalam memilih pasangan hidup.Ini kerana,jika kita berkahwin kita tak 
berkahwin hanya dengannya tapi dengan keluarganya sekali.
Contoh
“Ibu tak setuju dengan perkahwinan ini”
atau
ibunya queen control.
Kita mesti memikirkan kesan akan datang.Apabila sikap keluarganya 
begitu,menjadi sukar untuk kita mempertahankan perkahwinan.Maka 
terlalu banyak duri ranjau yang perlu kita hadapi.Sedangkan fungsi 
perkahwinan adalah untuk mendapat ketenangan dan redha Allah.

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...