Thursday 28 February 2013

HAK DI ANTARA DUA JANTINA

HAK DI ANTARA DUA JANTINA



Ada seorang doktor beragama islam, yang bekerja di sebuah hospital di negara barat.


Doktor muslim ini amat disenangi serta dihormati kerana mempunyai ilmu pengetahuan 

yang tinggi biarpun kesemua pakar di hospital berkenaan dari kalangan bukan Islam.


Doktor muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama kristian. Walaupun 


berlainan agama, namun mereka tiada masalh untuk bekerjasama di dalam usaha merawat 

pesakit.


Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si 


ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua melahirkan bayi perempuan.

Masalah timbul apabila akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah 


bertukar.

Peristiwa ini telah menimbulkan kebingungan di kalangan para doktor di hospital 


berkenaan. Bagaimana untuk mereka mengenalpasti yang mana satukah ibu kepada kedua 

dua tersebut.


Doktor beragama Kristian itu teringatkan teman baiknya, Doktor Muslim. Lantas beliau 


bertanya kepada temannya : " Dahulu, engkau mengatakan bahawa Al - Quran ada jawapan 

kepada semua persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, 

cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada 

kedua bayi-bayi ini !"


Jawab Doktor Muslim ini, " Benar, Al - Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan 


tunjukkan kepadamu tentang kebenarannya."


Doktor Muslim itu meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan 


anak itu. Tujuannya adalah untuk menjalankan ujian terhadap kandungan susu tersebut.


Setelah mendapat keputusan hasil daripada ujian tersebut, Doktor Muslim tanpa ragu-ragu 


memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral di dalam air susunya 

adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita 

tersebut adalah ibu kepada bayi perempuan.


Doktor Kristian itu kehairanan lalu bertanya. " Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat 


keputusan mengkagumkan itu ?"


Lalu Doktor Muslim itu membacakan sepotong surah an-Nisa ayat 11 yang membawa 


maksud : " Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di 

mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan." ( 

Surah an-Nisa : 11 )


Doktor Muslim itu menerangkan kepada rakannya, " Melalui ayat ini, Allah menjelaskan 


bahawa satu bahagian lelaki bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna 

bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita."


" Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas 


menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat di dalam air susu ibu lelaki dua kali ganda 

banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah membuktikan siapa ibu kepada 

bayi-bayi tersebut."


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan 


gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan 

bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.

- (Surah an-Anfal : Ayat 2)



Walahu'alam....


...ustazpenang...

Sunday 24 February 2013

Soleh Dan Solehah Dahulu

Soleh Dan Solehah Dahulu




Dalam fasa dua puluh ini, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan. Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum? Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya. Begitulah kehidupan. Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan. Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab. Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.
Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah, matang dalam bertanggungjawab. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap DIA. Bagaimana mungkin seorang hamba itu boleh bertanggungjawab ke atas makhluk lain, sedangkan dia melepaskan tanggungjawabnya terhadap Tuhannya? Jadi, yang utama jangan kita abaikan. Insya-Allah, yang kemudian akan dipermudahkan.
Sebelum kahwin
Ramai yang berusaha mencari pasangan hidup masing-masing. Ia satu usaha yang baik dan relevan. Sehinggakan, statement mencari bakal imam dan bakal makmum bermain di dunia maya. Hampir setiap masa, sentiasa ada. Dalam mencari pasangan hidup boleh dikatakan semua insan mahukan yang terbaik.
Mahukan yang begitu, mahukan begini, faham-fahamlah sendiri. Tetapi, dalam proses mencari pasangan hidup, ramai yang bercita-cita besar untuk mendapatkan yang baik-baik, dan soleh solehah. Jika boleh, pasangan yang diinginkan nanti, seorang yang boleh solat berjemaah bersama-sama, taat kepada orang tua, menutup aurat dengan sempurna, bijak dalam bab agama, boleh membimbing, dan lain-lain lagi.
Itu baru sifat luaran yang boleh kita perlihatkan. Tetapi sifat dalaman pula, tidak ketinggalan. Segelintir daripada kita, mahukan kualiti. Sifat sabar, pemurah, sopan santun, syukur, redha, takwa… wah! Teropong hatilah jawabnya.
Selepas berkahwin
Suami isteri juga tidak ketinggalan. Kerana, pasangan suami isteri selalunya inginkan keluarga mereka menjadi baik. Sebuah keluarga yang taat dan patuh pada agama, keluarga sakinah. Si bapa, inginkan isteri dan anak-anak menjadi insan yang berguna. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Jika tidak si ibu, si anak juga sama. Fitrah manusia yang cintakan kebaikan!
Penutup
Jadikanlah diri kita terlebih dahulu baik. Soleh dan solehah. Berkeinginan, tidaklah salah. Yang salah adalah, apabila kita mengabaikan diri dan taksub pada keinginan diri semata-mata. Bersederhanalah dalam berkeinginan. Kerana, kita semua tidaklah sempurna!
Dalam proses menjadi baik, soleh dan solehah. Ia adalah proses yang berterusan. Mungkin, bakal pasangan atau ahli keluarga kita pada hari ini cuma baik pada satu sudut sahaja. Tetapi, tidaklah mustahil pada kemudian hari bakal pasangan serta ahli keluarga kita menjadi lebih baik lagi! Belajar dan terus belajar.
Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergangtungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya.
Kekecewaan mempengaruhi perasaan. Muhasabah diri. Jika kita inginkan yang baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu. Jika kita rasa diri sudah baik, tetapi jawapan masih lagi belum tiba.. ia bermakna Tuhan ingin memberikan kita pasangan yang jauh lebih baik. Sekian…

Soleh dan solehah kanlah dahulu dirimu!

Wallahu'alam.....


...ustazpenang...

Lelaki Soleh Adalah Menjadi Lelaki Yang Terbaik Di Dalam Dunia

Lelaki Soleh Adalah Menjadi Lelaki Yang Terbaik Di Dalam Dunia




Bercita – bercita menjadi lelaki soleh?

Alhamdulillah.. bermakna anda berusaha untuk menjadi lelaki pilihan Allah. Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang soleh, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.
Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri. Oleh itu,  jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan. Tugas itu adalah :

1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya.
Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin pelindung bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.
Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
“Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain.
Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Wallahu'alam....


...ustazpenang... 

The Forgotten

The Forgotten



“Things will usually get worse before they can get better. But when they do, remember who put you down, and who helped you up.”


The Forgotten

People said that we could easily forget someone especially when you know that person is no longer cling or being with you all this while. People said its memories that we have created with that particular person that makes us unable to forget that someone. Yes, that person must be special enough for you. Yet, you hold on tight all the memories that you have been through with that person directly or indirectly. All these make sense to us as a human being.
BUT.. Do we ever think that we keep hold on too much to a particular person or people and leave somebody else behind? We might not think so as they are the forgotten.
Why do I said so? In the context of pleasuring Allah as the only God, we tend to do the ibadah on our own in order to gain as much pahala as we could. But think, have we ever invite any of our friends to join us to do the same ibadah as we did? For example, do we ever take or ask our friends to go with us for solat berjemaah in the mosque? Or ever tell them to join for listening to any talks about Islam? Or even greet them whenever they passed by? Think. Reflect.
As Allah said in the Qur’an, surah Ali-’Imran, verse 104 (the translation) which is :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Its in us. The desire to help each other to Allah’s heaven is right in front of us. We might not see the benefits now but do not take it for granted even if you just make a do’a for your friends. It seems hard to tell someone (especially our friends) about something good because we might feel like we possibly offended them or that friends would say that we are so called good person. Well, well, well.
Do you know that if you leave something good for the sake of a person instead of Allah could leads you to syirik? Na’uzubillahiminzalik. If you want to make a change in yourself such as go for solat berjemaah at the mosque or covering your aurah, do it for the sake of Allah. Its not that when you change to someone better, it will close the chances to keep the friendship or relationship with your peers. No! Never! Be open-minded, friends!

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Sahabat Yang Baik

Sahabat Yang Baik




Sahabat untuk selamanya.
Bersama, untuk selamanya.
Kau dan aku sahabat.Untuk selamanya.
Selama-lamanya.
Setia…


Alhamdulillah. Segala puja pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Maha Cinta. Yang telah mengurniakan pelbagai hadiah. Kenikmatan. Tidak mengira siapa, warna, usia, taat mahupun derhaka. Segala kenikmatan yang telah diberikan, tandanya Allah SWT kasih, Allah SWT sayang akan kita semua.
Alhamdulillah. Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW yang telah bersabar, mengajar, dan mendidik kita dalam memahami erti kehidupan. Yang telah bersabar, dengan sebaik-baik sabar. Yang telah mengajarkan kita apa itu Islam, Iman, dan Ihsan. Juga, yang telah mendidik serta memperkenalkan kita bahawa hidup ini ada penciptanya, pemiliknya, dan tuan empunya. Allah azza wa jalla.
Insan.
Setiap daripada kita, mempunyai teman dan juga sahabat.
Tidak kiralah sahabat kita bagaimana. Samada tua, muda, cantik, kurang cantik, lelaki, perempuan, dan bermacam-macam lagi. Tuhan Maha Bijaksana. Dia tidak memberikan kita satu pilihan sahaja. Satu macam. Tuhan memberikan kita pelbagai. Banyak. Sehinggakan, hidup ini kita katakan warna-warni.
Hidup ini, berliku-liku. Dan dalam ketidaksempurnaan ini, Tuhan memperkenalkan kepada kita tentang pilihan.
Jika terdapat hidangan makanan dihadapan kita, satu hidangan yang baik dan satu hidangan yang kurang baik. Bagaimanakah pilihan kita? Andai kita memilih hidangan yang baik, mengapa? Dan andai kita memilih hidangan yang kurang baik pula, mengapa?
Pilihan itu ada pada diri kita. Kita sendiri menentukannya.
Masing-masing mempunyai alasan, sebab, dan jawapan. Tetapi, pada hari ini… majoriti daripada kita, inginkan yang baik-baik. Malah, ada yang lebih daripada itu. Yang terbaik! Kerana, kita berharap dengan apa yang kita dapat dan pilih itu mampu bantu diri kita dalam menuju kebaikan.
Kerana kita ingin menjadi insan yang baik. Manusia yang cintakan kebaikan, adalah manusia yang di hatinya mempunyai iman!
Dalam proses menjadi seorang insan yang baik, caranya perlulah ambil yang baik-baik serta memberi yang baik-baik. Kebaikan itu perlu di utamakan! Kejahatan pula, usah dibenci. Sebaliknya, kita perbaiki. Manusia kan, kurang sempurna. Tetapi, manusia adalah sebaik-baik ciptaan dari-Nya!

Sahabat Yang Baik

Dewasa kini, sahabat yang baik itu ada. Wujud. Walau tidak sebondong, kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kekadang, yang banyak belum tentu menjadi dan berkualiti. Tetapi, yang sedikit itu tidak membuatkan hidup ini sunyi sepi. Sabahat yang baik, sedikit sebanyak terperciknya sifat soleh dan solehah.
Meski dia itu, terdapat kekurangan dan keaiban.. tetapi, dalam berjuta kekurangan, pasti adanya kelebihan. Mungkin, sahabat yang baik bagus dalam sesuatu bidang. Tetapi, dari bidang yang lain.. lemah. Ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan, perlu diungkit-ungkit.
Kerana, setiap orang tahu akan diri masing-masing. Asalkan, jangan kita mempertabiatkan diri dengan mencari kesalahan orang lain. Maka, jauhi. Takut nanti, Tuhan benci.
Nauzubillah!
Bersahabatlah dengan sesiapa pun. Tetapi, jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, soleh dan solehah, sudah pastinya kita tidak akan rugi. Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang.
Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu, adanya kerinduan kita sebagai insan yang ingin pulang ke kampung halaman. Jannah. Dan pada sahabat yang baik itu, adanya bibit-bibit iman yang membuatkan kita ini teguh dan tidak berputus asa dalam mengharungi kehidupan.
Tetapi…
Sahabat yang baik, tidak semestinya yang seusia dengan kita. Tidak semestinya berjiran dengan kita. Tidak semestinya satu tempat kerja, belajar, dan organisasi dengan kita. Tidak semestinya yang ada di alam maya. Tidak semestinya yang lepak di gerai mamak bersama-sama. Tidak semestinya yang bersolat berjemaah sama-sama. Semua itu tidak semestinya. Kerana, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.
Mereka yang rapat dan dekat itu adalah ibu dan ayah kita!

“Ya Allah, Tuhan yang telah mengurniakan kami ibu dan ayah. Yang telah mengurniakan kami kasih dan sayang-Mu kepada ibu dan ayah. Sesungguhnya, kami ini tidak pandai berdoa sepertimana ibu dan ayah. Kami ini, tidak setabah ibu dan ayah tatkala ujian menghujani diri. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dan keredhaan-Mu kepada ibu dan ayah. Satukanlah kami di akhirat nanti sebagaimana engkau satukan kami pada hari ini. Sesungguhnya, engkau adalah sebaik-baik raja. Maha Raja.”

Wallahu'alam....


...ustazpenang... 

Amalan Terencat Niat Sucinya

Amalan Terencat Niat Sucinya




“Eleh dia ni, baca novel boleh berjam-jam, tapi baca Quran semuka dua je. Entah apa-apa entah.”
Begitulah adu seorang saudara perempuan saya. Dia dicemuh kerana kegemarannya membaca novel. “Tapi saya baca juga Quran. Bukan tak baca langsung.” katanya lagi sambil mencebik dan hampir menangis.
Saya menarik nafas. Inilah yang menyebabkan orang-orang yang melakukan amalan terencat niat sucinya. Inilah yang menyebabkan orang-orang yang mulanya hendak beramal kerana Allah, tapi akhirnya jatuh kepada beramal untuk manusia. Nauzubillah.
Benar. Manusia yang tidak rugi itu adalah mereka yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan kesabaran (boleh rujuk surah al-Asr). Namun dalam berpesan dan menegur, perlu ada hikmah dan cara. Cukup baikkah kita, cukup banyakkah amal kita, cukup alimkah kita hendak mempertikai amalan orang lain?
Nabi Muhammad SAW ketika ziarah ke rumah orang sakit, tidak pernah pertikai orang itu selama ini banyak ibadah ke, orang itu selama ni rajin ke masjid ke. Nabi Muhammad SAW ziarah seseorang itu kerana dia adalah saudara semuslim.
Lalu kita, yang entah berapa banyak amal ni kenapa nak pertikai amalan orang?
Suka saya ingatkan, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya : “Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Mungkin, kita lihat orang tu baca novel berjam-jam. Namun sekurang-kurangnya dia ada baca al-Quran walaupun satu muka. Dan dia baca Quran itu secara berterusan. Itu lebih baik dari dia baca Quran 3 jam hari ni, tapi esok, esok, dan esok lagi dia tak baca langsung.
Nah, manakah yang lebih baik? Amalan yang sikit namun berterusan ataupun sekali saja beramal, lepas tu tak amal dah? Bukankah dalam Islam kita dituntut untuk istiqamah?
Jika kita menegur dengan kasar, mungkin nanti dia beramal, tapi amalannya hanya untuk puaskan hati manusia. lalu mana ikhlasnya, mana manisnya ibadah itu?
Tidak. Saya bukan ingin menangkan golongan yang baca novel, tidak juga ingin menyalahkan yang menegur. Cuma, hendak menegur itu ada cara. Dan ibadah itu ada peringkat. Mana tahu hari ini dia baca al-Quran semuka, tapi kerana berterusan, dia akan seronok beramal dan minggu hadapan dia akan mula dengan dua muka, tiga muka, malah mungkin bulan hadapan dia akan baca al-Quran satu juzuk. Yang penting adalah istiqamah dan berterusan. Bukan hangat-hangat tahi ayam, hari ni buat sungguh-sungguh esok lupa.
Islam itu luas. Islam itu indah. Kenapa perlu bersengketa?
Saya akhirkan tulisan ini dengan satu lagi hadis Nabi ;
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun. (riwayat ad-Dailani).
Dapatkah tangkap maksudnya? Amal yang sikit itu, namun dalam sikit itu ada keikhlasan dan kecintaan terhadap Allah, maka itulah yang bermakna berbanding yang melakukan amal ibadah sekali banyak, tapi tiada keikhlasan.

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

6 Cara Membantu Melegakan Seseorang Yang Ada Masalah

6 Cara Membantu Melegakan Seseorang Yang Ada Masalah




Masalah

Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah. Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter. Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang. Hanya memendam masalah seorang diri.
Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.
Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu. Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri. Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat. Adakalanya kita akan merasa “Down”
Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain. Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.
Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.
1. Memberi Perhatian. Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat. Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan. Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.
2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia. Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!
3. Soalan terbuka. Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka. Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”. Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.
4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap seperti gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan. Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”,  ”Ya’, “Jadi?”
5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu. Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat. Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA. Juga elakkan menyentuh dibahagian – bahagian yang sensitif. Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.
6. Ajarkan doa ini:

الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ

(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).
# Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

TIGA PENYELAMAT, PEMBINASA, DARJAT, KAFARAT (PENEBUS DOSA)

TIGA PENYELAMAT, PEMBINASA, DARJAT, KAFARAT (PENEBUS DOSA)




Dari Abdurrahman bin Shakr, Abu Hurairah r.a., dia berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda sepertimana berikut;
“Tiga perkara penyelamat, tiga faktor perosak, tiga darjat dan tiga kafarat (penebus dosa). Adapun tiga faktor penyelamat adalah: Takwa kepada Allah SWT dalam kesunyian ataupun di tempat umum, sederhana sama ada dalam keadaan fakir atau kaya dan bersikap adil diwaktu rela ataupun ketika marah.
Tiga faktor perosak adalah: Terlalu bakhil dan kedekut, tunduk kepada hawa nafsu dan membanggakan diri sendiri (ujub). Dan tiga perkara dapat mengangkat darjat adalah: Mengucapkan salam, memberi makan dan solat malam ketika orang-orang sedang tidur. Adapun tigak faktor penebus dosa (kafarat) adalah: Menyempurnakan wuduk dalam keadaan cuaca dingin, melangkah kaki menuju solat berjemaah, dan menunggu solat berikutnya setelah solat dilakukan.”

Penebus Dosa

  1. Ada tiga perkara yang menyelamatkan manusia dari azab seksa iaitu pertama, takut kepada Allah SWT, baik secara sembunyi mahupun terbuka di depan umum, bagaimanapun takut secara sembunyi lebih tinggi darjatnya daripada takut dalam keadaan terbuka. Kedua, hidup sederhana dengan tidak melampaui batas (haram) dan rela dengan keadaan yang ada. Ketiga, berbuat marah dan rela kerana Allah SWT.
  1. Tiga perkara yang membinasakan iaitu pertama, bakhil dan kedekut yang melampaui batas, sehingga tidak dapat menunaikan hak-hak Allah SWT dan hak-hak makhluk-Nya. Yang dimaksudkan bakhil di sini adalah menuruti sifat bakhil. Adapun jika ianya tidak ditaati, maka tidak akan membinasakan, kerana sememangnya bakhil itu adalah suatu sifat yang berada dalam diri manusia sejak semulajadi lagi. Kedua, seseorang yang sentiasa tunduk dan menuruti keinginan nafsunya; dan ketiga, orang yang menganggap dirinya lebih sempurna daripada orang lain.
  1. Tiga perkara yang menaikkan darjat: Pertama, mengucapkan salam kepada sesama muslim, sama ada kepada orang yang dikenali mahupun tidak dikenalinya. Kedua, memberi makanan kepada tetamu dan orang yang lapar. Ketiga solat tahajjud pada malam hari ketika orang lain sedang tidur lena.
  1. Adapun tiga perkara yang dapat menghapus dosa sebagai kafarat pula ialah menyempurnakan wudhuk dalam cuaca yang sangat dingin. Kedua, melangkahkan kaki ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ketiga, menunggu waktu di masjid untuk melaksanakan solat atau menanti untuk melakukan kebaikan yang lain.
[Sumber: Kitab Nashaihul'ibad (Nasihat-nasihat agama kepada calon penghuni syurga)-Imam Nawawi]

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

Bertaubat, Walaupun Selalu Terjebak Didalam Dosa Yang Sama

Bertaubat, Walaupun Selalu Terjebak Didalam Dosa Yang Sama




Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan  bertaubat kemudian  diatas dosanya itu. Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan  sedemikian kita layak untuk bertaubat?

Bertaubat

Sebenarnya, Bertaubat HARUS DILAKUKAN. Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, “Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,
Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku.’
Rabbnya berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”
Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’
Allah berfirman, ‘Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu
Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’
Allah berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu’… [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim lihat: al-Lu’lu’ wa al-Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Baari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]
Ini fenomena biasa yang terjadi dimasa ini, dimana sentiasa berlaku tarik-menarik antara  para pelaku dosa dan  orang-orang yang bertaubat. Masing-masing bersenang hati menerima kehadiran kembali seseorang yang selama ini berpisah dari mereka. Orang-orang yang bertaubat senang menerima hadirnya pelaku dosa yang kembali bertaubat atas dosa-dosanya. Begitu juga para pelaku dosa akan riang gembira menyambut orang soleh yang kembali menggeluti dosa-dosa.
Oleh itu, banyak orang yang menjadi korban tarik- menarik itu. Banyak orang soleh yang akhirnya terjebak dalam dosa, yang dari dosa itu dahulu dia pernah bertaubat. Dan sayangnya, itu terjadi berkali-kali sepanjang hidupnya. Namun, selama dia ikhlas bertaubat dan ingin memperbaiki diri, tak ada istilah pintu taubat tertutup baginya, selama nyawa belum sampai di kerongkongan, atau matahari belum terbit dari arah barat.

Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh  menjemput kita bila – bila masa sahaja.

Wallahu'alam...


...ustazpenang...