Thursday 26 April 2012

Cinta Tanpa Noda

Cinta Tanpa Noda







ISTIMEWA BUAT SAHABATKU YANG BELUM BERUMAH TANGGA...
Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,
takutkan Ilahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.
(Al-An'am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.
Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama isteri,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Bercouple Atau Jual Mahal???

Bercouple Atau Jual Mahal???







Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan???
Kenapa saya bingung akan hal ini??? Kecil-kecil lagi sudah gatal???
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu??? Perlukah bercouple sebelum berkahwin??? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua???
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet???
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman??? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan???
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri???
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal???
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'bercouple', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'couple' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih???
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan???
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang???
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

Wednesday 11 April 2012

Kata-Kata Cinta

Kata-Kata Cinta





Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31
Cinta Lahirkan Ketaatan
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya."
(al-Bukhari dan Muslim) ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23)
Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya.

Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda?

Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Cintai Allah

Mencari cinta Allah dan Rasulullah? Kita kena berusaha untuk mengenali Allah SWT dan Muhammad SAW. Apabila kita kenal siapa Allah SWT dan Muhammad SAW insya Allah dengan izinNya hati kita akan cuba menurut segala ajaran yang disampaikan oleh Muhammad SAW yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini adalah salah satu tanda cinta kepada baginda dan Allah SWT. Hingga ada sabda nabi mengatakan:
Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].
Maknanya segala kewajipan yang ditentukan ke atas umatnya mesti ditunaikan walau dalam keadaan macam mana sekali pun seperti sakit, sibuk, dalam perjalanan dan lain-lain lagi. Menjauhi perkara yang dilarang dan mendekatkan diri kepada setiap kebaikan.
Memuja-muji Allah SWT dan berselawat ke atas baginda beserta keluarganya.
Hasil daripada kita mengingati dan merindui. Cuba biasakan diri untuk mengamalkannya walaupun sedikit cuma insya Allah kita akan terbiasa walau dalam keadaan macam mana pun.
Wallahu'alam.........

...ustazpenang...

Penyejuk Mata Dan Menjemput Bidadari

Penyejuk Mata Dan Menjemput Bidadari







Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.
Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.
Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?
Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.
Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.
Asas dan Halatuju Mahligai Cinta
Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.
"Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari."
Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.
Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.
Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.
Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.
Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.
Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.
 pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
1.    Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
2.    Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
3.    Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.
Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama', murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.
Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.
Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.
Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.
Wallahu'alam..........

...ustazpenang...

Monday 9 April 2012

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau






Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan Allah swt. Tugasnya dicipta di atas dunia adalah untuk melakukan kebaikan dan menjauhoi kemungkaran.



Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin saya  tegaskan kat sini, kita semua manusia. Punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan punya badan tidak sedih?
Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.
A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)
Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samara.
Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.
Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?
Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.

Wallahu'alam..........

...ustazpenang...

Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah, Sang Bidadari

Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah, Sang Bidadari







Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?
Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga
Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah
Fesyen acuan Allah:
1) Pakaian taqwa

Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".
Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 
2) Labuhkan tudung bawah dada

Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.
Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.
3) Tidak nipis dan ketat

Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.
Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.
Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.
Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.
Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.
Stigma bila bertudung
Mungkin ada orang kata,
"Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai hati kita. Tengoklah hari ini, ramai je yang bertudung, tapi perangai buruk. Pakai seksi, tapi perangai baik".
Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan baik sudah tentu taat perintah Allah kan? :)
Formula yang mudah= aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri
Mungkin sesetengah bidadari tak rasa aib dedahkan aurat di dunia, malah mereka kagum dengan kecantikan badan dan rambut mereka. Tapi jangan lupa bidadari, hidup kita bukan di dunia saja, tapi kita akan melalui persidangan di mahkamah mahsyar nanti.
Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah?
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Percayalah, kasih Allah pada kita lebih daripada kasih sayang mak ayah pada kita. Ibu ayah tak bagi kita keluar sorang diri sebab takut kena ragut. Jadi, Allah tak bagi kita dedah aurat, pasti ada kebaikannya. 
Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:
"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".
Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.
Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)
Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami :)

Wallahu'alam........

...ustazpenang...