Friday, 6 April 2012

Cinta Itu Luar Biasa!

Cinta Itu Luar Biasa!







Saya : Assalamualaikum adik. Apa yang adik menungkan tu?
Adik : Saya teringatkan kata-kata guru saya.
Saya : Ouh.. boleh adik kongsikan bersama?

Adik : Boleh. Guru saya kata, cinta itu luarbiasa.
Cinta itu memang luarbiasa. Hatta, saya sendiri tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Maklum sahaja, di waktu pengajian dahulu tiada pula pembelajaran cinta. Tulisan ini saya cuba kupaskan tentang cinta luarbiasa. Pohon ampun dan maaf jika terdapat kekhilafan.

Cinta luarbiasa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW :
Cinta ini adalah cinta yang agung. Kerana, tiada siapa dan mana-mana cinta yang mampu menandingi cinta ini. Cinta ini juga yang akan membawa manusia ke dalam syurga. Insyaallah.. tapi, apa kaitannya cinta ini dengan cinta luarbiasa?

Lihat sahaja dalam perilaku sehari-harian kita, pentingnya Allah SWT didalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, umat Islam jika ingin melakukan sesuatu perkara yang baik (ibadah) meski diiringi dengan niat KERANA ALLAH SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Mengetahui, dan Dia tidak mahu hamba-hambaNya berjaya di dunia sahaja akan tetapi, Dia juga ingin hamba-hambaNya berjaya di akhirat sama.
Kaitan antara cinta luarbiasa dengan Nabi Muhammad SAW, kita boleh rujuk pada sirah-sirah Islam. Saya teringat tentang satu peristiwa berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW bersama malaikat. Dimana ketika itu, Rasulullah SAW berdakwah dan menyeru umat manusia supaya mengikuti seruan Islam. Sayang sekali pada ketika itu, umat manusia tidak memperdulikan seruan yang dibawa oleh Rasulullah SAW serta menolak seruan beliau. Dan ketika itu juga, malaikat meminta hajat daripada Nabi Muhammad SAW untuk menurunkan bala dan musibah terhadap umat manusia. Akan tetapi, Rasulullah SAW melarangnya. Rasulullah SAW berkata pada malaikat bahawa, “Walaupun mereka semua tidak beriman pada ketika ini. Tetapi aku yakin, di kemudian hari anak-anak, cucu-cicit, serta keturunan mereka akan beriman juga.” Hebat kata-kata Rasulullah SAW.

Cinta luarbiasa semua makhluk (malaikat) :
Para malaikat, sudah tentu cinta pada kita. Jika kita berusaha berjuang, menengakkan kebenaran, para malaikat bersama-sama dengan kita dan tidak putus-putus mendoakan kita. Walaupun kita tidak pinta dan meminta.

Cinta luarbiasa semua makhluk (bumi) :
Kenapa bumi? Kerana bumi juga makhluk Tuhan seperti kita. Selama kita hidup, dan selama kita membuat perkara-perkara yang tidak elok, bumi tidak pernah marahkan kita serta menghalau kita. Hatta, bumi memberi kita peluang untuk berada didalam bumi dan meneruskan perjuangan serta menegakkan kebenaran.

Cinta luarbiasa semua makhluk :
Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain seperti langit, gunung, lautan, tumbuhan, haiwan dan berbagai, mereka amat mencintai kita. Mereka juga yang menghiasi dunia dan menghiburkan kita. Mereka tidak bencikan kita, malah mereka tidak meminta serta memohon azab untuk kita.

Akhir kata, jangan kita tertumpu pada cinta manusia sahaja. Masih banyak lagi cinta yang belum kita teroka dan bicara. Saya tidak menolak cinta sesama manusia. Saya cuma menolak cinta yang sia-sia, buang masa, dan akhirnya membawa kita ke lembah neraka. Percayalah bahawa cinta itu bahagia, dan cinta itu luarbiasa!

Cinta itu luar biasa
Yang tersirat jutaan makna
Cinta itu luar biasa
Kerana  cinta itu bahagia dan membawa ke syurga.

Wallahu'alam.......




...ustazpenang... 

No comments:

Post a Comment