Thursday 18 October 2012

Beribu Rahsia, Beribu Hikmah

Beribu Rahsia, Beribu Hikmah



"Hidup manusia bagai tersesat di hutan belukar yang penuh dengan onak dan duri, walau pedih dan bercalar, namun harus direntasi juga untuk kita temui jalan keluarnya".

Kita sering kali mengeluh setiap kali ditimpa ujian dan dugaan. Mungkin kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita sedang melakukannya. Bukan sahaja mengeluh, malah mempertikaikan lagi kenapa semuanya harus terjadi pada diri kita. Pelbagai soalan yang dimulai dengan perkataan "kenapa" dan "mengapa".
Bila sahaja musibah menimpa, kita dipujuk dengan kata-kata 'cliche' yang kadang kala membuat kita rasa tiada siapa yang benar-benar memahami keadaan kita :
"Sabarlah, ni semua ada hikmahnya."
Dah biasa didengar kan?
Janganlah tolak bila ayat tu disebut walau berulang kali oleh orang yang berbeza, kerana ia BENAR! Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah beritahu direct pada semua hambaNya tentang hikmah.
Apa it hikmah? Kalau mengikut tafsir yang dibaca, ia adalah kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Al-hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.." riwayat Imam At-Turmizi
Hikmah boleh datang cepat atau lambat. Bergantung pada diri kita untuk menyedarinya. Jika kita cepat redha pada perkara yang telah terjadi, iaitu menerima dengan hati yang lapang dan terbuka, maka cepatlah juga kita menyedari hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Begitulah juga sebaliknya. Apa yang penting ialah keredhaan. Keredhaan diri kita sendiri dalam menerima hakikat. Setelah itu, satu per satu kebaikan akan kita nampak, insya Allah. Tatkala itu, kita akan berkata:
"ooouhhhh, patutlaaaaa....begini"
"ooouuhhhh, patutlaaaa....begitu"
Alangkah bertuahnya orang yang menyedari hikmah! Dan alangkah beruntungnya orang yang diberi Hikmah oleh Allah SWT.
Pokoknya, kita tidak tahu bagaimana jalan hidup kita ini diatur. Kita tidak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Kita merancang, namun Allah jualah yang Maha Perancang dan Penentu segalanya.
Hakikatnya, harus kita yakini bahawa Allah Maha Mengetahui dan asbab itulah , apa jua perancanganNya, ia pasti lebih baik, malah yang terbaik untuk kita.
Tenanglah wahai hati dan redhalah dengan segalanya... Hikmah itu akan tiba jua bila sampai masanya. Hanya perlu untuk kita berusaha mencarinya.
".....Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran...." surah Ali-Imran, ayat 7

Wallahu'alam....

...ustazpenang...


2 comments:

  1. salam....saye google2 dan tiba di blog ini.
    terima kasih..
    sesungguhnya hati ini sedang bersedih dan kerap bertanya mengapa semua ini berlaku...=(

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam... sama2 sahabat.. ujian n dugaan yg d berikan-Nya adalah tanda Dia sentiasa ingat & syg kan kita.. Dia merindukan tangisan & rayuan dr kita.. bersyukurlah dgn setiap dugaan & ujian yg d berikan-Nya... Allahurabbi

    ReplyDelete