Jika kita pernah menjadi ketua kelas atau menjadi pemimpin, kita pasti selalu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, yang kadang membuatkan kita sakit kepala untuk menyatukan mereka. Banyak konflik. Banyak kecelaruan.
Kita selalu menganggap sesuatu yang berbeza memang tidak boleh disatukan dan diletakkan bersama. Perbezaan akan menyebabkan perpisahan. Kita sering meletakkan perbezaan itu umpama minyak dan air, yang tidak akan bersatu bila kita mencampurkan kedua bahan tersebut. Walaupun kita mengacau larutan itu supaya bercampur, lama-kelamaan ia akan terpisah jua manjadi dua lapisan minyak dan air.
Tapi kita sebenarnya tak terfikir bahawa minyak dan air boleh dicampurkan dengan adanya kehadiran sabun. Sabun sebagai penyambungnya. Begitulah juga dengan perbezaan yang kita miliki, saling memahami dan kebijaksaanlah yang akan membuat sesuatu perbezaan itu dapat bersatu.
Memang setiap orang mempunyai pelbagai alasan yang berbeza. Namun setiap orang juga harus mempunyai berjuta alasan untuk saling memahami setiap berbezaan yang kita semua miliki. Sebab kita semua tak mungkin dapat mengelak dari perbezaan. Yang perlu adalah, kita harus yakin bahawa setiap perbezaan yang wujud adalah anugerah daripada Allah yang harus diterima dengan bijak. Sikap positif harus diterapkan didalam jiwa apabila kita semua terlibat dengan berbezaan pendapat dan perbezaan sikap. Fikiran positif akan membuatkan kita bersikap positif dan bijak dalam menerima sebarang perbezaan.
Perbezaan akan membuat kita belajar. Cuba perhatikan ibu bapa kita, mereka pada mulanya mempunyai pelbagai berbezaan. Tetapi setelah bersatu dalam ikatan perkahwinan, mereka belajar untuk memahami antara satu sama lain, belajar menerima perbezaan dan belajar untuk bertolak ansur, sehingga masih kekal sehingga kini. Yang penting menerima dengan dada yang lapang dan akal yang bijak. Kerana kebanyakkan masa, perbezaan lah yang kan membuat kita belajar banyak perkara, belajar tentang perbezaan itu sendiri, belajar mensyukuri perbezaan itu, dan belajar untuk saling melengkapi.
Cuba kita perhatikan dalam sebuah persembahan muzikal. Bunyi harmoni yang terhasil adalah bukan dari alat muzik yang sama, tetapi gabungan dari alat muzik yang berbeza. Perbezaan alat muzik, perbezaan suara, perbezaan peranan diaturkan supaya bunyi yang sedap didengar terhasil. yang penting, kita yang bijak mengaturkannya!
Wallahu'alam....
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment