Sunday 24 February 2013

TIGA PENYELAMAT, PEMBINASA, DARJAT, KAFARAT (PENEBUS DOSA)

TIGA PENYELAMAT, PEMBINASA, DARJAT, KAFARAT (PENEBUS DOSA)




Dari Abdurrahman bin Shakr, Abu Hurairah r.a., dia berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda sepertimana berikut;
“Tiga perkara penyelamat, tiga faktor perosak, tiga darjat dan tiga kafarat (penebus dosa). Adapun tiga faktor penyelamat adalah: Takwa kepada Allah SWT dalam kesunyian ataupun di tempat umum, sederhana sama ada dalam keadaan fakir atau kaya dan bersikap adil diwaktu rela ataupun ketika marah.
Tiga faktor perosak adalah: Terlalu bakhil dan kedekut, tunduk kepada hawa nafsu dan membanggakan diri sendiri (ujub). Dan tiga perkara dapat mengangkat darjat adalah: Mengucapkan salam, memberi makan dan solat malam ketika orang-orang sedang tidur. Adapun tigak faktor penebus dosa (kafarat) adalah: Menyempurnakan wuduk dalam keadaan cuaca dingin, melangkah kaki menuju solat berjemaah, dan menunggu solat berikutnya setelah solat dilakukan.”

Penebus Dosa

  1. Ada tiga perkara yang menyelamatkan manusia dari azab seksa iaitu pertama, takut kepada Allah SWT, baik secara sembunyi mahupun terbuka di depan umum, bagaimanapun takut secara sembunyi lebih tinggi darjatnya daripada takut dalam keadaan terbuka. Kedua, hidup sederhana dengan tidak melampaui batas (haram) dan rela dengan keadaan yang ada. Ketiga, berbuat marah dan rela kerana Allah SWT.
  1. Tiga perkara yang membinasakan iaitu pertama, bakhil dan kedekut yang melampaui batas, sehingga tidak dapat menunaikan hak-hak Allah SWT dan hak-hak makhluk-Nya. Yang dimaksudkan bakhil di sini adalah menuruti sifat bakhil. Adapun jika ianya tidak ditaati, maka tidak akan membinasakan, kerana sememangnya bakhil itu adalah suatu sifat yang berada dalam diri manusia sejak semulajadi lagi. Kedua, seseorang yang sentiasa tunduk dan menuruti keinginan nafsunya; dan ketiga, orang yang menganggap dirinya lebih sempurna daripada orang lain.
  1. Tiga perkara yang menaikkan darjat: Pertama, mengucapkan salam kepada sesama muslim, sama ada kepada orang yang dikenali mahupun tidak dikenalinya. Kedua, memberi makanan kepada tetamu dan orang yang lapar. Ketiga solat tahajjud pada malam hari ketika orang lain sedang tidur lena.
  1. Adapun tiga perkara yang dapat menghapus dosa sebagai kafarat pula ialah menyempurnakan wudhuk dalam cuaca yang sangat dingin. Kedua, melangkahkan kaki ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ketiga, menunggu waktu di masjid untuk melaksanakan solat atau menanti untuk melakukan kebaikan yang lain.
[Sumber: Kitab Nashaihul'ibad (Nasihat-nasihat agama kepada calon penghuni syurga)-Imam Nawawi]

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment