Wednesday, 14 March 2012

Belajarlah untuk Bersyukur

Belajarlah untuk Bersyukur







Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh. Katanya telah bertahun-tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat. Ustaz bertanya, "Tidak ada zuriat, tapi kamu ada suamikan? Ketika ketawa masih bersisa dia menjawab, "Memanglah ada suami, Ustaz. Tetapi anak pun saya nak juga.
Ustaz tanya dia kembali, "Kalau dapat anak lelaki nanti, mesti kamu nak anak perempuan pulakkan? Dia kembali ketawa, "Mestilah nak!" Ustaz pun turut ketawa. Tenggelam sebentar masalah yang dibincangkan.
Aduhai, tajam sungguh sindiran baginda Rasulullah S.A.W. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?
Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia. Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?
Justeru, mari kita berhenti dari sibuk berkeluh-kesah. Pujuklah hati dan teruslah memujuk. Ada seorang hamba Allah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kakinya lumpuh, mukanya cacat. Tetapi dia masih boleh ketawa dan riang seperti biasa. Bila ditanya rahsia ketabahannya, dengan tenang dia menjawab, "Kalau aku nak bersedih sebab tidak boleh berjalan lagi atau kerana muka aku dah hodoh, aku boleh bersedih dan terus merintih. Tetapi aku memilih untuk bersyukur dan bergembira sebab pada masa ini aku masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh melihat dan masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untuk aku."
Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung. 
Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.
Wallahu'alam.........

...ustazpenang...



No comments:

Post a Comment