Kebanyakan orang sering mengaitkan keadaan sekarang dengan masa depannya. Apa yang terjadi sekarang akan menentukan masa depan. Apakah anda semua setuju???
Dave Pelzer, seorang penulis buku bestseller menuliskan kisah hidupnya dalam triloginya yang terkenal, A Child Called It, The Lost Boy, dan A Man Named Dave. Sebelum itu, Dave menulis rangkuman kisah hidupnya dalam buku Help Yourself. Biografi Dave Pelzer menjadi terkenal kerana termasuk kategori kisah penderaan kanak-kanak terburuk di California.
Kisahnya seperti ini. Selama 12 tahun pertama, Dave mengalami penyiksaan fizikal dan mental dari ibunya yang penagih alkohol. Penderitaan Dave seolah-olah tak berhujung. Dave dipaksa minum dari talang air berkarat yang bocor. Dia terpaksa puasa 10 hari kerana tidak boleh makan. Dia juga sering dilarang bercakap di rumah. Dave mengakui tidak pernah dibesarkan di rumah, tetapi di garaj kereta. Tekanan mental sangat membuat Dave menjadi tertekan di masa lalunya, dengan rentetan penyiksaan dalam hidupnya.
Dengan latar belakang yang seperti itu, apa yang terpikir dalam benak kita? Apa yang akan kita katakan tentang masa depan Dave? Wajarlah jika disimpulkan bahawa orang yang masa kecilnya mengalami kekelaman akan membuat kehidupan di masa depannya tidak berjaya
T E T A P I ….jangan terkejut, walaupun dia mengalami masa kecil yang gelap, Dave mempunyai masa gemilang di masa depannya. Dia menyertai angkatan tentera udara Amerika. Di usia 32 tahun, Dave terpilih sebagai Ten Outstanding Young American. Salah satu penerimanya adalah John F Kennedy.
Untuk mengatasi agar masa lalu agar tidak menjadi beban bagi kehidupan kita, Dave Plezer memberikan tiga catatan penting:
Pertama, lepaskan tekanan emosi masa lalu yang memberatkan langkah ke depan kita.
Kedua, fahamilah apa yang menjadi dambaan dan mimpi dalam kehidupan kita. Kita perlu merumuskan tujuan dan harapan hidup kita masing-masing. Dengan ini, kehidupan kita menjadi begitu berharga untuk dilalui
Ketiga, hargai siapa dan apa adanya diri kita sekarang. Syukurilah ada yang ada dlam kehidupan kita sekarang. Carl Rogers mengatakan manusia yang dewasa mampu hidup sekarang dan mampu mengapresiasikan masa kini. Sementara, banyak orang membenci kenyataan dirinya. Tetapi, yang dewasa akan belajar berdamai dan menerima apa-apa pun yang terjadi.
Kita boleh banyak belajar dari pengalaman Dave. Inilah pelajaran bahawa masa lalu tidak menentukan masa depan. Masa lalu yang kelam tidak bererti masa depan kita juga kelam. Dave hanyalah salah satu contoh. Ratu talkshow dunia, Oprah Winfrey, juga dibesarkan dalam keluarga yang broken home.
Baik Dave mahupun Oprah adalah contoh orang-orang yang melepaskan diri dari masa lalunya. Mereka tidak terikat dengan mimpi buruk di masa lalu. Mereka menjadi orang yang bebas mencipta masa depan yang gemilang.
Saya yakin, kita pun mampu berbuat demikian. Kerana kita diciptakan luar biasa. Apa yang tidak mungkin bagi ALLAH TA’ALA untuk kebaikan hidup kita yang Amazing? so teruskan bersemangat.
Wallahu'alam.......
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment