Friday, 2 March 2012

Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta

Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Mengapa orang berkahwin ??? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia???
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.Tetapi kerana mereka terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.

Mengapa jatuh cinta mudah ? Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan kita.
Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..

Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel. Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.

Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif  untuk  diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.
 Syarat untuk berjaya dalam pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan. Jika suami isteri saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.
Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki???
Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan???

Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta. Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
Jatuh cinta??? Tidak salah. Tetapi cinta lepas  kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita terus dapat  membangunkan cinta..

Wallahu'alam..........


...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment