Thursday, 31 October 2013

ISU KALIMAH ALLAH (VOL 5)



Jadi disini, apa yang perlu kita buat adalah mendidik keluarga kita, keturunan kita, keluarga Islam kita macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ini. Kalau kita tak didik mereka, mereka akan keliru, keliru, keliru dan terus keliru, malah boleh jauh dari Islam, Nauzubillah. Banyak anak-anak muda yang pernah saya selidik masuk agama kristian adalah sebab mereka sendiri keliru dengan agama Islam sendiri. Sebab apabila mereka keliru, mereka akan bertanya soalan pada kita, kita pun tak tahu nak jawab. Kalau bagi jawapan pun, jawapan yang tak dapat meyakinkan mereka. Sepatutnya kita sebagai orang Islam kena tahu apa soalan yang selalunya mereka bertanya, macam mana kita nak jawab. Setiap jawapan haruslah intelektual dan member impak yakin untuk mereka memahami.

 Kalau kita berhadapan dengan orang cina, macam mana kita nak berdakwah. Kalau kita berhadapan dengan orang india, macam mana kita nak berdakwah. Kalau berhadapan dengan orang kristian, macam mana kita nak berdakwah. Kita kena ada ilmu-ilmu seperti ini, bersiap sedia kemungkinan untuk berhadapan dengan mereka. Sebab Malaysia masyarakat majmuk, pelbagai agama, pelbagai budaya, kita kena tunjuk dan terangkan kepada mereka sebaiknya. Sebab kita tak mahu akidah masyarakat Islam kita jatuh disebabkan kita tak mampu melawan ideology agama lain.

Ingatlah, bila syaitan membisikkan di telinga untuk menyesatkan manusia, adakah kita nak salahkan syaitan?? Bila kita cakap macam tu, “saya salahkan syaitan sebab menyesatkan saya.” Nanti syaitan sendiri akan menjawab “aku hanya bisik, yang kau buat apa yang aku bisikkan buat apa??” jadi di sini salah siapa?? Kita tak boleh salahkan syaitan, sebab dia jalankan kerja dia. Syaitan ni rajin, syaitan istiqamah. Jadi masalah sekarang ini, orang Islam ni tak rajin, tak istiqamah. Syaitan di zaman Rasulullah SAW dulu, sangat rajin, kerja kuat. Syaitan hari ini masih rajin, sebab syaitan tak berubah. Orang Islam zaman Rasulullah SAW dulu, rajin berdakwah, bersemangat menyampaikan ilmu. Orang zaman sekarang??? Apa pendapat anda??
Kadang-kadang kita mengaji Al-Quran tapi tak mengkaji Al-Quran. Baca dengan tajwif, taranum tapi kita tak faham apa yang kit abaca. Malah tak mahu ambil tahu pun untuk membaca Al-Quran tafsir, mencuba, berikhtiar. Kita tak beramal Islam secara pemahaman, kita lebih kepada Islam turun-temurun. Hanya dalam mykad tertulis Islam, tapi bila meninggal dunia comform atau tidak kita masuk syurga?? Malaikat suruh kita beratur untuk tengok mycard, tulis Islam masuk syurga. Tak ada semua ini, masuk syurga neraka berdasarkan amalan kita didunia, malah dengan rahmat Allah.

Pada saya, isu kalimah Allah ini ada hikmah disebaliknya. Allah telah membuka pandangan mata kita. Umat Islam hari ini jangan rasa terlalu rendah diri, kita perlu berdakwah. Gunakan segala kebijaksanaan yang Allah berikan kepada kita. Kalau kita benar-benar sayang Allah, benar-benar nak pertahankan kesucian Islam, yang pertama kita berdakwah pada diri kita sendiri. Kita mulakan dengan amal pemahaman dalam Islam. Yang kedua, kita berdakwah kepada keluarga kita, supaya kita beramal agama Islam dengan pemahaman. Dan yang ketiga, kita berdakwah kepada orang bukan Islam.


Berdakwah dengan non-muslim bukan bereerti kita paksa mereka untuk memeluk agama Islam. Tak boleh, sebab kita kena ingat hidayah milik Allah. Yang layak untuk melembutkan hati non-muslim memeluk Islam hanyalah Allah, kita sekadar perantaraan iaitu pendakwah, menyampaikan pesanan. Kita kena ingat juga, Allah menurunkan Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Kita sebagai penganut agama Islam perlu menyampaikan kepada non-muslim tentang isian dan kandungan Al-Quran supaya mereka akan terbuka hati untuk memahami dengan lebih mendalam malah mungkin mereka akan memeluk agama Islam. 

Wallahu’alam..   

...ustazpenang...

ISU KALIMAH ALLAH (VOL 4)



Kenapa nak guna kalimah Allah??? Kalu nak orang kristian faham bahasa melayu, tak ada masalah. Kita terjemahkan God sebagai tuhan, tak jadi masalah. Terus selesai isu & tak perlu bergaduh pun. Kalu guna perkataan Allah, rasul, kiblat, Ka’abah, solat, sujud, nabi, wahyu, dalam literature kristian iaitu bible. Bila orang Islam baca, kita akan ingatkan ia adalah rsalah Islam. Ya betul kita boleh membezakan, tapi macam mana kalu anak-anak kita yang baca, buadak-budak yang baca?? Mula-mula cerita pasal Allah, pasal hadis nabi. Sebab memang ada risalah begini, bila dah sampai helaian yang terakhir Cristos anak tuhan, Cristos penyelamat kita.  Pada saya ini adalah penipuan, sekadar nak putar-belitkan umat Islam.

So, bagi saya jangan sampai kita salah menyampaikan pesanan yang salah kepada umat-umat Islam yang lain. Sebab dalam Islam tidak mengajar kita untuk menggunakan tipu muslihat dalam menyampaikan dakwah. Bila kita berdakwah, kita kena jujur, kena amanah sebab Islam agama Allah. Kalau kita menggunakan tipu muslihat, maka kita menunjukkan akhlak yang tidak baik & tidak mencerminkan kesucian agama Allah. Jadi dengan cara inilah kita berdakwah dengan orang kristian.

Ada sesetengah ulama Mesir cakap, orang kristian di Mesir boleh menggunakan kalimah Allah. Tapi ada juga sesetengah ulama Saudi Arabia cakap tidak boleh. Mereka melihat berdasarkan budaya mereka masing-masing. Dalam usul fiqh, ada diantaranya kita melihat budaya sesuatu kaum dan juga kita melihat maslahat Allah. Kalau ia boleh mengundang lebih banyak kemudaratan, maka kita tolak benda ni. Tak salah kalau kita menolak sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan mutlak. Jadi kalau kita membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah, dalam risalah-risalah mereka. Kita sendiri risau takut-takut orang Islam sendiri akan terkeliru.

Tetapi untuk berlaku adil dalam perbincangan ini, kalau semua orang Islam didunia ini faham semua akidah Islam, semuanya iman mantap, mereka faham Islam, faham akidah. Kalau orang kristian menggunakan kalimah Allah, tak jadi masalah bagi kita. Tapi hakikatnya, umat Islam sekarang ni sebaliknya. Imannya kadang-kadang naik, kadang-kadangnya turun. Akidah pun sekadar yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau orang kristian menggunakan kalimah Allah, kita yang imannya lemah, akidahnya tak seberapa ni pun, jatuh ranaplah kita. Saya bukan minta, tapi sebagai pandangan untuk skop yang lebih luas. Bila orang Islam sendiri imannya lemah, akidahnya x kuat, jadi salah siapa?? Kristian?? Yahudi?? Tidak sama sekali. Kalau orang Islam tak faham akidah Islam, salah kita sendiri la iaitu penganut agama Islam.

Kita ni asyik menunding jari ke arah orang saja. Kita kena ingat, muhasabah diri kita balik. Kalau kita lemah, kita kena atasi, cari jalan untuk mengatasi kelemahan kita ini. Suka tak suka, sekarang ini kristian sudahpun menggunakan kalimah Allah, dalam rumah kita. Melalui teknologi internet. Bila kita rujuk kepada google, youtube dan sebagainya, berapa banyak risalah-risalah kristian yang menggunakan kalimah Allah. Dalam website, dalam blog, dalam twitter, dalam facebook dan sebagainya sudah pun berlaku pertanyaan tentang kalimah Allah daripada orang bukan Islam.

InShaa'Allah perbincangan ini akan bersambung...

...ustazpenang...

ISU KALIMAH ALLAH (VOL 3)



Perkara orang non-muslim dalam penggunaan kalimah Allah, akhirnya ia akan menjadi keputusan mahkamah. Kalaulah mahkamah persekutuan bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah ini, apa yang boleh saya katakan hanyalah “jom”. Sebab apa saya kata sedemikian, adalah sebab dalam bible, mukasurat 14 ayat 28, Jesus ada sebut “my father is greater than jesus” yang membawa maksud “tuhan bapa lebih besar daripada jesus”. Sekarang My Father kita tukarkan kepada Allah, ia akan menjadikan ayat tadi berbunyi “Allah lebih besar dari Jesus”. Ayat disini akan membuat kita lebih bersetuju bahawa Allah lebih tinggi darjatnya dari jesus, Allah is greater than jesus. Apabila saya bertanya kepada sekumpulan orang Kristian, adakah mereka bersetuju bahawa Allah lebih tinggi darjatnya dari jesus, mereka akan menjawab bible ini adalah yang palsu. Jadi selama ni mereka menggunakan bible yang palsukah??

Lihat, kalu kita manipulasikan mereka. Mereka sendiri terkeliru sebenarnya. Diberi pulak dengan contoh lain, chapter 26 baris ke 29, “jesus pray to god”. Kalu diterjemahkan god kepada Allah, maka ia akan berbunyi “jesus pray to Allah” ataupun dalam bahasa melayunya “jesus sujud, menyembah Allah”. Apabila saya tanya kembali orang Kristian, adakah kamu setuju bahawa “jesus pray to Allah??”, mereka hanya mampu menggeleng kepala. Jadinya mereka sendiri pun tidak faham kalimah yang diguna pakai dalam bible mereka sendiri. Apabila kita berada dalam gereja, kita akan melihat mereka hanya berlutut & mereka tidak akan bersujud.


Ini juga mereka telah melanggar ayat dalam bible sebab dalam bible menyatakan bahawa jesus menjatuhkan kepala/dahi ke tanah menyembah god. Jadinya orang-orang Islam saja yang sujud sewaktu bersolat, orang kristian tidak. Maka cara jesus sembahyang bukannya cara kristian sembahyang tetapi sama dengan cara orang Islam bersolat. Kita hanya menggunakan “reverse phycology” kita terbalikkan supaya orang kristian ini lebih fikir secara mendalam dalam perkara ini. Saya bertanya lagi, adakah mereka bersungguh-sungguh nak gunakan kalimah Allah ini?? Merak masih menjawab ya. Jadi kamu bersetuju god tuhan yang benar?? Mereka menjawab ya. Baiklah, cuba sebut “Lailahaillah” tiada tuhan melainkan Allah. Tiba-tiba ada seorang daripada mereka menjawab bahawa mereka tidak boleh menyebutnya kerana kita berlainan Allah. Dia bagi sebab “Your Allah and my Allah is difference..” Boleh pulakkan mereka jawab begitu, sedangkan Allah itu satu. Sebab itu saya bertanya sekeras-kerasnya, kenapa nak gunakan kalimah Allah??? Kenapa tidak mahu gunakan kalimah tuhan??? Kalau nak gunakan kalimah Allah, kena percaya bahawa Allah itu satu. Tiada tuhan melainkan Allah.

InShaa'Allah perbincangan ini akan bersambung...

...ustazpenang... 

ISU KALIMAH ALLAH (VOL 2)



Apabila ditanya lagi, kenapa nak menggunakan kalimah Allah?? Mereka cakap sebab orang-orang arab menggunakan kalimah Allah, Kristian arab. Dalam bible bahasa arab, memang betul mereka menggunakan kalimah Allah. Apabila kita membuka pada mukasurat yang pertama dalam bible bahasa arab, perenggan pertama ada 6 kali nama Allah. Dalam 1 mukasurat ada 17 kali disebut kalimah Allah. Mereka bagi alasan ini, orang Kristian arab menggunakan kalimah Allah sebab itu mereka juga nak menggunakan kalimah Allah. Jawapan yag selalu saya berikan adalah itu bible bahasa arab, sekarang kita bukan berbincang tentang bible arab tetapi kita berbincang tentang bible bahasa melayu.

Kalu bahasa inggeris God, bahasa melayunya Tuhan. Kalu diterjemahkan dalam makna yang sebegini ia tidak akan menimbulkan isu, tetapi kenapa nak menggunakan kalimah Allah?? Mereka memberi alasan bahawa mereka sengaja untuk diterjemahkan dalam bahasa arab. Saya menjawab lagi, God dalam bahasa arab bukan Allah, tetapi adalah Ilah ataupun Rabb. Dalam kata istilah, perkataan Allah adalah nama khas manakala god nama am. Tuhan dalam bahasa melayu adalah nama am, bila kita menterjemahkan dari 1 bahasa ke 1 bahasa yang lain, nama am sepatutnya diterjemahkan dalam kata am. Kata am tidak boleh diterjemahkan dalam kata khas.

Contoh dalam bahasa inggeris, “the man is the thief” dalam bahasa melayunya “lelaki itu seorang pencuri”. Sama-sama menggunakan kata am, maka disini tidak timbul masalah. Cuba kalau kita letakkan “the man is the thief” dengan memberi maksud “Abu seorang pencuri”. Makanya ia menjadi salah dalam penggunaan & pemahaman ayat. Lihatlah macam mana orang non-muslim memutar-belitkan pemikiran kita, sedangkan kita sendiri boleh membuat analisis sendirikan.

Berbalik semula dalam isu kalimah Allah, dalam bahasa inggeris disebut sebagai god, mana mungkin dalam bahasa arab disebut Allah. Sebab Allah tidak punyai anak, tidak sesuai dengan sifat-Nya sebab itu saya tidak setujulah. Sebab dalam bible ada menyatakan god ada 3, kalu diterjemahkan dalam bahasa melayu menjadikan Allah ada 3. Tetapi orang Indonesia setuju, kalimah Allah diguna pakai dalam bible Indonesia. Saya menjawab lagi itu bahasa Indonesia, sekarang kita sedang berbincang tentang bible bahasa melayu. Tetapi bahasa Indonesia & Malaysia sama saja, tidak ada perbezaan pun.


Saya menjawab kembali, kalau Negara Indonesia melakukan sesuatu, tidak semestinya Negara Malaysia perlu ikut apa yang Indonesia lakukan. Kita ada budaya kita, undang-undang kita, kepentingan kita, system kita. Kalu di Indonesia tidak boleh diletak nama-nama sendiri, mereka kena letak nama Indonesia juga. Sebagai contohlah, kalu jiran kita suka makan makanan ringan, ini tidak semestinya kita kena makan makanan ringan. Ini rumah kita, dan biarkan kita sendiri yang tentukan apa yang terbaik untuk kesihatan kita. Sebab kita ada system kita sendiri. Walau apapun, di Indonesia pun ada protes jugak dalam isu kalimah Allah ini. Bukan semua orang Islam di Indonesia setuju dengan penggunaan kalimah Allah ini. 

InShaa'Allah perbincangan ini akan bersambung...

...ustazpenang...

Monday, 21 October 2013

ISU KALIMAH ALLAH (VOL 1)



Daripada pengalaman saya apabila berjumpa dengan orang-orang Kristian, biasanya apabila timbulnya isu kalimah Allah, saya tidaklah terus serang mereka. Sebab kalu kita terus serang, ia akan berlaku perbalahan. Jadi strategi yang saya gunakan adalah saya akan bertanya kepada mereka “Kenapa anda nak gunakan kalimah Allah? Apakah hujah-hujah anda, sebab-sebab anda mengapa nak sangat menggunakan kalimah Allah? Saya nak jawapan yang boleh saya terima & saya akan sokong anda..” Inilah strateginya, kita nak lihat hujah-hujah mereka dahulu.

Perkara pertama yang nak saya bagitau adalah orang-orang Kristian ini banyak perbezaan. Mereka ada beribu-ribu dominasi , bukan semua dominasi Kristian setuju dengan penggunaan kalimah Allah. Tetapi dalam isu ini, siapa yang setuju diam akan diam saja. Perkara yang keduanya, apabila ditanya kenapa mereka nak menggunakan kalimah Allah adalah mereka cakap ada orang-orang Kristian di Malaysia tidak pandai bahasa inggeris. Mereka hanya pandai dalam bahasa melayu. Contohnya ada orang Iban, Bidayuh & sebagainya di Sarawak & Sabah ataupun orang Indonesia yang beragama Kristian. Mereka berbangsa melayu, jadi mereka nak terjemahkan Bible dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu supaya mereka mudah faham.


Baiklah kalu niat mereka untuk bagi orang-orang ini mudah untuk faham tetapi kenapa nak menggunakan kalimah Allah??? Kata mereka, sebab sudah biasa dengan kalimah Allah, turun-temurun. Masalah inilah yang membuatkan saya tidak bersetuju. Saya ada ramai sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak, apabila saya bertanya mereka akan masalah ini masyarakat Iban, Bidayuh, Murut & sebagainya mereka ada istilah-istilah yang tersendiri untuk menyatakan sebagai tuhan. Pada awalnya orang-orang Kristian di sana memang tidak menggunakan kalimah Allah. Apabila bible muncul di Indonesia & dibawa ke Sabah & Sarawak barulah masyarakat Iban, Bidayuh, Kadazan & sebagainya menggunakan kalimah Allah. 

InShaa'Allah Perbincangan Ini Akan Bersambung...

...ustazpenang...

Saturday, 12 October 2013

MATI ITU PASTI



Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab di hadapan-Nya.
Setiap tahun, kita melihat kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata Alhamdulillah, sebaik jemaah haji yang berangkat meniggalkan tanah air itu selama pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu saat nanti dimana kita pula dihantar pergi dan tidak akan kembali?
Bila sudah sampai masa kita, nyawa pasti tercabut. Kuburlah destinasi kita yang seterusnya, sementara menanti saat dipanggil ke Hari Akhirat. Semuanya akan kekal di sana tanpa dapat pulang semula. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak akan dibenarkan pulang lagi.
Itulah saat kematian.
Ya, itulah kematian. Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahbat handai. Sedarkah kita… hari ini kita solatkan jenazah orang, tapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita.
Seringkali kita mendengar apabila berlaku kematian, ia disebut sebagai ‘tamatlah riwayat’. Sebenarnya riwayat si mati tidak tamat. Tapi baru sahaja bermula episod baru iaitu Alam Barzakh; yang akan menjadi tempat tinggal sementara kita yang seterusnya. Elok amalan kita, eloklah tempat tinggal kita. Begitu juga sebaliknya.

Bila kita mati, tiada apa yang akan kita bawa selain tiga amalan ini. Ketika itu, tidak mampu lagi melakukan apa-apa kerana sudah terlambat untuk kita. Menangis, menangis, meraung, tertunduk menyesal pun tiada guna kerana kita sudah diberi masa yang cukup panjang.
Setiap saat, setiap nafas, semua akan disoal oleh Allah swt. Tapi masa itu lah yang selalu kita bazirkan.

Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita.
Jika pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi, sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan. Demikian juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu al-Qur’an. Jika kita jauh daripada al-Qur’an, sepatutnya kita berasa risau dan gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?
Apabila tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung akhirat, ketika itu sudah tiada guna sebarang milik kita ini. Usah ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali amalan. Tidak kira apa tafar kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.
Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita dipanggil Ilahi.
Hidup ini pasangannya adalah mati. Sepeti pagi pasangannya adalah petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan Syurga adalah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.
Sedarlah… kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandi melakukan apa yang kita mahu.
Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku kita di tempat yang bukan milik kita.  Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.
Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita tercelik kerana  hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya adalah ciptaa Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?
Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.
Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan.
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

KEHENDAK MANUSIA ATAUPUN KEHENDAK ALLAH SWT???


Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.
Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.
Sebenarnya pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman. Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu. Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengan cara kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui? Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.
Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.
Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?
Dalam ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan perintah-Nya.
Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu?
Akhirnya melahirkan perasaan yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan, samada secara realiti atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi sebagai ‘bukti’ cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati. Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu.
Tindakan wanita itu mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu penyesalan adalah sia-sia.
Sememangnya banyak pilihan yang berlaku dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha Allah, maka kita tidak mungkin rugi, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya tidak.
kita boleh membuat pilihan tetapi kita tak boleh memilih akibat pilihan itu. Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata.
Wallahu'alam...
...ustazpenang...

CERITERA : SWEETNYA ALLAH SWT

Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

"Akak tak kisah dengan sesiapapun awk akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat Dhuha. Buatlah solat Dhuha dan kabarkanlah kepada-Nya.."

Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.
Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.
Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.
Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.
Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.
Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.
Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.
Wallahu'alam...
..ustazpenang...

Saturday, 20 April 2013

CERITERA : Seuntai Doa Buat Sahabat

CERITERA : Seuntai Doa Buat Sahabat



"Ibu, rasanya semua dah siap kemas, InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu". Beritahu Rafiq pada orang tuanya. 
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.
Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32; bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.
Lidahnya basah dengan dakwah. Namun, mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk selama-lamanya.
* Bertamu Sebuah Memori *
"Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini bersama Raqib". Pinta Raqib pada ayahnya.
Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.
Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda, "Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari." (hadis riwayat Tabrani)
Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah. 
Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.
Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut. Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.
Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu. 
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."(At-Taubah 9:18)
Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka. Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab. Namun, segalanya hanya tinggal memori.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun, aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya sentiasa berada dalam rahmat-Mu." Bisiknya di dalamm hati. 
Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.
Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?
* Segalanya Berbeza *
"Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang..." Dia bermonolog.
Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau, pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?
Segala bisikan syaitan tidak diendahkan. Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.
Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh. Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?
Raqib sentiasa husnuzzon dengan sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.
"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan."
"Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa". Panjang munajatnya memohon kepada Allah.
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Az-Zukhruf 43:67) 
"Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang..." Dia bermonolog. 
Rafiq menarik nafas perlahan. Kedengaran hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

CERITERA : Bagaimana Bercinta & Berkahwin Kerana Allah?

CERITERA : Bagaimana Bercinta & Berkahwin Kerana Allah?




"Kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu... macamana tu, kak? Realitinya ada keadaan macam ni?"  Menarik juga persoalan yang masuk ke dalam mesej pesanan ringkas saya dan saya ingin berkongsi pendapat tentangnya dengan pembaca iluvislam. Isu ini cukup menarik dibincangkan terutama sempena bulan Februari, di mana seluruh dunia menyebut tentang Hari Kasih Sayang atau Valentine yang jatuhnya pada 14 Februari. Walau apapun, Februari atau tidak, menyambut Hari Kasih Sayang atau tidak... isu cinta, kasih sayang dan perkahwinan adalah isu sejagat yang tetap segar sepanjang zaman.
Persoalan cinta, kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal,  indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian.  Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hati' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.
Rumahtangga, rumah dan bilik air
Istilah 'rumahtangga' menggambarkan rumah berserta keluarga yang menghuninya. Rumah sahaja adalah bangunan fizikal yang tidak banyak maknanya tanpa manusia yang menghuninya. Keluarga tanpa rumah tempat berlindung, walaupun  rumah itu kecil atau dhaif, pasti tidak lengkap dan sempurna. Rumah adalah keperluan untuk perlindungan dari hujan dan panas, tempat  istirehat fizikal, fikiran dan juga perasaan.  
Dalam rumah terdapat beberapa... bilik tidur, dapur, serambi, ruang tetamu, bilik bacaan, bilik air dan beberapa bahagian tambahan yang lain. Sedar atau tidak, bilik air adalah keperluan yang sangat kritikal dalam sebuah rumah. Bilik air mungkin tidak 'popular' dan bukan pilihan utama untuk dijadikan tempat berlama-lamaan, namun kehidupan manusia menjadi resah dan tidak selesa tanpa 'mengunjunginya'. Kelegaan yang dirasa selepas qadha hajat di bilik air memberi kesan kepada semua aktiviti yang digemari dalam rumah tersebut.
Antara membina rumah dan membina bina bilik air
Saya suka mengambil sebuah rumah fizikal sebagai metafora untuk menggambarkan rumahtangga yang didirikan atas niat 'kerana Allah' atau 'kerana nafsu'. Ketika membina rumah, hasrat utama adalah untuk ada tempat berlindung dari hujan dan panas, supaya keluarga dapat hidup dengan selesa. Keseluruhan bahagian rumah tersebut umpama rumahtangga yang dibina. Tanpa bilik air pasti tidak lengkap. Namun tentu suatu yang tidak kena jika rumah dibina dengan hasrat utamanya untuk membuat bilik air semata-mata dan bahagian rumah yang lain sebagai sampingan. Metafora inilah yang cuba saya gunakan untuk membezakan niat antara kahwin 'kerana Allah' dengan 'kerana nafsu'.
Jika bilik air sebagai niat utama, ini ibarat kahwin 'kerana nafsu'. Jika demikian maka pembinaan 'rumah' itu adalah semata-mata untuk buang air. Sebaliknya, jika niat utama adalah membina sebuah rumah yang lengkap dengan semua bahagian termasuk bilik air, ini ibarat niat kahwin 'kerana Allah'. Dalam keadaan niat seperti ini, buang air adalah pelengkap kepada keseluruhan fungsi utama rumah sebagai tempat perlindungan. Niat ini lebih menyeluruh dan mengambil kira banyak faktor.
Tambahan lagi, manusia tidak membina rumah bermula dengan membina bilik air, tetapi dimulakan dengan asas atau foundation yang kukuh, lantai, dinding dan bahagian-bahagian utama. Begitu juga dengan pembinaan rumahtangga – ia mesti bermula dengan asas yang cukup kukuh supaya tidak mudah runtuh. Misi dan visi pembinaan rumahtangga seharusnya diambil kira sejak dalam proses memilih pasangan.
Misi dan Visi Perkahwinan
Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai 'team work' melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni 'kerana Allah'. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.
Untuk memikul pertanggungjawan sebagai hamba dan khalifah, pastinya pelbagai halangan, rintangan dan beban yang terpaksa dipikul bersama. Oleh itu, sangat penting wujud rasa cinta dan kasih sayang sebagai pengikat antara suami, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim kepada hamba-hamba-Nya. Ikatan rasa cinta dan kasih sayang menyebabkan beban yang terpikul di bahu terasa ringan, kemarahan yang mungkin timbul antara pasangan dapat diredakan dengan kemaafan.
Ekpresi kasih sayang antara manusia terluah dalam banyak bentuk termasuklah hubungan seksual yang dihalalkan melalui akad ijab dan kabul. Persepsi 'nafsu' dalam kefahaman kebanyakan manusia dikaitkan dengan hubungan seksual serta isu-isu berkaitan dengannya. Dengan lafaz akad nikah, ekpresi kasih sayang  dalam bentuk hubungan seksual dihalalkan, malah diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah dan pahala kebajikan. Tanpa ijab kabul, hubungan seksual meyandang label jijik,  kotor dan hina.
Kerana Allah – merujuk kepada peraturan-Nya
Niat 'kerana Allah' dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk 'team work' rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.
Khalifah-khalifah dan hamba-hamba Allah yang lahir dari perkongsian hidup dalam perkahwinan tersebut adalah tanggungjawab pasangan tadi supaya generasi baru ini membesar menjadi manusia yang berfungsi menjadi pemakmur bumi, bukan perosak mukabumi.
Pencemaran dalam niat
Niat 'kerana nafsu' digambarkan oleh keadaan dimana perkahwinan adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah seksual. Sedar tak sedar, niat 'menghalalkan' hubungan seksual dalam ekspresi cinta dan kasih sayang secara lahiriah kelihatan begitu 'murni'. Ya, sememangnya ini tidak salah... namun jika semata-mata kerana itu, ia ibarat membina rumah bermula dengan membina bilik air sebagai asas utama. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada juga peraturan Allah yang diambil kira.
Rumahtangga begini  tidak akan kukuh, cepat runtuh, mudah goyah dan akab berkubur begitu sahaja. Persoalan tanggungjawab dengan mudah akan diketepikan.  Kebahagiaannya tidak berpanjangan. Rumahtangga akan selalu bermandikan pergaduhan dan konflik.  Anak-anak yang lahir dalam suasana ini ini tidak berkembang menjadi khalifah dan hamba Allah yang berfungsi untuk memakmurkan bumi, malah mungkin menjadi generasi perosak muka bumi. Kesudahannya bukan syurga di akhirat malah kesengsaraannya bermula di dunia lagi. Na'uzubillah!.
Kerana Nafsu semata – membujur lalu melintang patah
Ekpresi cinta dan  kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah... inilah gambaran niat semata-mata 'kerana nafsu'. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.
Sifat Maha Pengampun Allah dijadikan pertaruhan dalam permainan nafsu
"Allah fahamm... kan dia yang ciptakan kita. Lagipun Allah kan Maha Pengampun..." demikian kata-kata yang lahir dari dorongan nafsu yang bertopengkan nama Allah.
Peluang  taubat di eksploitasi semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa Allah juga ada sifat Maha Menghukum. Dalam pengaruh nafsu, syurga dan neraka seolah-olah tidak wujud.
Semoga Allah melindungi kita dari pengaruh cinta nafsu semata-mata.
Destinasi akhir ekspresi cinta
Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.
Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Romantik Itu Sunnah Nabi

Romantik Itu Sunnah Nabi



Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Wallahu'alam...

...ustazpenang...