Kenapa nak guna kalimah
Allah??? Kalu nak orang kristian faham bahasa melayu, tak ada masalah. Kita
terjemahkan God sebagai tuhan, tak jadi masalah. Terus selesai isu & tak
perlu bergaduh pun. Kalu guna perkataan Allah, rasul, kiblat, Ka’abah, solat,
sujud, nabi, wahyu, dalam literature kristian iaitu bible. Bila orang Islam
baca, kita akan ingatkan ia adalah rsalah Islam. Ya betul kita boleh
membezakan, tapi macam mana kalu anak-anak kita yang baca, buadak-budak yang
baca?? Mula-mula cerita pasal Allah, pasal hadis nabi. Sebab memang ada risalah
begini, bila dah sampai helaian yang terakhir Cristos anak tuhan, Cristos
penyelamat kita. Pada saya ini adalah
penipuan, sekadar nak putar-belitkan umat Islam.
So, bagi saya jangan
sampai kita salah menyampaikan pesanan yang salah kepada umat-umat Islam yang
lain. Sebab dalam Islam tidak mengajar kita untuk menggunakan tipu muslihat
dalam menyampaikan dakwah. Bila kita berdakwah, kita kena jujur, kena amanah
sebab Islam agama Allah. Kalau kita menggunakan tipu muslihat, maka kita
menunjukkan akhlak yang tidak baik & tidak mencerminkan kesucian agama
Allah. Jadi dengan cara inilah kita berdakwah dengan orang kristian.
Ada sesetengah ulama
Mesir cakap, orang kristian di Mesir boleh menggunakan kalimah Allah. Tapi ada
juga sesetengah ulama Saudi Arabia cakap tidak boleh. Mereka melihat
berdasarkan budaya mereka masing-masing. Dalam usul fiqh, ada diantaranya kita
melihat budaya sesuatu kaum dan juga kita melihat maslahat Allah. Kalau ia
boleh mengundang lebih banyak kemudaratan, maka kita tolak benda ni. Tak salah
kalau kita menolak sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan mutlak.
Jadi kalau kita membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah, dalam
risalah-risalah mereka. Kita sendiri risau takut-takut orang Islam sendiri akan
terkeliru.
Tetapi untuk berlaku
adil dalam perbincangan ini, kalau semua orang Islam didunia ini faham semua
akidah Islam, semuanya iman mantap, mereka faham Islam, faham akidah. Kalau
orang kristian menggunakan kalimah Allah, tak jadi masalah bagi kita. Tapi
hakikatnya, umat Islam sekarang ni sebaliknya. Imannya kadang-kadang naik,
kadang-kadangnya turun. Akidah pun sekadar yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau
orang kristian menggunakan kalimah Allah, kita yang imannya lemah, akidahnya
tak seberapa ni pun, jatuh ranaplah kita. Saya bukan minta, tapi sebagai
pandangan untuk skop yang lebih luas. Bila orang Islam sendiri imannya lemah,
akidahnya x kuat, jadi salah siapa?? Kristian?? Yahudi?? Tidak sama sekali.
Kalau orang Islam tak faham akidah Islam, salah kita sendiri la iaitu penganut
agama Islam.
InShaa'Allah perbincangan ini akan bersambung...
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment