Jadi disini, apa yang
perlu kita buat adalah mendidik keluarga kita, keturunan kita, keluarga Islam
kita macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ini. Kalau kita tak didik
mereka, mereka akan keliru, keliru, keliru dan terus keliru, malah boleh jauh
dari Islam, Nauzubillah. Banyak anak-anak muda yang pernah saya selidik masuk
agama kristian adalah sebab mereka sendiri keliru dengan agama Islam sendiri.
Sebab apabila mereka keliru, mereka akan bertanya soalan pada kita, kita pun
tak tahu nak jawab. Kalau bagi jawapan pun, jawapan yang tak dapat meyakinkan
mereka. Sepatutnya kita sebagai orang Islam kena tahu apa soalan yang selalunya
mereka bertanya, macam mana kita nak jawab. Setiap jawapan haruslah intelektual
dan member impak yakin untuk mereka memahami.
Kalau kita berhadapan
dengan orang cina, macam mana kita nak berdakwah. Kalau kita berhadapan dengan
orang india, macam mana kita nak berdakwah. Kalau berhadapan dengan orang
kristian, macam mana kita nak berdakwah. Kita kena ada ilmu-ilmu seperti ini,
bersiap sedia kemungkinan untuk berhadapan dengan mereka. Sebab Malaysia
masyarakat majmuk, pelbagai agama, pelbagai budaya, kita kena tunjuk dan
terangkan kepada mereka sebaiknya. Sebab kita tak mahu akidah masyarakat Islam
kita jatuh disebabkan kita tak mampu melawan ideology agama lain.
Ingatlah, bila syaitan
membisikkan di telinga untuk menyesatkan manusia, adakah kita nak salahkan
syaitan?? Bila kita cakap macam tu, “saya salahkan syaitan sebab menyesatkan
saya.” Nanti syaitan sendiri akan menjawab “aku hanya bisik, yang kau buat apa
yang aku bisikkan buat apa??” jadi di sini salah siapa?? Kita tak boleh
salahkan syaitan, sebab dia jalankan kerja dia. Syaitan ni rajin, syaitan
istiqamah. Jadi masalah sekarang ini, orang Islam ni tak rajin, tak istiqamah. Syaitan
di zaman Rasulullah SAW dulu, sangat rajin, kerja kuat. Syaitan hari ini masih
rajin, sebab syaitan tak berubah. Orang Islam zaman Rasulullah SAW dulu, rajin
berdakwah, bersemangat menyampaikan ilmu. Orang zaman sekarang??? Apa pendapat
anda??
Kadang-kadang kita
mengaji Al-Quran tapi tak mengkaji Al-Quran. Baca dengan tajwif, taranum tapi
kita tak faham apa yang kit abaca. Malah tak mahu ambil tahu pun untuk membaca
Al-Quran tafsir, mencuba, berikhtiar. Kita tak beramal Islam secara pemahaman,
kita lebih kepada Islam turun-temurun. Hanya dalam mykad tertulis Islam, tapi
bila meninggal dunia comform atau tidak kita masuk syurga?? Malaikat suruh kita
beratur untuk tengok mycard, tulis Islam masuk syurga. Tak ada semua ini, masuk
syurga neraka berdasarkan amalan kita didunia, malah dengan rahmat Allah.
Pada saya, isu kalimah
Allah ini ada hikmah disebaliknya. Allah telah membuka pandangan mata kita.
Umat Islam hari ini jangan rasa terlalu rendah diri, kita perlu berdakwah.
Gunakan segala kebijaksanaan yang Allah berikan kepada kita. Kalau kita
benar-benar sayang Allah, benar-benar nak pertahankan kesucian Islam, yang
pertama kita berdakwah pada diri kita sendiri. Kita mulakan dengan amal
pemahaman dalam Islam. Yang kedua, kita berdakwah kepada keluarga kita, supaya
kita beramal agama Islam dengan pemahaman. Dan yang ketiga, kita berdakwah
kepada orang bukan Islam.
Berdakwah dengan
non-muslim bukan bereerti kita paksa mereka untuk memeluk agama Islam. Tak
boleh, sebab kita kena ingat hidayah milik Allah. Yang layak untuk melembutkan
hati non-muslim memeluk Islam hanyalah Allah, kita sekadar perantaraan iaitu
pendakwah, menyampaikan pesanan. Kita kena ingat juga, Allah menurunkan
Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Kita
sebagai penganut agama Islam perlu menyampaikan kepada non-muslim tentang isian
dan kandungan Al-Quran supaya mereka akan terbuka hati untuk memahami dengan
lebih mendalam malah mungkin mereka akan memeluk agama Islam.
Wallahu’alam..
...ustazpenang...
Good efforts. All the best for abutting posts. I acquire bookmarked you. Able done. I apprehend and like this post. Thanks.
ReplyDeletewholesale gold necklaces & bracelets
Now everyone have to concentrate on quality instead of quantity and create unique and readable content instead of publishing same content in many places to get rankings.
ReplyDeletefingerPrint Plus Card provider in bhubaneswar
This is in achievement a nice information. Activated to apperceive it.
ReplyDeleteBiometric Time Attendance System Supplier in bhubaneswar
interesting blog. It would be great if you can provide more details about it. Thanks you
ReplyDeleteIvanica