Monday, 9 April 2012

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu







Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Kadang kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?
Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.
Bagaimana pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya, masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang lelaki yang seagung Rasullulah dan  sehebat sahabat-sahabat nya.
Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Jika aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat sebagai isteri aku?"
"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu, ketahuilah bahawa aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman hidup aku yang sah.

Wallahu'alam..........

...ustazpenang...

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak







Ummu Hani': Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani' adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, Rasulul­lah pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani' turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah memisahkan Ummu Hani' dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.
Setelah Ummu Hani' disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua.
Ummu Hani' menjawab atas pinangan itu, "Ya Rasulallah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami."
Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, "Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami."

Wallahu'alam........

...ustazpenang...

Ramai Wanita Belum Kahwin??? Lelaki Bagaimana???

Ramai Wanita Belum Kahwin??? Lelaki Bagaimana???







Siapa yang akan rela mengerah usaha dan tenaga membantu dan mendidik jutaan lelaki yang membujang kerana tiada kemampuan? Mereka berpotensi. Mereka galian dakwah. Mereka dahagakan murobbi. Maka, wahai kaum lelaki yang beriman, mana lebih utama, mendakwahi wanita yang bukan mahrammu atau mendidik kaum sejenismu? Mereka perlukan kamu!
Telusuri hikmah gaya bahasa Ibu Dhiya' dalam meleraikan perbalahan mereka ini (Madam Zeema, Ustazah Qatrun dan Ibu Satri). (Petikan daripada novel Sebarkan Cinta-Mu, terbitan PTS)
"....Bagaimana nasib beribu wanita yang bercita-cita bagi menikah tetapi tiada calon suami?" Ustazah Qatrun melontarkan persoalan.
"Bukan andalusia sahaja ramai, bujang lapuk, lelaki tua dan lelaki duda yang teringin sangat mahu menikah pun ramai. Salah seorangnya adalah Pak Anuar. Sudah lama dia  mencari. Golongan ini lagi sengsara sebab tidak sepandai perempuan mengurus keperluan harian," kata Ibu Satri.
"Betul. Saya sendiri mempunyai abang yang sehingga kini belum berkahwin kerana tiada calon," sokong Madam Zeema kemudian menyambung kata.
"ustazah, cuba ustazah rujuk Jabatan Statistik sebelum memberi hujah. Dalam akhbar The News Strait Time, survey tahun 2000 menunjukkan, untuk setiap 100 orang wanita yang belum berkahwin, ada 130 orang lelaki yang belum berkahwin. Jadi, sekiranya poligami itu digalakkan, bukankah itu menafikan hak lelaki ini bagi memiliki isteri? Langsung, apa yang akan terjadi? Rogol semakin berleluasalah jawabnya."
Hujah berfakta itu membuatkan Ustazah Qatrun terdiam. Namun dia masih mahu berhujah.
"Saya tahu, sekalipun jumlah lelaki dan wanita di Malaysia masih agak seimbang, tetapi realitinya lelaki berkualiti sangat sedikit. Ramai lelaki lebih senang merempit dan menjadi penghuni pusat serenti. Saya sendiri, saya lebih rela menjadi isteri kedua kepada lelaki yang berkualiti," kata Ustazah Qatrun.
"Sekiranya pun benar wanita lebih ramai, anak-anak terbuang juga ramai di pusat-pusat kebajikan. Yang peliknya, soal wanita ramai hendak sangat diberikan pembelaan. Namun, tiada siapa mempromosikan soal mengambil anak-anak yatim dan terbuang sebagai anak angkat. Mana satu lebih perlukan pembelaan? Ini suatu keikhlasan bagi memikul tanggungjawab ataupun sekadar mahu beralasankan angka untuk memenuhi nafsu?" Ibu Satri bersuara lagi.
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU
Penyelesaian yang dicadangkan oleh Cahayadi Takriyawan di dalam bukunya Di Jalan Dakwah Aku Menikah adalah ikhwah-ikhwah yang sudah mendapat kebenaran menikah ini sepatutnya mendepankan keperluan dakwah, iaitu membantu akhawat-akhawat berusia yang sudah lama menunggu, berbanding memilih mengikut kemahuan dirinya sendiri. Itu adalah sebuah pilihan yang baik, yang dapat membuktikan cintanya kepada pasangan bukan didasari rupa paras mahupun pandangan nafsu, tetapi atas dasar cinta kepada dakwah.
"Ya. Sepatutnya, sebelum ustazah mensasarkan suami orang, ustazah didik dahulu lelaki-lelaki dalam hidup ustazah, termasuklah adik dan abang supaya menjadi lelaki baik," ujar Madam Zeema kemudian hujahnya diteruskan.
"Untuk apa lelaki ini dididik? Supaya ramai lelaki berkualiti di muka bumi ini, agar tiada lagi wanita yang  perlu mensasarkan suami orang. Supaya lebih ramai wanita lain dapat suami baik tanpa perlu berpoligami. Inilah penyelesaian sebenar bagi masalah ramai wanita bujang, malah menyelesaikan masalah ramai lelaki bujang kerana terperangkap dalam masalah sosial.Semua pihak perlu berganding bahu mendidik lelaki, bukannya menyuruh segelintir lelaki berpoligami. Ia hanya menghancurkan kebahagiaan orang lain. Ingat, poligami itu tetap menyakitkan hati seorang wanita biarpun lisannya berkata rela," tegas Madam Zeema.
"Jangan menuduh saya sebarangan. Awak tidak faham situasi saya." Ustazah Qatrun membela diri.
Hatinya minta difahami, bahawa perkahwinannya atas kerelaan isteri pertama yang tidak mampu memberikan ramai anak. Menjerit-jerit suara batinnya. Dia yakin situasinya itu tidak  mengkhianati sesama kaum hawa kerana dia tidak menjalinkan hubungan terlarang di luar pengetahuan isteri pertama sebelum berkahwin, malah isteri pertama dimuliakan suami untuk melamar dirinya.
Ustazah Qatrun memandang Ibu Dhiya', mengharap sokongan. Ibu Dhiya' berdiam diri. Dia mahu berlaku adil dalam situasi itu dengan menghormati hujah kedua-duanya.
INFO FIQH
Alasan Poligami yang Masih Boleh Diterima Masyarakat. 
Menurut Abdul Aziz Ahmad, seorang pakar motivasi terkenal di Indonesia, dalam bukunya Fiqh Cinta, alasan-alasan berikut masih boleh diterima masyarakat bagi seseorang lelaki yang mahu berpoligami.
1. Isteri pertama tidak mampu memberikan keturunan.
2. Isteri pertama tidak mampu melayani hajat seksual suami kerana sakit dan terdapat sebab-sebab lain.
Sedangkan orang yang berpoligami di luar alasan ini, bersiap-sedialah dihukum masyarakat sama ada dengan celaan, pemboikotan bisnes ataupun tidak dipercayai.

Wallahu'alam........

...ustazpenang...

Panduan Memilih Jodoh

Panduan Memilih Jodoh







Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan."Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama."Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
PENYAKIT "TIDAK JELAS"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
HANYA 'BERAGAMA'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Wallahu'alam........

...ustazpenang...

Apa Tujuan Hidup Kita???

Apa Tujuan Hidup Kita???







Dulu sewaktu kecil, sekiranya ditanya apa cita-cita bila besar nanti? Pasti akan dijawab. Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Selalu berubah-ubah. Masa ni memang tak tahu apa-apa lagi. Just ikut kawan-kawan. Al maklumlah baru sekolah tadika. hee.. Rasa cam nak tergelak pun ada jugak bila ingat balik cita-cita zaman dulu-dulu ni.
Bila dah masuk sekolah menengah pun, macam konfius lagi nak ambik course apa after SPM. Finally, saya decide nak ambik course pharmacy sebab saya suka chemistry. Alhamdulillah, now i'm doing bachelor of pharmacy and insyaAllah akan graduate 2 tahun lagi. Amiin. Bila dah habis belajar nanti, nak kerja. After dah kerja bolehlah beli kereta besar dan rumah besar. Pegang jawatan yang tinggi-tinggi. Lepas tu kahwin dan dapat anak. Jadi parents pulak. Wah, bestnya kan???
Tapi kan, kadang-kadang saya terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya??? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua dan kemudian mati? Saya rasa bukan saya sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka???
Sebelum mengenali tarbiyyah, saya juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan saya jalani. Rupanya saya salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu saya, " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."
Tengok tu. Allah dah bagitahu apa yang perlu kita lakukan. Menyembah Allah, jalankan tugas sebagai khalifah dan juga berdakwah. Kadang-kadang kita terlalu asyik mengejar nikmat hidup duniawi sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa akhirat tu wujud! Kita inginkan kereta yang besar. Kita inginkan rumah yang besar. Bekerja dari pagi dan malam. Hari ke hari demi memenuhi kehendak diri. Sampai agama diletakkan di tempat yang kedua. Atau tempat terakhir sekali? Hmm.. Bekerja keras sampai solat pun entah ke mana. Bila kawan-kawan ajak buat kebaikan. Kita tolak. Alasannya, kita busy. Busy study. Busy mencari duit.
Memang tak dinafikan duit itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba kepada duit. Setiap masa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menambah duit tapi perintah Allah hanya dipandang sepi. Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti. Ni baru best.
Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya " Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.
Jadi, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da\'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.

Wallahu'alam.........

...ustazpenang...