Monday, 1 April 2013

Hakikat tentang April Fool

Hakikat tentang April Fool 


Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda kerana : -

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir laknatullah.

Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.


Wallahu'alam....


...ustazpenang...

Tuesday, 5 March 2013

ADA APA DENGAN SABAH?

ADA APA DENGAN SABAH?



Q : Kenapa Sabah tiada LRT?


A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva, 


mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT. nda percaya kamu boleh tengok di traffic 

light, boleh dikira berapa biji ja motor. 


Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama, Sunway 


Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan, durang mau 


tengok orang utan, mau tengok penyu, mau tengok hutan simpan, mau panjat gunung dan 

lain-lain lagi. kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong, di negara 

durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex.


Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL! tapi yang tu bukan orang, itu orang utan. bulu orang utan coklat jingga perang, 


bulu manusia warna hitam. kena tahu beza tu, jangan jadi bangang.


Q : Sabah tiada highway? Oh My God! mesti jalan jammed.

A : Baguslah ba tiada highway. NO HIGHWAY NO TOL ! nda la kami membazir duit mau 


bayar duit semata-mata mau limpas jalan. duit TOL pergi kerja RM1.20, pulang kerja pun 

RM1.20. cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan, dapatlah RM72. RM72 boleh 

sudah bayar Astro. Kalau teda astro buli bikin setel benda lain. Ada highway di sana pun 

ada juga jammed? Sia-sialah kamu bayar duit TOL. Now who's smart??


Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout. REALLY??

A : Ya.. kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac, sebab kadang-kadang 


selalu blackout kan. baguslah juga begitu, dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung 

bulan. tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam, itu bukan sudah mengasi 

jimat, tu mengasi PANAS sudah tu.


Q : LAST QUESTION! Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa. KUNO bah..tiada LRT, tiada Highway LDP, Federal Highway, 


Terowong Smart, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower, Sunway Pyramyd, Sunway Lagoon.

tapi di Sabah ada Rumah Terbalik. cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu, berani ka??


Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko, petroleum, sawit, getah, kayu 

balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan 

bangunan-bangunan disana.

Untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain??? think 


smart before u talk!

I ♥ SABAH bha...


(Mewakili Warga Sabahan.. Walaupun saya Anak Penang, tp saya suka 

kehidupan di sana..)



Wallahu'alam...


...ustazpenang...

Sunday, 3 March 2013

Sejarah Yang Hilang : Kesultanan Sulu

Sejarah Yang Hilang : Kesultanan Sulu




Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka 

pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu.Namanya 

Syed Abu Bakar Abirin.

Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang,Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum,seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug.Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu.Dari budaya dan bahasa dan macam-macam.Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia,mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun.

Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat.Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya.Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei.

Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik.Pangkal nama perempuan Brunei adalah 'dayang' dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu.Padahal dalam kerajaan Melayu di semenanjung,dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja.Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya,ada satu 'clan' yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu.Contohnya 'Datu' dan 'Paduka' memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff.Shariff ini popular dalam masyarakat Islam.

'Awang' adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan.Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra.Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang.Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang.Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya.Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura,ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja.Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa.Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa.Dalam rekod Khmer,Sanjaya ialah Ajiraja.

Berbalik kepada Kesultanan Sulu,ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya,Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi.Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu.Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu.

Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya.Nampak?Beres masalah,bagi tanah kat orang lain.Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa?Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu 'matawang' yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal.Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan.

Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu.Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai.Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu.

Lepas tu,macam wabak penyakit,Sultan-sultan Sulu galak lepaskan wilayah pada para penjajah yang cekik darah.Mula-mula pajak tanah pada ejen British,Dent dan Overback lepas tu pada tahun 1903,Sultan Jamalul Kiram bagi terus Kempeni Borneo Utara.

Tapi yang paling menyusahkan ialah Sepanyol.Mereka tak henti2 kacau Sulu sampai ada satu perjanjian namanya Protokol Madrid yang 'absolutely' nak tuntut seluruh Kesultanan Sulu diberi pada conquistador ni.

Lepas tu Amerika datang dan berperang pula dengan Sepanyol.Amerika ni baru nak naik ekor.Bayangan kuasa baru masa depan.Sedangkan British boleh kena halau masa Perang Kemerdekaan Amerika,apatah lagi Sepanyol si conquistador tua ni.Sepanyol kalah dan secara automatik seluruh Filipina dan Sulu bawah Uncle Sam.

Masa nilah Kesultanan Sulu ni terus terhapus.Ingatkan Amerika ni ok lagi dari Sepanyol,rupa-rupanya lagi kejam dan agresif.Banyak pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh tentera Amerika.Masa ni kerabat sultan memang tak dengar berita dah.Sejarah sultan-sultan Sulu jadi 'loophole' masa penjajahan Amerika ni.Ini jadi ALASAN segala bagai manusia yang mengaku waris sah Sultan Sulu.Lebih dua puluh orang mengaku waris sah Sultan Sulu dari pelbagai keluarga kesultanan sehingga wakil kerabat Sultan Sulu pun nak tumpang sekaki mengaku sultan juga.

Saya nak sentuh pasal kes tuntut tanah dengan alasan dahulu ia kepunyaan satu-satu pemerintahan.Dalam kes Filipina,dia tak boleh tuntut Sabah sebab dahulu tiada Filipina.Tanyala Kamaluddin,Alauddin atau Jamalul Kiram siapa Filipina?Filipina hanya wujud sejak 1898.Filipina menuntut Sabah melalui Kesultanan Sulu,padahal pernah ke Sultan Sulu duduk bawah Filipina?Tak pernah makhluk nama Filipina ni perintah Sultan Sulu sebab seluruh Kepuluan Filipina termasuk Sulu duduk bawah Sepanyol dan Amerika.Jadi Filipina dan Kesultanan Sulu=TIADA KAITAN.

Ini beza dalam kes Pulau Pinang.Sultan Kedah berhak tuntut Pulau Pinang sebab Kesultanan Kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!Perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan Sultan Kedah,institusi yang sama.Apabila Malaysia merdeka dari British,maknanya automatik British serah balik seluruh haknya di sini pada Malaysia.Jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal.Dia reset balik.Ini beza dengan kes Filipina sebab yang sign penjanjian dengan Sepanyol atau Amerika bukan 'Sultan Filipina'.

Filipina ni macam tuntut tanah atas nama moyang orang lain.Sultan Kedah pula berhak tuntut tanah moyangnya dulu.

Ok,katakan ada 'Sultan Sulu' pada zaman moden ni tetiba je tuntut Sabah.Apa macam?

Tak boleh sebab Sabah dah diserah oleh Sultan Sulu pada penjajah lepas tu Sabah memilih merdeka bersama Malaysia.

Kedah boleh tuntut Pulau Pinang sebab perjanjian dah reset sejak merdeka.Sultan Kedah hanya bincang dengan Pusat (Malaysia) sebab British serah Tanah Melayu pada Malaysia.Jangan takut pada Francis Light.Sekarang Francis Light ada urusan yang sangat berat di alam barzah.

Dalam kes Sulu-Sabah,takde situasi 'reset' ni.Bila Sabah setuju merdeka dengan Malaysia,dia ada PERJANJIAN baru.Sultan Sulu kena defeat perjanjian ini malah perjanjian-perjanjian pelik yang lain,yang disetujui sendiri Sultan Sulu.

Kena panggil balik Sepanyol dan Amerika.Mungkin Sultan Brunei sekali dok bincang.Silap haribulan,Sultan Brunei pula tuntut Sabah pula.

Sebab itu saya merasa pelik dengan kes Batu Putih sebab sepatutnya Malaysia tuntut melalui Kesultanan Johor.Singapura nak tuntut melalui apa?Kerajaan Temasek?Sebab Singapura Moden tak pernah jajah Batu Putih sebab diri dia sendiri kena jajah dengan British.Pulau tu patut kena tanya British dia buat perjanjian dengan siapa (of course Sultan of Johor).Kalau saya deal dengan anda,kenapa orang lain boleh tuntut barang saya.Hanya saya dan anda sahaja berhak dirujuk atas barang tersebut.

Sepak terajang sejarah ni...sekarang adalah trend untuk ambil tanah orang lain sesukahati.Sebab itu belajar sejarah tu penting supaya orang lain tak boleh tipu anda hidup-hidup ataupun setelah anda mati.
 

Wallahu'alam...


...ustazpenang...

KESULTANAN SULU TIDAK BERHAK KE ATAS SABAH

KESULTANAN SULU TIDAK BERHAK KE ATAS SABAH



Sejarah tentang hak kesultanan sulu atas sabah..hmmm..kerana harta manusia sanggup 

berbunuhan..tak tahu ke harta tak boleh bawak masuk kubur?


MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu 


pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah 

Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia 

mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan 

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri 

Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum 

pembentukan Malaysia). 


Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika 


benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera 

Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu 

sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 

1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah 

menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir 

Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini 

secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas 

tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka 

keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada 


Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut 

tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin 

"Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" 

sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan 

bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 


Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG 


"BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT 

KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA 

AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & 

RENUNG2KANLAH..


Wallahu'alam....


...ustazpenang...

Friday, 1 March 2013

CERITERA : INDAHNYA KAHWIN MUDA

CERITERA : INDAHNYA KAHWIN MUDA



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 

tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan 


bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk 

berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu 


peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut 


kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri 


pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua 


kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, 


tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan 


ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita 


kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa 


perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk 


dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan 


dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan 


khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit 


persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh 


lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami 


boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar 


mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi 


beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan 


pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia 


menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya 

kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu 

(suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)


Wallahu'alam....


...ustazpenang...

Thursday, 28 February 2013

HAK DI ANTARA DUA JANTINA

HAK DI ANTARA DUA JANTINA



Ada seorang doktor beragama islam, yang bekerja di sebuah hospital di negara barat.


Doktor muslim ini amat disenangi serta dihormati kerana mempunyai ilmu pengetahuan 

yang tinggi biarpun kesemua pakar di hospital berkenaan dari kalangan bukan Islam.


Doktor muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama kristian. Walaupun 


berlainan agama, namun mereka tiada masalh untuk bekerjasama di dalam usaha merawat 

pesakit.


Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si 


ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua melahirkan bayi perempuan.

Masalah timbul apabila akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah 


bertukar.

Peristiwa ini telah menimbulkan kebingungan di kalangan para doktor di hospital 


berkenaan. Bagaimana untuk mereka mengenalpasti yang mana satukah ibu kepada kedua 

dua tersebut.


Doktor beragama Kristian itu teringatkan teman baiknya, Doktor Muslim. Lantas beliau 


bertanya kepada temannya : " Dahulu, engkau mengatakan bahawa Al - Quran ada jawapan 

kepada semua persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, 

cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada 

kedua bayi-bayi ini !"


Jawab Doktor Muslim ini, " Benar, Al - Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan 


tunjukkan kepadamu tentang kebenarannya."


Doktor Muslim itu meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan 


anak itu. Tujuannya adalah untuk menjalankan ujian terhadap kandungan susu tersebut.


Setelah mendapat keputusan hasil daripada ujian tersebut, Doktor Muslim tanpa ragu-ragu 


memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral di dalam air susunya 

adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita 

tersebut adalah ibu kepada bayi perempuan.


Doktor Kristian itu kehairanan lalu bertanya. " Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat 


keputusan mengkagumkan itu ?"


Lalu Doktor Muslim itu membacakan sepotong surah an-Nisa ayat 11 yang membawa 


maksud : " Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di 

mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan." ( 

Surah an-Nisa : 11 )


Doktor Muslim itu menerangkan kepada rakannya, " Melalui ayat ini, Allah menjelaskan 


bahawa satu bahagian lelaki bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna 

bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita."


" Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas 


menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat di dalam air susu ibu lelaki dua kali ganda 

banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah membuktikan siapa ibu kepada 

bayi-bayi tersebut."


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan 


gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan 

bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.

- (Surah an-Anfal : Ayat 2)



Walahu'alam....


...ustazpenang...

Sunday, 24 February 2013

Soleh Dan Solehah Dahulu

Soleh Dan Solehah Dahulu




Dalam fasa dua puluh ini, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan. Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum? Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya. Begitulah kehidupan. Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan. Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab. Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.
Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah, matang dalam bertanggungjawab. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap DIA. Bagaimana mungkin seorang hamba itu boleh bertanggungjawab ke atas makhluk lain, sedangkan dia melepaskan tanggungjawabnya terhadap Tuhannya? Jadi, yang utama jangan kita abaikan. Insya-Allah, yang kemudian akan dipermudahkan.
Sebelum kahwin
Ramai yang berusaha mencari pasangan hidup masing-masing. Ia satu usaha yang baik dan relevan. Sehinggakan, statement mencari bakal imam dan bakal makmum bermain di dunia maya. Hampir setiap masa, sentiasa ada. Dalam mencari pasangan hidup boleh dikatakan semua insan mahukan yang terbaik.
Mahukan yang begitu, mahukan begini, faham-fahamlah sendiri. Tetapi, dalam proses mencari pasangan hidup, ramai yang bercita-cita besar untuk mendapatkan yang baik-baik, dan soleh solehah. Jika boleh, pasangan yang diinginkan nanti, seorang yang boleh solat berjemaah bersama-sama, taat kepada orang tua, menutup aurat dengan sempurna, bijak dalam bab agama, boleh membimbing, dan lain-lain lagi.
Itu baru sifat luaran yang boleh kita perlihatkan. Tetapi sifat dalaman pula, tidak ketinggalan. Segelintir daripada kita, mahukan kualiti. Sifat sabar, pemurah, sopan santun, syukur, redha, takwa… wah! Teropong hatilah jawabnya.
Selepas berkahwin
Suami isteri juga tidak ketinggalan. Kerana, pasangan suami isteri selalunya inginkan keluarga mereka menjadi baik. Sebuah keluarga yang taat dan patuh pada agama, keluarga sakinah. Si bapa, inginkan isteri dan anak-anak menjadi insan yang berguna. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Jika tidak si ibu, si anak juga sama. Fitrah manusia yang cintakan kebaikan!
Penutup
Jadikanlah diri kita terlebih dahulu baik. Soleh dan solehah. Berkeinginan, tidaklah salah. Yang salah adalah, apabila kita mengabaikan diri dan taksub pada keinginan diri semata-mata. Bersederhanalah dalam berkeinginan. Kerana, kita semua tidaklah sempurna!
Dalam proses menjadi baik, soleh dan solehah. Ia adalah proses yang berterusan. Mungkin, bakal pasangan atau ahli keluarga kita pada hari ini cuma baik pada satu sudut sahaja. Tetapi, tidaklah mustahil pada kemudian hari bakal pasangan serta ahli keluarga kita menjadi lebih baik lagi! Belajar dan terus belajar.
Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergangtungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya.
Kekecewaan mempengaruhi perasaan. Muhasabah diri. Jika kita inginkan yang baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu. Jika kita rasa diri sudah baik, tetapi jawapan masih lagi belum tiba.. ia bermakna Tuhan ingin memberikan kita pasangan yang jauh lebih baik. Sekian…

Soleh dan solehah kanlah dahulu dirimu!

Wallahu'alam.....


...ustazpenang...