Friday, 6 April 2012

Cinta Itu Luar Biasa!

Cinta Itu Luar Biasa!







Saya : Assalamualaikum adik. Apa yang adik menungkan tu?
Adik : Saya teringatkan kata-kata guru saya.
Saya : Ouh.. boleh adik kongsikan bersama?

Adik : Boleh. Guru saya kata, cinta itu luarbiasa.
Cinta itu memang luarbiasa. Hatta, saya sendiri tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Maklum sahaja, di waktu pengajian dahulu tiada pula pembelajaran cinta. Tulisan ini saya cuba kupaskan tentang cinta luarbiasa. Pohon ampun dan maaf jika terdapat kekhilafan.

Cinta luarbiasa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW :
Cinta ini adalah cinta yang agung. Kerana, tiada siapa dan mana-mana cinta yang mampu menandingi cinta ini. Cinta ini juga yang akan membawa manusia ke dalam syurga. Insyaallah.. tapi, apa kaitannya cinta ini dengan cinta luarbiasa?

Lihat sahaja dalam perilaku sehari-harian kita, pentingnya Allah SWT didalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, umat Islam jika ingin melakukan sesuatu perkara yang baik (ibadah) meski diiringi dengan niat KERANA ALLAH SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Mengetahui, dan Dia tidak mahu hamba-hambaNya berjaya di dunia sahaja akan tetapi, Dia juga ingin hamba-hambaNya berjaya di akhirat sama.
Kaitan antara cinta luarbiasa dengan Nabi Muhammad SAW, kita boleh rujuk pada sirah-sirah Islam. Saya teringat tentang satu peristiwa berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW bersama malaikat. Dimana ketika itu, Rasulullah SAW berdakwah dan menyeru umat manusia supaya mengikuti seruan Islam. Sayang sekali pada ketika itu, umat manusia tidak memperdulikan seruan yang dibawa oleh Rasulullah SAW serta menolak seruan beliau. Dan ketika itu juga, malaikat meminta hajat daripada Nabi Muhammad SAW untuk menurunkan bala dan musibah terhadap umat manusia. Akan tetapi, Rasulullah SAW melarangnya. Rasulullah SAW berkata pada malaikat bahawa, “Walaupun mereka semua tidak beriman pada ketika ini. Tetapi aku yakin, di kemudian hari anak-anak, cucu-cicit, serta keturunan mereka akan beriman juga.” Hebat kata-kata Rasulullah SAW.

Cinta luarbiasa semua makhluk (malaikat) :
Para malaikat, sudah tentu cinta pada kita. Jika kita berusaha berjuang, menengakkan kebenaran, para malaikat bersama-sama dengan kita dan tidak putus-putus mendoakan kita. Walaupun kita tidak pinta dan meminta.

Cinta luarbiasa semua makhluk (bumi) :
Kenapa bumi? Kerana bumi juga makhluk Tuhan seperti kita. Selama kita hidup, dan selama kita membuat perkara-perkara yang tidak elok, bumi tidak pernah marahkan kita serta menghalau kita. Hatta, bumi memberi kita peluang untuk berada didalam bumi dan meneruskan perjuangan serta menegakkan kebenaran.

Cinta luarbiasa semua makhluk :
Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain seperti langit, gunung, lautan, tumbuhan, haiwan dan berbagai, mereka amat mencintai kita. Mereka juga yang menghiasi dunia dan menghiburkan kita. Mereka tidak bencikan kita, malah mereka tidak meminta serta memohon azab untuk kita.

Akhir kata, jangan kita tertumpu pada cinta manusia sahaja. Masih banyak lagi cinta yang belum kita teroka dan bicara. Saya tidak menolak cinta sesama manusia. Saya cuma menolak cinta yang sia-sia, buang masa, dan akhirnya membawa kita ke lembah neraka. Percayalah bahawa cinta itu bahagia, dan cinta itu luarbiasa!

Cinta itu luar biasa
Yang tersirat jutaan makna
Cinta itu luar biasa
Kerana  cinta itu bahagia dan membawa ke syurga.

Wallahu'alam.......




...ustazpenang... 

5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki

5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki







Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat spesial dan bahkan memberikan satu surat dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.

Namun Akhi, Ukhti, wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki. Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi. Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 : ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.

Kali ini InsyaAllah akuislam.com akan mengulas pendapat beberapa ulama mengenai kelebihan wanita  yang dijadikan senjata oleh syaitan untuk mencairkan hati seorang lelaki. Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan. Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah untuk masuk. Tapi kan kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul?

Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita dengan kebaikan.  Syaitan tidak akan pernah rela jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu. Naudzubillahi min dzalik.

Apa kekuatan wanita yang pertama?
Air Mata. Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?

Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata. Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.

Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan. Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita? Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.

Yang kedua,
Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki. Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.

Yang Ketiga,
Yang ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja
 Berbicaralah yang tegas! Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki. 
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.

Yang Keempat, 
Berhias. Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian. Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..

tetapi memakai wangian tidaklah salah. anda semua boleh rujuk diSINI
Yang terakhir,
kecerdasan. Ini yang paling berbahaya atau paling sukar untuk dihindari. Wanita yang cerdas seringkali dijadikan senjata yang sangat ampuh untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau rupa dari si perempuan itu, tapi kecerdasannya, cara berbicara serta topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau sudah satu fikrah, satu persepsi fikiran yang sama. Makanya, syaitan paling sering menggunakan kelebihan wanita yang satu ini.

Jalan keluarnya bagaimana? Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan, Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim. Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.

Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Wallahu'alam.......


...ustazpenang...