Thursday, 20 October 2011

Ukhwah Fillah..

Ukhwah Fillah..


Sahabat..
kekuatan bukanlah segalanya
Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa
Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya
Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya


Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan
Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan
Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis
Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya

Sahabat, katakan padanya…
Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah
Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya
Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya

Jangan pernah mengajar sahabat  kita bagaimana menjadi cantik
Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya
Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita
Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya

Isilah kehidupan  kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan
Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan
Ajarkan sahabat  kita menikmati keindahan mentari pagi
Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir
Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga
Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan

Jika kita ingin sahabat  kita rajin beribadah kepada Allah
Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita
Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah
Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita

Jika kita ingin sahabat  kita mencintai ilmu pengetahuan
Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri  kita dan dirinya
kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca
Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu

Jika kita ingin sahabat  hidup penuh kasih
Tunjukkan cinta kasih  kita kepadanya
Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi
Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari  kita

Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita???

Wallahu'alam.....


...ustazpenang...


Belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA..

Belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA..


Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.

Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.

Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.

Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.

Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.

Wallahu'alam..........

...ustazpenang...

C.I.N.T.A yang H.A.L.A.L

C.I.N.T.A yang H.A.L.A.L


Dibalik episodnya, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang
Tahukah kita, apa yang mendasari semuanya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan cinta yang membentang

Cinta…
Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang

Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam
Bilangan Asma-Nya

Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani

Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati

Cinta yang halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan
Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu

Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya…  

Wallahu'alam.............

...ustazpenang...

13 Alasan Wanita Tentang Aurat..

13 Alasan Wanita Tentang Aurat..

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

Wallahu'alam............

...ustazpenang...

Tuesday, 18 October 2011

KISAH RM10

KISAH RM10

Sebuah kisah yang olah dari sebuah buku DR.HM Tuah. mungkin sudah ada yang membacanya, namun ia tetap menarik untuk dikongsi bersama dan sebagai pedoman selagi kita bergelar anak atau ibu bapa. kasih sayang dari seorang anak kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada anak-anak

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan penat dan letih, disambut oleh anak lelakinya yang berumur sepuluh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh Amir tanya ayah satu soalan?"

"Ya, Amir nak tanya apa?"

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa kamu sibuk nak tanya?"

"Mir saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat selama sejam ayah bekerja"

" 20 ringgit sejam."

"Ooo..." kata si anak sambil tunduk menekur lantai. kemudian memandang ayahnya kembali sambil bertanya, " Ayah, boleh tak amir pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, " Oh, itukah sebabnya kamu bertanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai nak minta sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk membuang duit sembarangan. Sekarang pergi balik ke bilik kamu dan tidur. dah lewat ni."

Kanak-kanak sepuluh tahun itu terdiam dan melangkah masuk ke biliknya. si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit yang sebanyak itu. Kira - kira dua jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir, kemungkinan anaknya itu benar- benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya itu tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya dan membuka pintu. Di dapati anaknya masih belum tidur. " Kalau kamu betul - betul perlukan duit ini, nah ambillah sepuluh ringgit ini." kata si ayah.

Kanak- kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. " Terima kasih ayah," Katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. " Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit itu ha?" Jerkah si ayah.

Si anak menunduk ke lantai dan tidak berani memandang ayahnya. " Duit ini Amir kumpul dari belanja sekolah amir yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sepuluh ringgit kerana duit yang amir ada ini belum cukup lagi". Jawab si anak perlahan.

" Belum cukup untuk beli apa?" Jerkah si ayah dengan garang.

"Ayah, sekarang Amir sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ini. Amir nak beli sejam dari masa ayah. Amir nak ayah balik awal sejam esok kerana Amir rindu nak makan malam bersama ayah." jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Kongsi kisah teladan ini bersama mereka yang disayangi. Dalam kesibukan kita sepanjang masa, kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa meluangkan masa bersama insan insan yang begitu bermakna dalam hidup kita.

F - father
A - and
M - mother
I - i
L - love
Y - you

♥ FAMILY ♥


Wallahu'alam..........



...ustazpenang...

Monday, 17 October 2011

BILA LELAKI BETUL-BETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN….

BILA LELAKI BETUL-BETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

Sunday, 16 October 2011

Guru Bukan Bermula 7.30 am Berakhir 2.00 pm

Guru Bukan Bermula 7.30 am Berakhir 2.00 pm

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid 
    Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku 
    Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru -            Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 
      90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. 
 
Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 
 
Wallahu'alam............
...ustazpenang...