Tuesday, 18 October 2011

KISAH RM10

KISAH RM10

Sebuah kisah yang olah dari sebuah buku DR.HM Tuah. mungkin sudah ada yang membacanya, namun ia tetap menarik untuk dikongsi bersama dan sebagai pedoman selagi kita bergelar anak atau ibu bapa. kasih sayang dari seorang anak kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada anak-anak

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan penat dan letih, disambut oleh anak lelakinya yang berumur sepuluh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh Amir tanya ayah satu soalan?"

"Ya, Amir nak tanya apa?"

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa kamu sibuk nak tanya?"

"Mir saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat selama sejam ayah bekerja"

" 20 ringgit sejam."

"Ooo..." kata si anak sambil tunduk menekur lantai. kemudian memandang ayahnya kembali sambil bertanya, " Ayah, boleh tak amir pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, " Oh, itukah sebabnya kamu bertanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai nak minta sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk membuang duit sembarangan. Sekarang pergi balik ke bilik kamu dan tidur. dah lewat ni."

Kanak-kanak sepuluh tahun itu terdiam dan melangkah masuk ke biliknya. si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit yang sebanyak itu. Kira - kira dua jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir, kemungkinan anaknya itu benar- benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya itu tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya dan membuka pintu. Di dapati anaknya masih belum tidur. " Kalau kamu betul - betul perlukan duit ini, nah ambillah sepuluh ringgit ini." kata si ayah.

Kanak- kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. " Terima kasih ayah," Katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. " Kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit itu ha?" Jerkah si ayah.

Si anak menunduk ke lantai dan tidak berani memandang ayahnya. " Duit ini Amir kumpul dari belanja sekolah amir yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sepuluh ringgit kerana duit yang amir ada ini belum cukup lagi". Jawab si anak perlahan.

" Belum cukup untuk beli apa?" Jerkah si ayah dengan garang.

"Ayah, sekarang Amir sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ini. Amir nak beli sejam dari masa ayah. Amir nak ayah balik awal sejam esok kerana Amir rindu nak makan malam bersama ayah." jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Kongsi kisah teladan ini bersama mereka yang disayangi. Dalam kesibukan kita sepanjang masa, kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa meluangkan masa bersama insan insan yang begitu bermakna dalam hidup kita.

F - father
A - and
M - mother
I - i
L - love
Y - you

♥ FAMILY ♥


Wallahu'alam..........



...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment