Sunday, 17 June 2012

Bagaimana Menyayangi Seseorang???

Bagaimana Menyayangi Seseorang???





1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan 
sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana 
perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia 
dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan 
biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah 
apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda 
akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat 
padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda 
mengubah  dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau 
mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya 
dari freehair kepada bertudung.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban 
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk 
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi 
demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali  
mempermain-kan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan 
mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, 
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
 cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya 
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana 
dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga 
menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan 
diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda 
sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana 
selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, 
tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu 
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, 
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta 
lepas kahwin lebih afdal.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya 
akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti 
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya 
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak 
anda peroleh setelah anda mengahwininya dan berjaya menyayanginya 
hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia 
percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. 
Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk 
memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha 
untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. Tapi ingat, jangan 
melebihi cinta kepada Allah.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

Apakah Yang Dilakukan Oleh Hati Dengan Nama Ini???

Apakah Yang Dilakukan Oleh Hati Dengan Nama Ini???





Terdapat satu cerita, dimana terdapat seorang hamba Allah SWT 
yang biasa – biasa sahaja. Suatu hari, ketika orang ramai sibuk dengan 
hal masing – masing.. dia mengambil keputusan untuk menyendiri. 
Dia duduk di suatu sudut yang dinaungi oleh pepohon rambutan. 
Dia duduk dengan tenang, melihat keadaan sekeliling, lalu dia diam 
tanpa bicara.

 Kemudian, tidak lama selepas itu.. terdengar satu kalimah yang 
terbit dari bibirnya. Pada awalnya, hanya beberapa kali sahaja. 
Tetapi, apa yang pasti kalimah itu semakin menjadi. Tidak henti – henti. 
Mulutnya seperti orang yang sedang membaca mantera. Akhirnya, dia 
menitiskan airmata usai melafazkan kalimah tersebut. 
 Kalimah itu ialah, nama ‘Allah’.

 Soalan :
 Ketika kita mendengar nama ‘Allah’, apakah yang 
dilakukan oleh hati dengan nama ini???

 Ketika kita melihat nama ‘Allah’, apakah yang dilakukan 
oleh hati dengan nama ini???

 Ketika kita menyebut nama ‘Allah’, apakah yang dilakukan 
oleh hati dengan nama ini???

 Seseorang itu apabila dianugerahkan olehnya IMAN, dan apabila ia 
mendengar, melihat, dan menyebut nama Allah SWT.. 
maka bergetarlah hatinya.

 Getaran itu ada jutaan rasa, getaran itu terletak pada hati kita.

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...

Tips Perkahwinan

Tips Perkahwinan





1. KETIKA MENCARI CALON,
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. 
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR,
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, 
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH,
Anda berdua bukan menikah di hadapan imam, tetapi menikah 
di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN,
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, 
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan 
meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana 
menyia-nyiakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA,
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia 
dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA,
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur 
bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG,
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat 
berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK,
Cintailah isteri atau suami anda seadanya dia.
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK,
Cintailah isteri atau suami anda dan cintai anak-anak anda masing-masing.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM,
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar  dengan  ketaatan 
suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG,
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi 
kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI,
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk 
bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI,
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu  
menyelesaikan semua pekerjaan.

Wallahu'alam.......

...ustazpenang...