Sunday, 17 June 2012

Bagaimana Menyayangi Seseorang???

Bagaimana Menyayangi Seseorang???





1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan 
sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana 
perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia 
dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan 
biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah 
apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda 
akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat 
padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda 
mengubah  dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau 
mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya 
dari freehair kepada bertudung.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban 
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk 
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi 
demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali  
mempermain-kan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan 
mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, 
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
 cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya 
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana 
dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga 
menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan 
diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda 
sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana 
selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, 
tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu 
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, 
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta 
lepas kahwin lebih afdal.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya 
akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti 
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya 
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak 
anda peroleh setelah anda mengahwininya dan berjaya menyayanginya 
hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia 
percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. 
Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk 
memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha 
untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. Tapi ingat, jangan 
melebihi cinta kepada Allah.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment