Thursday, 5 July 2012

Bukan Tak Boleh Bercinta, Tapi.....

Bukan Tak Boleh Bercinta, Tapi.....





Adik : Erm.. abang, boleh adik tanya sedikit?
Abang : Boleh. Silakan…
Adik : Adik sudah habis SPM, dan adik ada seorang kenalan perempuan.
Abang : Oh, jadi?
Adik : Jadi… erm, sebenarnya adik ada menaruh harapan padanya. 
Kami sudah kenal hampir dua bulan dan dia sangat rapat dengan adik. 
Bolehkan abang jika kami bercinta atas suka sama suka. Tiada paksaan  
Dan adik mahu hidup berteman seperti rakan – rakan yang lain.

Abang : Boleh abang bertanya?
Adik : Silakan…
Abang : Kenapa perlu bercinta?
Adik : Sebab itu sebahagian daripada sifat manusia. Dan manusia memang 
perlukannya. Betul?
Abang : Betul. Tapi bagaimanakah dengan persiapan adik terhadap cinta 
kepada Allah swt dan Rasulullah saw?

Kami terdiam dan soalan tidak berbalas dengan jawapan. Jawapan tidak 
diberi, tidak mengapa. Apa yang pasti, pemahaman erti kehidupan perlu 
di sapa. Biar sedikit, itulah titian – titian menuju ke bukit. ‘Broga Hills’ mungkin~
Cinta itu sifatnya fitrah. Tidak boleh buang seperti sampah. Tetapi, 
silapnya cinta dipandang ‘enteng’ bagai sampah. Bila ditanya berkenaan cinta, 
bulat – bulat kita kaitkan dengan asmara.

Asmaradana atau asmaramerana?
Bagi yang sedang menjalinkan cinta dengan ikatan ‘tidak SAH’ seharusnya 
perlu ditanya terlebih dahulu bagaimanakah dengan persiapan cinta kita 
terhadap Allah swt dan Rasulullah saw? Kerana Allah swt dan Rasulullah saw 
adalah yang pertama dan utama.
Imam Syafi’ berkata, “Bukankah kita sudah ikrarkannya (syahadah)?”
Sedarkah kita bahawa, lafaz syahadah adalah lafaz cinta. Tandanya ialah, 
kita telah menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah dan Rasulullah. Kita 
akan berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasulullah.
Bukan tidak boleh bercinta, tapi….
Bukan tidak boleh bercinta, tapi… semak dahulu diri kita. Jika asyik 
bercinta sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan 
cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu 
dinamakan cinta?
Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu 
dinamakan cinta?
Mari, muhasabah diri. Agar nanti, diri tidak kecundang seperti ‘gagak yang 
melepaskan tahi’. Mari perbaiki diri, kerana cinta bersifat suci.
‘Aku bercinta, tetapi solat, aurat aku memperlekehkannya.’
‘Aku bercinta, tetapi berkenaan keluarga aku tidak ambil peduli. Hati ayah 
dan ibu, sering aku sakiti.’
‘Yaa Allah, satukanlah kami. Jangan ada sesiapa yang menganggu kebahagiaan 
kami.’

‘Rinduku seperti oksigen yang dirimu sedut selalu.’
Ada yang percaya dengan adanya usaha dan doa, Tuhan pasti akan terima. 
Tetapi, ada juga yang tidak yakin dengan tuntutan – tuntutan Islam. 
Contohnya, Allah swt menyatakan bahawa solat itu akan mencegah 
kita daripada melakukan perkara yang mungkar. Tetapi, kita 
buka minda sahaja. Sebaliknya hati dibiarkan tertutup. Selain itu, 
Nabi Muhammad saw telah berpesan supaya kita berpuasa. Tetapi, 
kita berpuasa kerana lapar dan dahaga sahaja.
Bagi yang ingin menjalinkan ikatan cinta secara ‘tidak SAH’, umpakan 
hubungan cinta yang ‘tidak SAH’ itu seperti syubhat. Syubhat itu yang akan 
menimbulkan keraguan dan akan mengheret kita ke lereng – lereng neraka. 
Jadi, jaga – jaga!

Akhir kata, nasihat ini bukan untuk membangga diri. Tetapi untuk 
bermuhasabah diri. Hidup di dunia ini perlu hati – hati, tidak boleh 
‘semberono’ mengikut kehendak diri. Jika mampu merasa nikmat cinta 
dunia, tetapi tidak mampu merasa nikmat cinta Allah dan Rasul-Nya, 
pasti ada silapnya.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment