Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Kalimah – kalimah ini memperlihatkan oleh manusia bahawa masa itu
amat sangat penting. Kita selalu berkata, ‘Masa itu emas.’ Akan tetapi,
kita tidak boleh membelinya. Masa juga, bukan milik manusia. Jika masa
milik manusia, alamatnya manusia boleh menggunakan masa dengan
sesuka hati. Boleh putarkan masa ke bila – bila masa dengan kehendak diri.
Masa itu bukan berjalan dan bukan berlari. Sebaliknya, masa itu tidak
akan berhenti.. sekalipun manusia itu mati. Masa, itu tidak pernah tidur.
Yang tidur hanyalah kita. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh ‘tidak cukup
masa’. Bukan kerana ‘tidak cukup masa’, tetapi kita telah memperlekehkan
masa itu sendiri. Kita buang masa!
Jadi… seharusnya bagaimana???
Manfaatkanlah masa!
Dahulu, kini, dan kemudian. Ini adalah fasa masa yang boleh mengubah
seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang sudah
terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini.
Jangan begitu…
Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini
dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan,
ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah
ketinggalan.
Bagi yang memanfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa,
berubahlah.
berubahlah.
Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak
tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan
masa.
Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang
yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang
baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika
kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa –
apa yang ada disekeliling kita.
Masa..
Pergi menjauh dari sisi
Tetapi..
Aku berjanji dan aku tidak akan berhenti
Dan akan terus mempeduli
Untuk
Manfaatkan masa, manfaatkan diri
Wallahu’alam .
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment