Monday, 9 July 2012

INDAH DAN KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA

INDAH DAN KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA






Benda yg mahal harganya akan dijaga & dibelai serta disimpan ditempat yg teraman & terbaik.Sudah pasti intan permata tdk akan dibiar terserak bukan ?

Akhwat Sholihah bak mutiara di dasar laut, tak selalu putih terkadang terbungkus lumut,di dalam cangkangnya dia senang berada, menjaga diri & tak mudah digoda.

Kita mungkin harus menyelam untuk menemukannya,Tapi kita akan tahu seberharga apa dia ketika kita mendapatkannya.

Itulah Perumpamaannya Dengan Seorang Wanita.

1. Dia sebagai ibu yang melahirkan kita, dia sebagai tulang rusuk kita yang hilang, dia sebagai penuntun kita dalam syurga-Nya dan dia juga yang akan menjadi panutan kita dalam berjalan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Berpuasa di bulan Ramadhan, Taat kepada suaminya dan Menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah, istimewa seorang wanita yang kadang kita anggap remeh, yang kadang kita ingkari janjinya, yang kadang kita sakiti raganya. Demikian sayangnya ALLAH pada wanita, kenapa kita tidak mahu menyayangi wanita seperti-Nya???



Wallahu'alam....




...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment