Cantik Salah, Tidak Cantik Pun Salah...
MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman.
Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman,
bukan perintah ataupun cemuhan. Memang, menjadi wanita yang
cantik bukan perkara yang mudah. Mereka sering dipersalahkan menjadi
punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran
terpasung oleh kecantikan muslimah itu.
Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa
fizikal yang cantik. Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca,
senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis
fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.
Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan
setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik
seraut wajah yang indah bak purnama itu.
Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering mendapat godaaan,
sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta
berupa SMS dan miscall. Tapi apakah itu semua adalah salah
mereka? Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana
mempunyai wajah yang memikat? Sedangkan semua kecantikan itu
adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara
amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.
Mereka lahir dengan fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah
sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah kurnia Allah SWT untuk hambaNya,
mungkin juga untuk menguji keimanan dan ketakwaannya. Maka jangan
salahkan mereka apabila mereka cantik. Yang harus dipersalahkan adalah
orang-orang yang masih nekad menggodanya, yang tidak terkawal
keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang dikurniakan
Allah SWT terhadap seorang muslimah.
Sementara itu, disebalik dugaan yang melingkari muslimah-muslimah
yang cantik, mereka yang tidak cukup menawan wajahnya pula kadangkala
terjebak dengan perasaan rendah diri yang teruk. Mereka berasa
malu untuk bermasyarakat dan terlibat dengan aktiviti sosial. Selalu
merasakan diri banyak kekurangan. Diri terasa amat tidak sempurna dan
membataskan diri untuk tampil dengan penuh keyakinan. Kurang cantik,
kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya berbanding orang
lain sehingga diri terasa begitu terpinggir dari arus kehidupan yang
sepatutnya. Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam
ke dasar rasa rendah diri yang berlebihan.
Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita. Inilah
perasaan yang seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak
perlu merasa iri hati terhadap orang lain. Setiap insan telah ditetapkan
rezeki masing-masing oleh Allah SWT, dan setiap kurniaan itu
mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir
oleh akal kita.
Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung
mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar. Kenapa kita
diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang
berbentuk bulat. Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT,
insyaallah segala kegelisahan akan terpadam
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa
fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat
hati dan kalian” [HR Muslim]
Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedaman
iman kita. Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita,
tetapi melihat kepada seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala ama
agar ia lebih sempurna. Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya
lentur tubuh kita, sebaliknya tebal ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah
dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya..
Wallahu'alam......
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment