Friday, 11 May 2012

5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan Untuk Melemahkan Lelaki

5 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan 
   Untuk Melemahkan Lelaki






Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. 
Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang 
wanita adalah makhluk yang sangat spesial dan bahkan 
memberikan satu surat dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. 
Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita 
cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : 
Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi 
yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.
Namun Akhi, Ukhti, wanita seringkali dibuat sebagai 
senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk 
meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki. Ya, tidak ragui, 
salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada 
seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi. Dalam sejarah, 
syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan 
utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 : 
ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.
Kali ini InsyaAllah saya akan mengulas pendapat beberapa 
ulama mengenai kelebihan wanita  yang dijadikan senjata oleh 
syaitan untuk mencairkan hati seorang lelaki. Tapi sebelum 
itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan 
kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan. 
Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau 
perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan 
tetap mudah untuk masuk. Tapi kan kalau kita sama-sama 
menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul???
Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita 
dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita 
dengan kebaikan.  Syaitan tidak akan pernah rela jika kita 
sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan 
tanpa diganggu. Naudzubillahi min dzalik.
Apa kekuatan wanita yang pertama???
Air Mata. Air mata wanita adalah sesuatu yang 
seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati 
seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan 
hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih 
belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  Umar bin Khattab RA
yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya 
pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam 
dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan
islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu 
gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun 
demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan 
titis-titis air mata. Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika 
ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak 
disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata 
yang kuat bagi syaitan laknatullah.
Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan. Cuba bayangkan, 
kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, 
sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita??? 
Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan 
pengurusan hati yang tepat.
Yang kedua???
Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu 
salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan 
dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki. 
Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah 
ang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam 
surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
Katakanlah kepada lelaki yang beriman, 
agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan 
yang beriman, agar mereka menjaga 
pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. 
Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.
Yang Ketiga???
Yang ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara 
yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  
daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh 
syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau 
wanita  itu sengaja membuat nada manja
 Berbicaralah yang tegas! Tidak menimbulkan kesan 
yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada 
yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW 
juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. 

Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid 
wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran 
suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan 
yang berbeza di hati lelaki. 
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah 
dalam memberikan perhatian.
Yang Keempat???
Berhias. Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi 
wanita yang memakai  wangian. Rasulullah berkata bahawa 
barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian 
dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki 
mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. 
Naudzubillahi min dzalik..
tetapi memakai wangian tidaklah salah. 
Yang terakhir???
kecerdasan. Ini yang paling berbahaya atau paling sukar 
untuk dihindari. Wanita yang cerdas seringkali dijadikan 
senjata yang sangat ampuh untuk meluluhkan hati seorang 
lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau rupa 
dari si perempuan itu, tapi kecerdasannya, cara berbicara 
serta topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau sudah 
satu fikrah, satu persepsi fikiran yang sama. Makanya, 
syaitan paling sering menggunakan kelebihan wanita yang satu ini.
Jalan keluarnya bagaimana??? Untuk keseluruhan, sebenarnya 
hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati 
mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah 
dibersihkan dan hati telah disucikan, Insya Allah tidak 
syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan 
istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim. 
Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.
Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan 
syaitan laknatullah. Insya Allah…
Wallahu'alam........

...ustazpenang...

Cinta Itu Luar Biasa !!


Cinta Itu Luar Biasa !!

Saya : Assalamualaikum adik. Apa yang adik menungkan tu???
Adik : Saya teringatkan kata-kata guru saya.
Saya : Ouh.. boleh adik kongsikan bersama???
Adik : Boleh. Guru saya kata, cinta itu luarbiasa.
Cinta itu memang luarbiasa. Hatta, saya sendiri tidak 
mampu ungkapkan dengan kata-kata. Maklum sahaja, 
di waktu pengajian dahulu tiada pula pembelajaran cinta. 
Tulisan ini saya cuba kupaskan tentang cinta luarbiasa
Pohon ampun dan maaf jika terdapat kekhilafan.
Cinta luarbiasa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW :
Cinta ini adalah cinta yang agung. Kerana, tiada siapa dan 
mana-mana cinta yang mampu menandingi cinta ini. 
Cinta ini juga yang akan membawa manusia ke dalam syurga. 
Insyaallah.. tapi, apa kaitannya cinta ini dengan cinta luarbiasa???
Lihat sahaja dalam perilaku sehari-harian kita, 
pentingnya Allah SWT didalam kehidupan manusia. 
Sebagai contoh, umat Islam jika ingin melakukan 
sesuatu perkara yang baik (ibadah) meski diiringi 
dengan niat KERANA ALLAH SWT. Ini kerana 
Allah SWT Maha Mengetahui, dan Dia tidak mahu 
hamba-hambaNya berjaya di dunia sahaja akan 
tetapi, Dia juga ingin hamba-hambaNya berjaya di akhirat sama.
Kaitan antara cinta luarbiasa dengan Nabi Muhammad SAW, 
kita boleh rujuk pada sirah-sirah Islam. Saya teringat 
tentang satu peristiwa berkenaan sirah Nabi Muhammad 
SAW bersama malaikat. Dimana ketika itu, Rasulullah SAW 
berdakwah dan menyeru umat manusia supaya mengikuti 
seruan Islam. Sayang sekali pada ketika itu, umat manusia 
tidak memperdulikan seruan yang dibawa oleh Rasulullah SAW 
serta menolak seruan beliau. Dan ketika itu juga, malaikat 
meminta hajat daripada Nabi Muhammad SAW untuk 
menurunkan bala dan musibah terhadap umat manusia. 
Akan tetapi, Rasulullah SAW melarangnya. Rasulullah SAW 
berkata pada malaikat bahawa, “Walaupun mereka semua 
tidak beriman pada ketika ini. Tetapi aku yakin, di kemudian 
hari anak-anak, cucu-cicit, serta keturunan mereka akan 
beriman juga.” Hebat kata-kata Rasulullah SAW.
Cinta luarbiasa semua makhluk (malaikat) :
Para malaikat, sudah tentu cinta pada kita. 
Jika kita berusaha berjuang, menengakkan kebenaran, 
para malaikat bersama-sama dengan kita dan 
tidak putus-putus mendoakan kita
Walaupun kita tidak pinta dan meminta.
Cinta luarbiasa semua makhluk (bumi) :
Kenapa bumi??? Kerana bumi juga makhluk 
Tuhan seperti kita. Selama kita hidup, dan 
selama kita membuat perkara-perkara yang 
tidak elok, bumi tidak pernah marahkan kita 
serta menghalau kita. Hatta, bumi memberi kita 
peluang untuk berada didalam bumi dan 
meneruskan perjuangan serta menegakkan kebenaran.
Cinta luarbiasa semua makhluk :
Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain 
seperti langit, gunung, lautan, tumbuhan, haiwan 
dan berbagai, mereka amat mencintai kita. Mereka 
juga yang menghiasi dunia dan menghiburkan kita. 
Mereka tidak bencikan kita, malah mereka tidak 
meminta serta memohon azab untuk kita.
Akhir kata, jangan kita tertumpu pada cinta 
manusia sahaja. Masih banyak lagi cinta yang 
belum kita teroka dan bicara. Saya tidak menolak 
cinta sesama manusia. Saya cuma menolak cinta 
yang sia-sia, buang masa, dan akhirnya 
membawa kita ke lembah neraka. Percayalah 
bahawa cinta itu bahagia, dan cinta itu luarbiasa!
Cinta itu luar biasa
Yang tersirat jutaan makna
Cinta itu luar biasa
Kerana  cinta itu bahagia dan membawa ke syurga.
Wallahu'alam.......


...ustazpenang... 

Friday, 4 May 2012

Cara Meluahkan Perasaan Pada Perempuan


Cara Meluahkan Perasaan Pada Perempuan


Kita sering tertanya-tanya bagaimana cara yang terbaik untuk meluahkan hasrat kita kepada seorang perempuan. Hasrat untuk memnjadikan wanita itu sebagai teman hidupnya nanti.

Apakah cara terbaik untuk meluahkan perasaaan pada seorang perempuan yang kita sukai??? Mungkin pada zaman kini, kaedah dan situasi yang ingin digunapakai agak berbeza sekali kerana kita sedikit terikat dengan adat yang diamalkan di negara ini. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu halangan untuk kita menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk memperisterikannya.

Kita boleh berterus terang kepada perempuan tersebut, tetapi jangan dalam keadaan berkhalwat (berdua-duaan). Kita berterus terang sama-mata untuk menjadikan dia sebagai isteri kita. Mungkin boleh sampaikan dengan cara begini.
“Assalamualaikum”
“Waaalaikumusalam”
“Awak Timah?”
“Ye…”
“Saya nak jadikan awak isteri saya”
Sangat mudah dan berterus terang. Itulah yang dipanggil meluahkan perasaan, dan dibolehkan. Perkara ini dilakukan adalah kerana untuk melihat wajah si perempuan tersebut.
Ketika zaman sahabat, Seorang sahabat hendak meminang seseorang, tetapi dia tidak melihat wajahnya. Lalu nabi kata, pergilah melihat perempuan tersebut.
Cara yang terbaik, terus berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan tersebut dan terus menyatakan hasrat kita sebagai seorang lelaki. Setidak-tidaknya proses ini tidak mengaibkan sesiapa baik si lelaki mahupun si perempuan.
Melayukini.net - Masihkah kita ingat lagi kisah di mana Siti Khadijah yang pada ketika itu berumur 40 tahun telah melamar Nabi Muhammad SAW menggunakan utusan orang tengah. Alhamdulillah, Nabi Muhammad SAW menerima Siti Khadijah sebagai permaisuri hidupnya. Tidak salah sama ada wanita meminang lelaki, asalkan ia dilakukan dalam keadaan yang baik dan tidak mengaibkan individu tersebut.

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...