Cara Meluahkan Perasaan Pada Perempuan
Kita sering tertanya-tanya bagaimana cara yang terbaik untuk meluahkan hasrat kita kepada seorang perempuan. Hasrat untuk memnjadikan wanita itu sebagai teman hidupnya nanti.
Apakah cara terbaik untuk meluahkan perasaaan pada seorang perempuan yang kita sukai??? Mungkin pada zaman kini, kaedah dan situasi yang ingin digunapakai agak berbeza sekali kerana kita sedikit terikat dengan adat yang diamalkan di negara ini. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu halangan untuk kita menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk memperisterikannya.
Kita boleh berterus terang kepada perempuan tersebut, tetapi jangan dalam keadaan berkhalwat (berdua-duaan). Kita berterus terang sama-mata untuk menjadikan dia sebagai isteri kita. Mungkin boleh sampaikan dengan cara begini.
“Assalamualaikum”
“Waaalaikumusalam”
“Awak Timah?”
“Ye…”
“Saya nak jadikan awak isteri saya”
“Waaalaikumusalam”
“Awak Timah?”
“Ye…”
“Saya nak jadikan awak isteri saya”
Sangat mudah dan berterus terang. Itulah yang dipanggil meluahkan perasaan, dan dibolehkan. Perkara ini dilakukan adalah kerana untuk melihat wajah si perempuan tersebut.
Ketika zaman sahabat, Seorang sahabat hendak meminang seseorang, tetapi dia tidak melihat wajahnya. Lalu nabi kata, pergilah melihat perempuan tersebut.
Cara yang terbaik, terus berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan tersebut dan terus menyatakan hasrat kita sebagai seorang lelaki. Setidak-tidaknya proses ini tidak mengaibkan sesiapa baik si lelaki mahupun si perempuan.
Melayukini.net - Masihkah kita ingat lagi kisah di mana Siti Khadijah yang pada ketika itu berumur 40 tahun telah melamar Nabi Muhammad SAW menggunakan utusan orang tengah. Alhamdulillah, Nabi Muhammad SAW menerima Siti Khadijah sebagai permaisuri hidupnya. Tidak salah sama ada wanita meminang lelaki, asalkan ia dilakukan dalam keadaan yang baik dan tidak mengaibkan individu tersebut.
Wallahu'alam.....
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment