Friday, 4 January 2013

Ketawalah Dengan Kesalahan Diri Sendiri

Ketawalah Dengan Kesalahan Diri Sendiri




Pernahkah kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat. Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day for crying.
Apa yang kita akan lakukan pada akhirnya? Menangis? Marah? Memberontak? Pasti. Dah tu apa yang akan terjadi seterusnya? Selain daripada kita akan merasa menjadi makhluk paling menderita di dunia. Tidak ada yang peduli dengan kita. Lonely
Kalau mahu marah, boleh. Mahu menangis, boleh. Mahu memberontak juga, boleh. Tapi tidak boleh lama-lama ye. Segeralah berwudhu dan perbanyak istighfar. Senyum dan tertawalah.
Gilakah? Tidak! saya hanya ingin mengajak untuk berbahagia. Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286) dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tertawalah dan maafkan kesalahan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.
Itu sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.
 Maka, tertawakanlah dan maafkan kesalahan diri. Segera bangun dan berlarilah! Berlarilah
 untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!

Wallhua'alam....

...ustazpenang...

Hikmah

Hikmah



“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)


Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,
“takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.
Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.
Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.
Kenapa AKU yang diuji?
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap.

Wallahu'alam...


...ustazpenang... 

Itu Jodoh Terbaik??? Lupakan Saja

Itu Jodoh Terbaik??? Lupakan Saja



Jodoh merupakan topik kegemaran untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin. Dan topik ini juga digemari di semua peringkat umur dan kategori, dari budak berhingus, budak tadika, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah, pelajar kolej, mahasiswa universiti, kakitangan pekerja awam dan swasta, pak haji, mak haji, dan lain-lain.


Kita selalu dengar bahawa ; jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab ; memanglah di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari jugak. Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri. Apatah lagi zaman ni zaman facebook, zaman di mana orang berlumba-lumba mahu menulis di status tentang mesranya hubungan mereka dan pasangan mereka.
Bagi para muda mudi pulak, jika masih tiada pasangan atau couple, maka itu adalah sesuatu yang tidak cool. Zaman ini jika anda masih belum punya pasangan, maka anda dikira kolot, dan akan dilabel dengan pelbagai gelaran ; anak mak, ustaz, konon baik, bajet alim dan sebagainya. Oh, saya selalu dilabel sebegitu.
Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
 “memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia.
 Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping. Kadang-kadang
 kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku
 kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je. Eh, takkan
 kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”

Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik? Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya? Di mana kebaikannya?
Bukan, saya tidak mengharapkan wanita sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna. Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan. Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga. Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?
Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
Jangan sampai tersalah memilih orang
Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan saya :
 (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan
 lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)
 perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik
 untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan 
 buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh
 pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. 
 (Surah An-Nur ayat 26)

Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.

Wallahu'alam....


...ustazpenang...

Bila Kurang Kacak & Kurang Cantik, Maka Akan Selalu Disisihkan

Bila Kurang Kacak & Kurang Cantik, Maka Akan Selalu Disisihkan



Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja. Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.


Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik? Maaf saya katakan. Mereka selalu disisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.
Sekali lagi, ini lumrah manusia. Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih. Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta bendakamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” Riwayat Muslim
Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh? Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.
Fiman Allah:
 “Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah
 orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya
 dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)

Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Alhamdulillah. Kekurangan ini ada pada diri saya dan saya sangat bersyukur kerana kekurangan ini menyebabkan saya tidak pernah ”bercouple” sebelum nikah yang akan mendekatkan diri kepada zina.
Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.
Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

CERITERA : Aku Ingin Ke Syurga

CERITERA : Aku Ingin Ke Syurga




kau kata nak masuk syurga. jom!
aku terkedu.
lar, jom la ambil wuduk. solat. asar dah masuk ni. antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.
aku tersenyum. mengatur langkah menuju ke bilik air. kedinginan wuduk terasa membasahi muka. alhamdulillah. asar hari ini masih sempat aku jumpa.
kami duduk satu bulatan.
kawanku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….sayu suaranya mengalunkan bacaan.
malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.
sambil memotong sayur, azah bercerita. Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan baik habis. kita pun kena contohi baginda Rasulallah.
kata nak masuk syurga. serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.
Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Azah memeluk erat bahuku. “jaga diri.ingat pesan Allah. ingat pesan Rasul. umi abah. kata nak masuk syurga. kena jadi anak solehah”. pesannya sambil tersenyum memandangku.
tiba tiba keadaan bertukar menjadi sayu. aku tengok mata azah bergenang.
“kenapa ni? la, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.
azah tersenyum. dia mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.
setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku. erat. dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, azah berkata, “ingat tau, kita masuk syurga sama sama”.
aku tersenyum sambil mengangguk.” insyaAllah, Azah.” kataku.
dan dia meneruskan perjalannya ke kuliah. aku juga.
tengahari itu aku rasa tak sedap hati. sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.
sebaik saja tiba di rumah, telefon bimbitku berbunyi. lantas aku angkat.
“hello,may i speak to miss adilah”
“yes, adilah speaking.”
“miss adilah, please come to hospital right now. your friend, miss Azah is in critical condition”
dan selepas itu semua yang ku dengar macam angin lalu.
aku tengok Azah begitu tenat. kata jururawat di situ, azah dilanggar sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. katanya lagi pemandu lori itu mabuk.
Allah. lemah seluruh anggota badanku. demi Azah, aku kuatkan semangat.
aku mengajar azah mengucap dua kalimah syahadah, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya mengikut apa yang aku sebut.
tepat jam 5 petang Azah menghembuskan nafasnya yang terakhir. peluh memercik di dahi Azah.
alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.
Dan saat itu saya baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari azah pukul 10 : 00 pagi tadi ;
“adilah, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”
tekak terasa berpasir. dada sakit menahan sebak. apa pun yang terjadi, saya kena lepaskan dia pergi. janji Allah itu pasti.

Azah. tunggu saya di syurga. saya akan berusaha. untuk ke sana.

Wallahu'alam....


...ustazpenang... 

Cara Yang Terbaik Untuk Tenangkan Hati Yang Kecewa

Cara Yang Terbaik Untuk Tenangkan Hati Yang Kecewa




Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita. Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini. Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang. Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
 - Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..

- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya

bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu

- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kekecewaan. KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali taw. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Wallahu'alam...

...ustazpenang...

Ke Jalan Pangkal, Kita Punya Allah...

Ke Jalan Pangkal, Kita Punya Allah...





Ujian - Boleh jadi, mudah untuk kita berbicara tentang sesuatu perkara. Tetapi, apabila masa itu tertuju pada diri… ketika itulah kita akui bahawa langit itu rendah atau tinggi. Dan, ketika itu juga hidup yang dahulunya indah dan mudah, kini menjadi porak peranda. Kita hilang punca. Kita hampir hilang daya. Kita tersepit.
Menangis - Walau tidak berguguran airmata, tetapi hati kita meronta-ronta. Batin terseksa. Kita kalah dengan diri sendiri. Di hadapan manusia, kita cuba memberikan yang terbaik. Kita mengatakan hidup kita ini baik. Sentiasa baik. Hakikatnya, diri sendiri sedang diuji. Dan manusia lain, tidak mampu mengerti. Tidak sekali-kali.
Sendiri - Bawa diri jauh-jauh. Kita bersembunyi. Sehinggakan, orang lain kita terpaksa menolak tepi. Menyendiri. Jujur pada diri sendiri, kita masih lagi tewas dengan diri ini. Kita masih belum mengerti. Perkara masih belum selesai lagi. Diri, masih lagi tetap begini. Begini.. begini.. dan terus begini.
Adakah hidup akan berakhir ketika ini?
Tuhan, jadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan. Dalam tujuan itu, dijadikan pula ujian. Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan. Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan. Jauh perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan. Maka, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali ke pangkal jalan itu, bukan bermaksud kita berundur. Tetapi, baliklah kepada Tuhan. Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan perjalanan. Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan. Kita perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.
Tiba-tiba, rezeki hadir untuk kita. Walau tidak kita sangka, kita gembira menerima seadanya. Bagai diberi bunga mawar yang indah lagi wangi harumannya. Syukur dan puji-pujian pada Tuhan yang MAHA ESA. Begitu juga dengan ujian. Ia pasti akan hadir untuk kita. Kekadang, ujian menerpa tanpa kita sangka. Dahulu yang gembira, kita berubah sekelip mata. Dahulu pernah kita leka, kini bagai terasa dipukul sehingga kita terjaga. Aduh! Ketika ujian hadir untuk kita, ketika itu sukar untuk kita melafazkan syukur dan memberikan puji-pujian pada Tuhan yang MAHA PENCINTA.
Mengapa?

Bukankah Tuhan itu, MAHA BAIK?
Bukankah Tuhan itu, MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG?
Bukankah Tuhan itu, MAHA PEMBERI PERTOLONGAN?
Bukankah Tuhan itu, MAHA ADIL?
Bukankah Tuhan itu, TUHAN?

Serabut. Terlalu banyak persoalan. Sedang ujian sapa, kita terlalu sibuk memikirkan seribu satu tugasan Tuhan.
Istighfar…
Kembalilah ke pangkal jalan. Eratkanlah diri dengan Tuhan. Peliharalah hubungan sesama insan dan Tuhan. Insya Allah, Tuhan akan membuka sejuta jalan. Jalan itu, pasti kita tidak akan keseorangan. Kerana… kita mempunyai Tuhan.

Wallahu'alam....


...ustazpenang...