Wednesday, 30 November 2011

Mengkagumi Keindahan itu, Tanpa Memilikinya..

Mengkagumi Keindahan itu, Tanpa Memilikinya..


Hiduplah seperti orang dewasa yang arif, jangan seperti seorang anak kecil.
Anak kecil bila ingin dirinya bahagia, setiap kali dia melihat sesuatu yang menarik, dia selalu berangan – angan ingin memilikinya. Dia meminta, merengek-rengek, hingga mengamuk dan memaksa untuk mendapatkannya.

Sungguh sayang, bila anak kecil tertarik dengan bunga-bunga yang indah di taman, akhirnya dia pun memetik bunga-bunga cantik tersebut, dan  dia  akan main bunga-bunga yang dipetiknya hingga hancur! Namun setelah dia puas, setelah dia bosan, ditinggalkanlah bunga-bunga yang tak lagi indah itu, dan taman akan pun kehilangan keindahannya.

Kagumilah keindahan itu tanpa harus memilikinya sebagaimana saat kita mengagumi keindahan Allah Yang Maha Indah yang tak mungkin kita untuk memilikinya.

Seperti orang dewasa yang mengagumi keindahan bunga-bunga di taman dengan membiarkan bunga-bunga itu hidup dengan keindahannya tanpa memetiknya sehingga orang lain pun boleh  menikmati keindahan bunga-bunga itu. Dia sedar, bila dia memetiknya, maka yang dia petik bukanlah keindahannya melainkan merosakkan keindahan itu.

Yang kita ikhtiarkan untuk dimiliki secara suci hanyalah isteri kita, mempertahankanlah keindahannya yang pernah kita kagumi, dan jangan menjatuhkan taraf diri kita setaraf seperti anak kecil tadi.
Dalam hati kita ada dua keindahan, iaitu keindahan ibu kita dan keindahan isteri kita, kerana kedua – keduanya memancarkan keindahan Allah SWT  yang Hakiki. Tetaplah  mengindahkan mereka selalu!

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...



Si Buta Meraba Matahari

Si Buta Meraba Matahari



Sebuah kisah seorang anak kecil yang semenjak lahir buta kedua – dua belah mata. Dia  tidak tahu sama sekali bentuk matahari, biasanya dia hanya mendengar orang lain berkata,” Matahari, matahari !”. Oleh sebab itu dia bertanya kepada orang lain bagaimana bentuk matahari itu.


Pada suatu hari, si  buta kecil itu bertemu dengan seseorang, lalu dia bertanya pada orang ini, “Bolehkah kau jelaskan padaku bagaimana bentuk matahari itu?


Lalu orang ini berkata,“Bentuk matahari seperti bola, tetapi besar !” dan orang itu memukul-mukul bola, dan berkata, ” Dug..dug..dug..seperti inilah bentuk matahari “. Setelah mendengar bunyi itu, si buta kecil mengingati baik-baik dalam hati. Sambil berfikir dan berkata, ” Oh, rupanya matahari seperti ini ya..”

Beberapa waktu kemudian, ketika si buta kecil berjalan-jalan dia mendengar  bunyi, ” Dug..dug..dug…”


Dia berteriak gembira, ” Matahariku sudah datang, aku mendengar suaranya.”
Pada suatu yang lain,  si buta kecil bertemu dengan orang lain pula. Orang ini berkata,” Matahari itu mempunyai sinar nak, seperti lilin.” Dan orang ini mengambil sebatang lilin dan menyuruh dia merabanya. Si buta itu mengingatinya baik-baik bentuk matahari ini, di dalam hatinya berkata, ” Rupanya demikian bentuk matahari ini ya.”


Pada suatu hari, ada seseorang memberinya Sosej, setelah si buta kecil meraba sosej ini. Dia terfikir.” Bukankah ini matahari ?
Dengan gembira dia berteriak, ” Horeeee…aku sudah mendapatkan matahari, matahari sudah berada di tanganku !”


Sebenarnya matahari dengan bola, matahari dengan lilin, Perbezaannya terlalu besar, tetapi bagi si buta kecil ini hanya membuat kesimpulan berdasarkan penjelasan yang serba sedikit dari orang lain, akhirnya tidak dapat mengetahui dengan jelas perbezaan besar matahari dengan benda lain. 

Begitu juga dengan Orang yang hanya mendengar sedikit penjelasan dari orang lain  dan mempercayainya, menganggap diri sendiri sudah bijak dan mengetahui seluruhnya. Orang tersebut perlu di kasihani.

Jika kita ingin mengetahui sebuah kebenaran, Kita harus cermat dan mencari asal sesuatu perkara. Dengan sedemikian baru kita dapat memutuskan perkara tersebut dengan tepat dan boleh dipercayai.

Wallahu'alam................
...ustazpenang...

Sayang awak kerana Allah

Sayang awak kerana Allah

A: Ehh, jaga! Ada tiang kat depan!
B: Fuh… Tengah angan-angan jauh tadi tu terleka pulak sekejap. Kalau awak tak tegur, dah terbabas agaknya. Terima kasih ye.


A: Ehh, jangan jalan tepi sangat!
B: Fuh… Kalau awak tak tegur tadi, tak pasal-pasal jatuh lam longkang agaknya. Terima kasih ye.


A: Ehh, dah lewat ni, cepat sikit!
B: Mujurlah awak ingatkan tadi. Kalau tak terlepas flight saya. Terima kasih ye.


A: Ehh, masuk simpang yang kanan lah bukan kiri.
B: Eh, betul lah. Maaf, terlalai sekejap tadi. Kalau awak tak perasan tadi, mesti dah tersilap jalan. Terima kasih ye.

A: Awak, dah masuk waktu ni… Jom kita solat........
B: ish.. Pergilah dulu! Nanti-nantilah solat. Sibuk je…

A: Astaghfirullah… Ya Allah, berilah petunjuk kepada sahabat ku ini. Aku hanya ingin keselamatan buatnya. :’(
Sahabat, terima kasih diatas teguran dan peringatan mu di kala ku terlalai. Ku tahu kau hanya inginkan keselamatan buat diri ini, agar ku tidak tersasar dari jalan yang lurus. Sayang awak kerana Allah~
Uhibukki fillah~ ♥

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

Mengapa Melihat Dari Sudut Negatif Sahaja???

Mengapa Melihat Dari Sudut Negatif Sahaja???

Dikala setiap musibah yang datang membuat diri berburuk sangka, lidah keluh bicara, merosak hati yang kaya iman. 
Tenanglah wahai saudaraku…
“Tidak ada satu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al Hadid :22)
Mari duduk sejenak. Renungkan hati dan jiwa sambil bertasbih memuji Kebesaran Allah SWT selama 10 minit atau 15 minit sambil  merenungi semua anugerah dan pemberianNYA. Betapa banyaknya nikmat-nikmat tersembunyi tanpa kita sedari, kerana kenikmatan-nikmat itu bersembunyi disebalik kejadian yang kadangkala membuatkan kita  hampir berputus asa.
Mengapa kita selalu melihat sesuatu kejadian itu dari sudut negatifnya sahaja?  
“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengubah nikmat Allah dari kekufuran” (QS. Ibrahim: 28).
Ambilah seluruh nikmat-nikmat itu..
Terimalah dengan senang hati walaupun pahit sekalipun.
Dan pujilah Allah atas semuanya itu..
Kasih sayang Allah pasti datang meskipun terasa nun jauh disana. Ia akan tiba laksana kerdipan mata, jika waktunya sudah tiba. Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan, setelah bercucuran airmata akan terbit senyuman, dan setelah malam pasti ada siang. Atas izin Allah awan kesedihan itu pun akan berubah menjadi awan yang cerah membiaskan pantulan langit kebahagiaan.
Allah adalah sebaik-baik pengatur. Hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. Cuma, manusia selalu kurang sabar. Belum sampai ke hujung jalan, sudah berputus asa. Lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?
Kesenangan dan kesedihan akan digilirkan oleh Allah kepada kita. Laa Tahzan akhi wa ukhti, nikmatnya begitu besar maka kita masih HIDUP dan boleh BERNAFAS… Ja’alanallahu min ahli Jannah *Allah always with us*

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...


Gunung Sebagai Pasak Bumi

Gunung Sebagai Pasak Bumi


“Bukankah  Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

Sepanjang peradaban manusia, gunung sering menjadi tarikan yang cukup mengagumkan. Masyarakat Jepun menganggap bahawa Gunung Fuji sebagai tempat yang cukup suci. Dewa-dewa dalam masyarakat Yunani pula dikatakan tinggal di Gunung Olympus.

Pergunungan Himalaya merupakan tempat bagi dewa orang India dan Tibet sepertimana Gunung Agung dalam masyarakat Bali. Bagi masyarakat Yogyakarta, Gunung Merapi dianggap begitu mistik. Hampir kesemua agama mengaitkan gunung dengan fungsi mistik supernatural. Hanya Islam sahaja menempatkan fungsi gunung ini secara ilmiah.


            Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkataan gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam. Ketika agama-agama primitive selama ribuan tahun lampau hanya takjub kepada ketinggian gunung, Al-Quran membawa sesuatu yang lebih menakjubkan. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.


Sejak 20 tahun yang lalu, para ahli geofizik berhasil membuktikan bahawa kerak bumi sentiasa berubah arah. Ini dinamakan sebagai teori pergerakan plat tektonik. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera. 

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Bagaimana  Nabi SAW yang buta huruf dan hidupnya di abad ke-6 di tengah masyarakat padang pasir, dapat mengetahui tentang gerakan horizontal litosphera bumi yang berfungsi menstabilkan goncangan? Tidak lain hanyalah melalui wahyu Allah… Subhanallah…


Sejak tahun 1920-an, para ilmuan Perancis seperti Francis Bacon dan RPF Placet mengamati kemungkinan bahawa benua Amerika, Eropah dan Afrika suatu ketika dahulu mungkin pernah bersatu. Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.


Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

            Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.

Sebagai contoh, pertembungan plat India dan plat Eurasia menghasilkan formasi rantai pergunungan Himalaya dengan puncak tertingginya Gunung Everest setinggi 8,848 km. Ini terbentuk sejak 45 juta tahun yang lalu. Fasa terakhir pembentukan gunung terhasil dengan akar yang jauh menjunam ke dalam bumi. Hal ini akhirnya melambatkan pergerakan plat litosphera. Inilah fungsi gunung yang mana menurut Al-Quran sebagai pasak-pasak bumi.
Tanpa gunung, pergerakan litosphera akan berlaku dengan lebih cepat dan pertembungan antara plat menjadi lebih hebat yang mana akan membahayakan kehidupan di bumi.

Wallahu'alam.............


...ustazpenang...

Monday, 28 November 2011

Petanda Wanita Jatuh Cinta Dgn Lelaki ♥

Petanda Wanita Jatuh Cinta Dgn Lelaki ♥

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wallahu'alam............



...ustazpenang...

Sunday, 27 November 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta . . .

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta . . .

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wallahu'alam...........
...ustazpenang...

60 Petua Mendapatkan Pasangan???

60 Petua Mendapatkan Pasangan???

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

Thursday, 24 November 2011

Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna

Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna


Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar  segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Wallahu'alam..........


...ustazpenang...

Mata Yang Terpesona Dulu..

Mata Yang Terpesona Dulu..


Bukankah Nabi dah bagi panduan, nak sunting lelaki atau perempuan, lihatlah dirinya secara real dengan jujur dan sopan di samping benar-benar menyimpan hasrat untuk ke jinjang perkahwinan. Kalau keliru, solat istikharah ada untuk memandu, bukan mimpi yang ditunggu, tapi dengan perisai iman dan ilmu.

Malangnya, baru sekali dengar suara di corong handset, hati dah terseret senyum dah meleret.
Bak kata penyair Basyar Ibnu Bard dalam huruf-huruf syair yang indah berderet:

والأذن تعشق قبل العين احيانا
Maksud : “telinga kadang-kadang terpesona dahulu sebelum mata”.

Sekadar mengimbas foto ‘si dia’ di skrin laman web social, emosi hati sudah kemas menyimpan perasaan bahkan terasa cinta menjadi kebal !

العين تعشق قبل القلب احيانا
والعقل يعشق بعد القلب إذعانا
Maksud : “mata terpesona dahulu sebelum hati kadang-kadang terjadi, dan aqal terpesona penuh taat selepas hati”.
Dalam keterujaan sebuah perhubungan, amat kerap mata dan emosi hati mendahului. Akal sering di belakang tertinggal, Wahyu dan sunnah sering layu dan punah. Sedangkan kedua-dua anugerah Tuhan ini sebagai asas untuk membuat keputusan.

Wallahu'alam..........



...ustazpenang...

Di Hadapan Orang Yang Kita Cinta

Di Hadapan Orang Yang Kita Cinta



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita.
Tapi jika cuba menutup mata
cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Wallahu'alam...........


...ustazpenang...




Belajar Merendamkan Rasa Tersinggung

Belajar Merendamkan Rasa Tersinggung



Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.

Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan  akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.


Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan.Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.


Apa yang menyebabkan seseorang itu tersinggung?

Tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya.

 Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung. Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.


Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa. Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah untuk  membuat kita tersinggung.

Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam rasa tersinggung :


Pertama, belajar melupakan.

Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.


Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.


Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat  

Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.


Ketiga, kita harus bersimpati.

 Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.

Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.


Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!


Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri

Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.” 


Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.


Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. 


Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.

Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”


Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”



InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159

Wallahu'alam..........


...ustazpenang...

Epal

Epal


Perhatikanlah wahai Muslimah, bagaimana sepohon epal yang rendang.

Observe this dear Muslimah, look at how shady the apple tree is.




Berbuah ranum. Kesemuanya berebut-rebut ingin cepat dipetik orang.

Ripened fruits. All wanting to be picked by someone.



Malah banyak yang dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.

In fact, many willingly tried to throw themselves into the ground.



Namun, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.

Yet the best apple and the most ripened one stays on its stalk. 



Walaupun ada ketikanya ia risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.

Although at times it worries that it would not be picked by any human’s hands. 


Ia kekal di tempat yang sepatutnya ia berada.
It stays at the place where it is supposed to stay.

Hanya tangan yang bertuah yang akan mengambil yang terbaik.
Only the lucky hand will pick the best.

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

9 Benda Allah Tidak Akan Tanya

9 Benda Allah Tidak Akan Tanya


1. Allah (SWT) takkan tanya apakah jenis kereta yang kita pandu:
Tapi Dia akan soal berapa banyak orang yang kita tumpangkan bila mereka tiada kenderaan
.
2. Allah (SWT) takkan tanya berapa kaki persegi luas rumah kita:
Tapi Dia akan soal kita berapa ramaikah orang yang dijemput hadir ke rumah kita

3. Allah (SWT) takkan tanya berapa banyak pakaian yang kita ada dalam almari:
Tapi Dia akan tanya berapa ramai orang miskin yang kita tolong berikan pakaian
.
4. Allah (SWT) takkan tanya berapa gaji tertinggi kita pernah dapat:
Tapi Dia akan tanya bagaimana cara kita mendapatkan gaji tersebut

5.Allah (SWT) takkan tanya apa jenis pekerjaan anda;
Tapi Dia akan tanya adakah kita telah melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin?

6. Allah (SWT) takkan tanya berapa ramai kawan yang kita ada;
Dia akan tanya dengan siapa kita berkawan itu.

7. Allah (SWT) takkan tanya dikawasan kejiranan manakah kita tinggal;
Tapi Dia akan soal bagaimana kita melayan jiran tetangga kita

8. Allah (SWT) takkan tanya apakah warna kulit kita;
Tapi Dia akan soal bagaimanakah akhlak kita.

9. Allah (SWT) takkan tanya mengapa kita lambat untuk meminta ampun dariNya;
Dia Maha Penyayang akan menerima taubat kita dan akan membawa kita ke Syurga, bukan ke pintu Neraka.

 “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
Wallahu'alam...........

 ...ustazpenang...

Merawat Penyakit Hati

Merawat Penyakit Hati




Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati.
Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.  Contoh penyakit hati? Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu

Nafsu yang   mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri

Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya. Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Wallahu'alam......



...ustazpenang...

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."

Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit
Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."

Ulama' Mengharapkan Sakit
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."

Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.

Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."

Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."

Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.

Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti.

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

Izinkan Ku Pergi

Izinkan Ku Pergi

Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.

Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.

Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.

Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kejantananmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan seorang gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.
Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.

Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.

Anakda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?

 

Anakda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.

Anakda jiwa raga ibu...
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku...
Anakda permata cinta ibu...

Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.

Anakda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, "Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri."

Anakda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan. Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah..... ingatlah..... kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: "Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil."

Anakda dengarlah kini...
Allah berfirman, "Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal..." (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya."

Wallahu'alam..........



...ustazpenang...

Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi..

Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi..

Aku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.

Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.

Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.

Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.

Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir. Aku terus-terusan hina dan benci orang Kafir tanpa aku sendiri melakukan ikhtiar untuk merubah diri sendiri dan masyarakat agar orang Islam dapat membuktikan bahwa Islam itu baik dan tidak membebankan. Pernahkah aku berusaha?

Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting.

Padahal duit itu hanyalah untuk nafsuku, mengapa tidak untuk saudara-saudaraku yang sedang menderita? Aku makan enak-enak setiap hari, jika tidak dapat yg enak, aku marah padahal aku dah selalu makan enak-enak, si miskin tidak pernah sekali pun merasa keenakkan makanan yang aku makan. Mengapa aku merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan aku? Bukankah kita semua berasal dari Adam yang sama?

 

Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.
Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi.

Dan semakin ramai yang sakit hati serta tiada keharmonian dalam masyarakat. Orang-orang menjadi semakin liar dan tidak mustahil sikap suka mengumpat juga berkembang pada orang lain. Aku telah memupuk budaya tidak sihat itu! Sebenarnya aku juga dua kali lima jahat.

Aku rasa aku tak salah kerana tidak menutup aurat dan tidak menutup aurat dengan baik. Iyalah, aku tengok semua orang biasa sahaja buat macam itu. Tak ada apa-apa pun. Ia kan kebebasan berpakaian namanya.
Tapi aku salah kerana aku telah membuka peluang mata-mata gatal yang tidak mahu menjaga pandangan. Salah aku kerana kerana dari aku dan bertambahnya orang macam aku, telah menaikkan nafsu manusia yang selama ini teguh, lama-kelamaan meruntuh! Dari kerana aku, yang lain tertarik mengikut sikap tidak menutup aurat aku dan mereka menjadi mangsa nafsu buas manusia! Puncanya aku, kejamnya aku!

Aku rasa aku tak salah setiap masa.
Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.
Astaghfirullah!

Wallahu'alam..............


...ustazpenang...