Kesakitan Itu Indah
(Creadit by Nur Elyana Madah on Wednesday, 12 October 2011)
Kesakitan itu mengajar aku erti ketabahan
Kesakitan itu mendidik aku makna kesabaran
Kesakitan itu membantu aku menjadi lebih kuat
Tabah, kuat, cekal ...... dan redha
Kesakitan, kepayahan dan kesusahan ini
Mengajarku erti kehidupan sebenar
Indah hanya sementara ..
Tiada keindahan yang kekal ...
Tapi kesakitan yang kekal itu mendidik aku lebih dekat pada-Nya
Sakit,pedih,pahit-maung
adalah kerana kesilapanku sendiri
Tidak sesekali kusalahkan takdir
Aku redha...
Percaya pada qada' dan qadar Allah s.w.t
Aku percaya Dia menyayangiku ..
Aku percaya Dia mahu aku terus mendekatiNya
Aku percaya Dia tidak mahu aku hanyut dengan nikmat dunia..
Aku yakin padaNya
Insya'allah ada bahagia buatku suatu hari nanti di sana ...Amin3.
Wallahu'alam.............
No comments:
Post a Comment