Mata Yang Terpesona Dulu..
Bukankah Nabi dah bagi panduan, nak sunting lelaki atau perempuan, lihatlah dirinya secara real dengan jujur dan sopan di samping benar-benar menyimpan hasrat untuk ke jinjang perkahwinan. Kalau keliru, solat istikharah ada untuk memandu, bukan mimpi yang ditunggu, tapi dengan perisai iman dan ilmu.
Malangnya, baru sekali dengar suara di corong handset, hati dah terseret senyum dah meleret.
Bak kata penyair Basyar Ibnu Bard dalam huruf-huruf syair yang indah berderet:
والأذن تعشق قبل العين احيانا
Maksud : “telinga kadang-kadang terpesona dahulu sebelum mata”.
Sekadar mengimbas foto ‘si dia’ di skrin laman web social, emosi hati sudah kemas menyimpan perasaan bahkan terasa cinta menjadi kebal !
العين تعشق قبل القلب احيانا
والعقل يعشق بعد القلب إذعانا
والعقل يعشق بعد القلب إذعانا
Maksud : “mata terpesona dahulu sebelum hati kadang-kadang terjadi, dan aqal terpesona penuh taat selepas hati”.
Dalam keterujaan sebuah perhubungan, amat kerap mata dan emosi hati mendahului. Akal sering di belakang tertinggal, Wahyu dan sunnah sering layu dan punah. Sedangkan kedua-dua anugerah Tuhan ini sebagai asas untuk membuat keputusan.
Wallahu'alam..........
No comments:
Post a Comment