Tuesday, 8 November 2011

KERANA KAU SEORANG WANITA

KERANA KAU SEORANG WANITA

Kerana kau wanita ,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatimu .

Kerana kau wanita ,
ingin disayangi itu fitrah dirimu .

Kerana kau wanita ,
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki .

Kerana kau wanita ,
emosimu selalu mengatasi logik akalmu .

Kerana kau wanita ,
air mata teman setiamu .

Kerana kau wanita ,
sensitivitimu terhadap sesuatu amat tinggi .

DAN . . .

Kerana kau wanita ,
kau damba pertolongan dariku Adam ,
peliharalah bicaramu dengan Adam ,
jangan bermain kata dengan Adam ,
takut rosak hatimu .

Kerana kau wanita ,
akhlakmu ukuran dimata Adam ,
peliharalah akhlakmu dan imanmu ,
jangan kau burukkan darjatmu pada mata Adam ,
takut rosak thiqohmu .

Kerana kau wanita ,
maka peliharalah susunan kata-katamu ,
kerana dirimu mudah terasa ,
namun dirimu bukan lemah ,
sekadar ingin Adam tahu hati ini mudah tercalar .

Kerana kau wanita ,
peliharalah dirimu dari mencemuh Adam ,
saat titisan jernih mengalir dari matamu ,
kerana itu cara untukmu ,
meluahkan perasaanmu ,
supaya hatimu tenang kembali .

Kerana kau wanita ,
kau memang sangat peka ,
maka fahamilah kecerewetanmu ada sebabnya .

WAHAI ADAM ,

Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu ' cool ' ,
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan ukhty.

Andai kau rasa ' usha ' itu tanda kejantanan ,
darjat mu telah jatuh pada pandangan ukhty .

Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan ,
maka tiada lagi hormat untukmu dari ukhty.

Wallahu'alam............



...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment