Mengapa Melihat Dari Sudut Negatif Sahaja???
Dikala setiap musibah yang datang membuat diri berburuk sangka, lidah keluh bicara, merosak hati yang kaya iman.
Tenanglah wahai saudaraku…
“Tidak ada satu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al Hadid :22)
Mari duduk sejenak. Renungkan hati dan jiwa sambil bertasbih memuji Kebesaran Allah SWT selama 10 minit atau 15 minit sambil merenungi semua anugerah dan pemberianNYA. Betapa banyaknya nikmat-nikmat tersembunyi tanpa kita sedari, kerana kenikmatan-nikmat itu bersembunyi disebalik kejadian yang kadangkala membuatkan kita hampir berputus asa.
Mengapa kita selalu melihat sesuatu kejadian itu dari sudut negatifnya sahaja?
“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengubah nikmat Allah dari kekufuran” (QS. Ibrahim: 28).
Ambilah seluruh nikmat-nikmat itu..
Terimalah dengan senang hati walaupun pahit sekalipun.
Dan pujilah Allah atas semuanya itu..
Terimalah dengan senang hati walaupun pahit sekalipun.
Dan pujilah Allah atas semuanya itu..
Kasih sayang Allah pasti datang meskipun terasa nun jauh disana. Ia akan tiba laksana kerdipan mata, jika waktunya sudah tiba. Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan, setelah bercucuran airmata akan terbit senyuman, dan setelah malam pasti ada siang. Atas izin Allah awan kesedihan itu pun akan berubah menjadi awan yang cerah membiaskan pantulan langit kebahagiaan.
Allah adalah sebaik-baik pengatur. Hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. Cuma, manusia selalu kurang sabar. Belum sampai ke hujung jalan, sudah berputus asa. Lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?
Kesenangan dan kesedihan akan digilirkan oleh Allah kepada kita. Laa Tahzan akhi wa ukhti, nikmatnya begitu besar maka kita masih HIDUP dan boleh BERNAFAS… Ja’alanallahu min ahli Jannah *Allah always with us*
Wallahu'alam...........
No comments:
Post a Comment