Mengkagumi Keindahan itu, Tanpa Memilikinya..
Hiduplah seperti orang dewasa yang arif, jangan seperti seorang anak kecil.
Anak kecil bila ingin dirinya bahagia, setiap kali dia melihat sesuatu yang menarik, dia selalu berangan – angan ingin memilikinya. Dia meminta, merengek-rengek, hingga mengamuk dan memaksa untuk mendapatkannya.
Sungguh sayang, bila anak kecil tertarik dengan bunga-bunga yang indah di taman, akhirnya dia pun memetik bunga-bunga cantik tersebut, dan dia akan main bunga-bunga yang dipetiknya hingga hancur! Namun setelah dia puas, setelah dia bosan, ditinggalkanlah bunga-bunga yang tak lagi indah itu, dan taman akan pun kehilangan keindahannya.
Kagumilah keindahan itu tanpa harus memilikinya sebagaimana saat kita mengagumi keindahan Allah Yang Maha Indah yang tak mungkin kita untuk memilikinya.
Seperti orang dewasa yang mengagumi keindahan bunga-bunga di taman dengan membiarkan bunga-bunga itu hidup dengan keindahannya tanpa memetiknya sehingga orang lain pun boleh menikmati keindahan bunga-bunga itu. Dia sedar, bila dia memetiknya, maka yang dia petik bukanlah keindahannya melainkan merosakkan keindahan itu.
Yang kita ikhtiarkan untuk dimiliki secara suci hanyalah isteri kita, mempertahankanlah keindahannya yang pernah kita kagumi, dan jangan menjatuhkan taraf diri kita setaraf seperti anak kecil tadi.
Dalam hati kita ada dua keindahan, iaitu keindahan ibu kita dan keindahan isteri kita, kerana kedua – keduanya memancarkan keindahan Allah SWT yang Hakiki. Tetaplah mengindahkan mereka selalu!
Wallahu'alam...........
No comments:
Post a Comment