Sunday, 24 June 2012

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh





Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. 
Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah
kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru 
dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang 
pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah 
bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari 
pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus 
ke kancah maksiat.

Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras 
yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak 
juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak 
cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan 
sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.

Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana 
nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari 
hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.

Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang 
lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan 
dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan 
Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi 
bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan 
bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit 
perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka 
sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.

Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. 
Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan 
dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa 
pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu 
mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.

Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting 
kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada 
sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa 
bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar 
debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak 
ada yang istimewa lagi.

Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka 
seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas 
kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga 
selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah 
dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari 
pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.

Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia 
adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu 
berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat 
diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya 
lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. 
Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti 
amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.

Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan 
batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga 
semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik 
memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya 
mata, anak yang menjadi mangsa.

Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran 
ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu 
dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan 
pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.

Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana 
memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah 
bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang 
jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak 
dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, 
termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu 
alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.

Wallahu'alam....

...ustazpenang...


No comments:

Post a Comment