Sunday, 24 June 2012

Bila Dia Datang di Hatiku

Untukmu Wahai Ukhty ; Bila Dia Datang di Hatiku 





Bila dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru 
aku sedar banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi 
peluang untuk balik ke jalan yang benar...

Bila dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang 
kepadaku tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka 
untuk memelukinya dan takkan pernah ku lepas...

Bila dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang 
cuba miniti jalan yang benar...

Bila dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi 
seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi 
semangat tak putus-putus agar aku sampai ke jalan orang-orang yang 
soleh dan solehah...kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan 
itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...

Bila dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi 
lebih baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat 
kebodohanku dulu, bertudung tapi menampakkan bentuk badan ...malu!

Bila dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan 
pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH datang di hatiku...
Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan 
hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata 
manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. 
Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat daripada yang 
tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...

Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, 
tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku 
menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. 
Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada 
orang yang soleh dan solehah. 

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment