Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita???
Bagaimana menghadapinya???
“Cinta baru sempurna jika terasa menyayat, seperti segumpal
tanah liat yang akan baru menjadi indah setelah dibentuk menjadi
tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu
mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi
bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan
daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita
tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang
untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa
rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tegar.”
Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan,
kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.
Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan itu, kerana ia adalah
sebahagian proses semulajadi dari hidup. Kehilangan membuat
banyak pelajaran dan pengalaman baru buat kita kita dapat menerima
dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.
Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam
dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan.
Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak,
tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai.
Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan
ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin
menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat
kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak
pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di dunia ini bukan hanya
celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus didengarkan,
dipenuhi dan dilalui.
Wallahu'alam.......
...ustazpenang...
Alhamdulillah...terima kasih di atas nasihat dan motivasi yang diberi..saya amat tersentuh dengan bicara saudara..semoga ianya bermanfaat untuk semua..
ReplyDelete