Malam itu, malam seperti hari biasa – biasa sahaja. Tetapi, malam itu
juga membuatkan si anak muda kesejukkan dan si tua mengantukkan.
Hanya mereka berdua sahaja yang bertugas pada waktu itu.
“Huuaaarrrgghhh.. ngantuknya! Kamu tidak mengantuk ???” Si tua bertanya.
“Hmmm…tidak.” Si muda menjawab sambil menggeleng – gelengkan kepala.
“Orang muda, banyaklah tenaganya” Si tua menambah.
Si muda hanya berdiam diri sambil meneliti keadaan sekeliling dan
tidak memperdulikan kata – kata si tua.
.
5 minit kemudian…
“Pakcik, boleh saya tanya???”
“Tanyalah.”
“Tadi saya ada dengar cerita berkenaan kucing mati di kantin.
Kenapa orang ramai menyuruh pekerja bahagian kebersihan yang
uruskan???”
“Ntah. Pakcik pun, dengar macam tu juga. Kenapa??? Kamu mahu
uruskankah???”
Soalan si tua membuatkan si muda diam seribu bahasa. Fikirannya
bercelaru, perasaannya hiba.
“Pakcik, boleh saya tanya lagi???”
“Boleh. Tanyalah.”
“Kenapa manusia masih lagi melakukan dosa???”
“Soalan susah, jawapan mudah. Pertama, manusia kurang keyakinan
terhadap Allah SWT. Kedua, manusia kurang keyakinan
terhadap hari kiamat. Ketiga, manusia kurang keyakinan terhadap
syurga dan neraka. Dan yang keempat pula, manusia pentingkan
diri sendiri. Faham???”
“Ya, saya faham dan itulah jawapannya.”
“Maksud kamu???”
“Berkenaan yang keempat itu. Sifat manusia yang pentingkan
diri sendiri.”
“Baik. Kenapakah dengan itu??? Cuba jelaskan.”
“Begini pakcik. Cuba pakcik fikirkan, kenapa orang ramai
buta – buta menyuruh pekerja bahagian kebersihan uruskan kucing
mati di kantin tadi???”
“Itu memang tanggungjawab mereka kan???”
“Benar. Tetapi andaikata tiada pekerja bahagian kebersihan, siapa pula
yang akan uruskan kucing mati tadi???”
“Sudahlah, jangan merepek.”
“Cuba pakcik fikirkan. Negara kita, bukan negara yang susah.
Malah rakyat kita pun, ramai yang kaya – raya dan berjaya. Ada yang
boleh beli macam – macam dengan mudah. Hatta, ada yang ulang – alik
buat umrah tiap – tiap tahun.”
“Jadi apa masalah?”
“Masalahnya, kenapa masih ada lagi manusia yang susah?”
“Sebab, mereka manusia yang malas.”
“Meskipun ada yang telah berusaha dan berubah, ramai yang
tidak ambil kisah.”
“Bukan ramai, tapi segelintir sahaja.”
“Mungkin kita kurang faham apa itu erti Islam adalah bersaudara.”
“Mungkin.”
Keadaan kembali sepi. Si tua dan si muda mengambil keputusan
untuk berdiam diri. Mengimbau dosa – dosa yang lalu. Mereka bermuhasabah
diri dengan perasaan yang sayu.
Didalam Kitab Syarah Al – Hikam, Syeikh Ibnu ‘Atha’illah
as-Sakandari rhm berkata : “Manusia masih melakukan dosa
kerana kurang keyakinan terhadap Allah SWT, kurang
keyakinan terhadap hari pembalasan (hari kiamat), kurang keyakinan
terhadap syurga dan neraka, serta sifat keakuan (pentingkan diri).”
Sebenarnya, bukan tidak boleh bersifat pentingkan diri. Ia dibolehkan.
Tetapi, perlu tahu penggunaannya didalam waktunya. Sebagai
contoh, seseorang mempelawa kita untuk mencuri. Di sinilah kita
menggunakan kemahiran berfikir dan menggunakan sifat pentingkan diri.
Jika seseorang mempelawa kita menutup aurat pula, kita menolak dan
mementingkan diri. Itu membunuh diri namanya! Pesanan buat diri dan
buat semua juga.
Wallahu'alam......
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment