Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tidak mungkin hidup ini tiada tujuan. Amat mustahil hidup ini
tiada Tuhan. Tahniah! Pada yang diberikan peluang dan
kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Tatkala cabaran,
ujian, serta dugaan menyinggah, kita masih lagi menghadapinya
dengan sebaik – baik mungkin. Insyaallah~
Mengimbau kembali sejarah Nabi Adam a.s, Nabi Adam a.s
tidak pernah meminta pada Tuhan untuk diciptakan dan dihidupkan.
Tetapi kerana ianya kehendak Ilahi, bukan sahaja Nabi Adam a.s
yang diciptakan, dihidupkan, malah sekalian makhluk yang
berada di langit dan di bumi adalah daripada kehendak Tuhan.
Ciptaan Allah SWT.
Binakan satu soalan dengan menggunakan kurniaan akal yang diberi,
lalu gunakan pula hati untuk menjawabnya.
Tanyalah diri sendiri!
‘Kenapakah aku diciptakan???’
Bukan ingin mengajak mempersoalkan tugas – tugasan Tuhan.
Hakikatnya, persoalan ini adalah untuk membentuk diri, kenali
diri, dan mengenali Ilahi. Pastinya, ia bukan satu perkara yang
mudah. Tetapi, jangan sesekali cuba memberi alasan ‘aku kalah!’, kerana
hidup ini adalah anugerah.
Cuba dan usaha serta jangan lupa pohon dan pintalah kepada-Nya.
Itulah adalah tuntutan buat manusia. Sentiasa berharap dan
bergantung pada-Nya. Usah sesekali kita cuba – cuba mengetepikan-Nya
tatkala hidup kita senang mahupun susah. Sebaik – baiknya
sentiasa bersama-Nya tidak kira apa.
Bilamana kita meminta, lalu Tuhan makbulkan permintaan kita..
bersyukurlah. Andai permintaan kita jadi sebaliknya ‘tidak
dapat apa yang diinginkan’… bersyukur jugalah. Kerana, itulah
hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita.
Kita tidak dapat apa yang diimpikan, tidak mengapa. Kerana
Allah SWT tahu segala – galanya.
“Ya Allah sesungguhnya Engkau yang sangat
mengetahui terhadap hati ini dan yang sangat
mengetahui terhadap niat-niatnya. Kami memohon
pada-Mu ya Allah perbetulkan niat-niat hati kami dalam
menghadap-Mu. Jadikanlah kami dari kalangan yang
Engkau lihat dengan pandangan redha sehingga tiada
yang kekal di hati ini melainkan ingin menghadap-Mu.
Ya Allah jadikanlah hati-hati kami sentiasa berhubung
dengan-Mu, menghadap-Mu, jujur bersama-Mu
dan sentiasa menyintai apa yang ada pada-Mu. Dan
bukakanlah bagi kami kemenangan disisi-Mu.
Wahai yang memuliakan bagi yang meminta dan
wahai yang maha memberi bagi mereka yang memberi.
Berkatilah bagi kami dan jadikanlah kami dari mereka
yang benar menghadap-Mu. Ya Allah jadikanlah
keinginan kami adalah Engkau ya Allah dan jadikanlah
kehendak kami hanya untuk-Mu dan hanya keredhaan-Mu.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang berkeinginan pada
akhirat dan janganlah jadikan kami orang yang berkeinginan
semata-mata dunia, dengan kasih sayang-Mu
yang maha mengasihani dari yang mengasihi. Dan
selawat serta salam keatas junjunngan
Wallahu'alam........Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabatnya.”
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment