Sunday, 17 June 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...





1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. 
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. 
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini 
agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan 
syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah 
maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk 
menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat 
baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, 
puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini 
agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah 
online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) 
maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami 
isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin 
dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, 
perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. 
Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling 
popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan 
ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha 
berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). 
Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. 
Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau 
Tudung Mesir.

8)Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung 
Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh 
mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini 
pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, 
agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. 
lagi mudah kan? ) ^^,

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih 
dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah 
diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, 
bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir 
bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta 
kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. 
Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih 
manis dipandang mata.

Wallahu'alam........

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment